Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

0
Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.

Terdahulu, cubaan ahli Parlimen blok pembangkang untuk menggagalkan rang undang-undang tersebut ketika selesai penggulungan peringkat jawatankuasa, juga tidak berhasil apabila undi bahagian menyaksikan keputusan sama.

https://www.sinarharian.com.my/article/114879/KHAS/Belanjawan-2021/Belanjawan-2021-lulus-di-Dewan-Rakyat