Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap di Istana Negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi menghadap itu Yang di-Pertuan Agong telah memberi nasihat kepada Anwar.