Hasrat arwah untuk balik berjalan kaki ke Terengganu dihalang ibu

0
Hasrat arwah untuk balik berjalan kaki ke Terengganu dihalang ibu

“Sebelum bertolak pada Jumaat lalu, arwah ada menghubungi ibunya memaklumkan dia mahu pulang ke kampung dengan berjalan kaki dengan alasan terlalu rindukan anak perempuan tunggalnya.

“Tetapi dilarang ibunya kerana risau keselamatan arwah dan minta agar bersabar sedikit masa lagi,” kata Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.

Beliau yang mewakili keluarga kepada Allahyarham Mohd Haszlee Hashim, 30, berkata, arwah yang juga anak kedua daripada tiga beradik berada di Segamat, Johor sejak hujung tahun lalu untuk bekerja.

https://www.sinarharian.com.my/article/83562/berita/tragedi/hasrat-arwah-untuk-balik-berjalan-kaki-ke-terengganu-dihalang-ibu