Koronavirus Archives - Info Sinar

Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
Varian Covid-19 KP.3.1.1 kini menjadi varian SARS-CoV-2 utama yang tersebar di Amerika Syarikat. Gambar hiasan

LOS ANGELES – Varian Covid-19 KP.3.1.1, yang kini menjadi varian SARS-CoV-2 utama yang tersebar di Amerika Syarikat, menyebabkan peningkatan kes jangkitan di negara itu, menurut data terkini dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Bagi tempoh dua minggu yang berakhir pada 17 Ogos, KP.3.1.1 dianggarkan menyumbang antara 31 peratus hingga 43 peratus daripada spesimen klinikal Covid-19, berbanding antara 20 peratus hingga 26 peratus untuk tempoh dua minggu yang berakhir pada 3 Ogos, menurut data CDC yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Peningkatan dalam kes KP.3.1.1 berlaku ketika penanda aktiviti Covid-19, termasuk kadar positif ujian, lawatan ke jabatan kecemasan dan kemasukan ke hospital kekal tinggi, terutamanya dalam kalangan orang dewasa berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

CDC menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi melindungi diri daripada simptom serius akibat Covid-19. – Bernama-Xinhua

The post Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat appeared first on Info Sinar.

KKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19
Dr Dzulkefly bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 di Aeon Mall pada Sabtu. Foto Bernama

Dr Dzulkefly (kanan) beramah mesra bersama rakan Komuniti Perkasa Negara (Kospen) pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 di Aeon Mall pada Sabtu. Foto Bernama

NILAI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 dalam waktu terdekat berikutan negara telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia merangkumi tiga perkara iaitu perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

Beliau berkata, Kabinet telah bersetuju berhubung semakan SOP Covid-19 dan Ketua Pengarah Kesihatan dijangka mengumumkan perkara berkenaan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Butiran (SOP) itu adalah teknikal. Sebagai contoh, dahulu HSO lima hari berada di rumah (positif Covid-19) dan perlu kemas kini gejala dalam MySejahtera. Apabila semakan semula (SOP) nanti, ia mungkin berubah. Kita tunggu perincian daripada ketua pengarah nanti.

“Dengan cara itu, ia adalah satu era bermulanya kita menganggap Covid-19 seperti virus lain. Dulu kita beranjak dari transisi pandemik ke endemik. Sekarang kita mahu keluar daripada transisi endemik kepada hidup dengan virus,” katanya.

**media[2707616]**

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan 2024 bertemakan ‘Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan’ di sini pada Sabtu.

Dr Dzulkefly sebelum ini dilaporkan berkata, KKM memutuskan rakyat Malaysia kini dalam fasa hidup bersama virus Covid-19 dan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa.

Mengenai program hari ini, beliau berkata, ia bertujuan mengubah minda dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan pemakanan sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.

Beliau berkata, ini kerana prevalen semasa NCD di negara ini sangat membimbangkan dengan hasil tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan prevalen obesiti dan berat badan berlebihan meningkat kepada 54.5 peratus tahun lepas berbanding 50.1 peratus pada 2019.

“Secara konsisten untuk sedekad lepas, bagi setiap dua rakyat Malaysia dewasa, seorang mengalami berat badan berlebihan manakala satu daripada enam rakyat dewasa menghidap diabetes menunjukkan lebih separuh dewasa terdedah kepada risiko mendapat NCD akibat obesiti tidak terkawal,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata, KKM juga merangka Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2024-2030) bagi memastikan aktiviti yang lebih agresif dan bersasar dapat dilaksanakan secara bersepadu di pelbagai peringkat.

“Ia bagi menangani pengambilan gula secara berlebihan melalui perancangan inisiatif Perang Terhadap Gula yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru wakil rakyat untuk bersama-sama menjadikan Perang Terhadap Gula itu sebagai antara aktiviti atau program yang perlu dijalankan di kawasan masing-masing selari dengan pendekatan seluruh negara. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

The post KKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19 appeared first on Info Sinar.

KKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
Dr Dzulkefly. Foto Bernama

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkadaran gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 pada masa ini menyumbang lebih dua per tiga kes Covid-19 di Singapura.

Katanya, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1230, berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya.

“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 14.8 peratus. Bagaimanapun tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024.

“Mengenai varian yang kini sedang menular, kami telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024. Kedua-duanya dengan gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19.

“Kami akan terus memantau keadaan dan sistem kesihatan bersedia untuk sebarang lonjakan kes,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai digalakkan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan antaranya mengekalkan kebersihan diri yang baik.

“Selain itu, mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat dan memakai topeng jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk di kawasan yang sangat sesak, atau apabila bergejala,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

The post KKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura appeared first on Info Sinar.

Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun daripada tiga angka ke dua angka dengan lebih 90 peratus daripadanya bergejala ringan yang memerlukan pemantauan kendiri. Gambar kecil: Daniel

GEORGE TOWN – [DIKEMAS KINI] Kes Covid-19 di Pulau Pinang menunjukkan trend menurun iaitu daripada tiga angka ke dua angka.

Data tersebut diperolehi bermula minggu kedua terakhir Disember tahun lalu sehingga minggu ini.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, daripada jumlah tersebut, 96.7 peratus adalah bergejala ringan yang hanya memerlukan pemantauan kendiri di rumah.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, trend itu susulan daripada cuti sekolah selain sambutan perayaan Krismas pada Disember lalu.

“Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun daripada tiga angka ke dua angka dengan lebih 90 peratus daripadanya bergejala ringan yang memerlukan pemantauan kendiri, ia bukan kes serius.

“Ia susulan daripada tamatnya cuti sekolah dan perayaan Krismas pada bulan Disember yang lalu.

“Peratusan ini diambil daripada minggu kedua terakhir Disember sehingga minggu ini,” katanya pada sidang akhbar di Komtar pada Jumaat.

Daniel berkata, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 233 kes demam denggi di Pulau Pinang dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi ke-2 (ME2) bagi tempoh 7 hingga 13 Januari tahun ini.

Daniel berkata, daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan kumulatif kes paling tinggi iaitu 93 kes.

“Timur Laut mencatatkan kes kumulatif 44, Barat Daya (41), Seberang Perai Selatan (SPS), 44 manakala Seberang Perai Utara (SPU) mencatatkan kes yang paling kurang, iaitu hanya 11 kes.

“Untuk bilangan kes bagi ME2, Timur Laut mencatatkan 21 kes, Barat Daya (17), SPU (5),SPT (44) dan SPS (23),” katanya.

Tambah beliau lagi, bagi ME1, Timur Laut mencatatkan 23 kes, Barat Daya (24), SPU (6), SPT (49) dan SPS (21).

“Dengan data ini, ia menunjukkan semua daerah mengalami penurunan kes bagi ME2.

“Sementara itu, bagi kumulatif wabak 2024 pula, sebanyak 30 lokaliti dikesan pada ME3 (sehingga 16 Januari) yang melibatkan tujuh di Timur Laut, lima di Barat Daya, satu di SPU, 14 di SPT dan tiga di SPS,” katanya.

The post Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun appeared first on Info Sinar.

Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Perak merekodkan 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini – Gambar hiasan (Gambar kecil: Sivanesan)

Sivanesan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Denggi peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis.

IPOH – Perak merekodkan 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini, kata Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi negeri, A Sivanesan.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 291.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 278 kes.

Menurutnya, salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes tersebut adalah disebabkan musim cuti sekolah.

“Begitupun keadaan masih terkawal dan jabatan kesihatan akan terus memantau situasi semasa khususnya kemasukan pesakit ke hosital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat memenuhi keperluan pesakit Covid-19 dengan optimum,” katanya.

**media[2503622]**

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Denggi peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Sivanesan berkata, kadar penggunaan katil hospital Kementerian Kesihatan di negeri ini baru mencapai 64 peratus termasuk bagi kes bukan Covid-19, manakala katil unit rawatan rapi (ICU) pula sebanyak 60 peratus.

“Kadar ini adalah mencukupi buat masa ini. Jika bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke wad meningkat dalam masa terdekat, penggunaan katil di wad biasa dan ICU masih tidak terbeban,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan jumlah rakyat negeri ini yang mengambil dos penggalak atau suntikan vaksin Covid-19 yang ketiga dan keempat terlalu rendah.

Katanya, dos pertama merekodkan 80.7 peratus dan dos kedua sebanyak 79.1 peratus.

“Agak menyedihkan apabila suntikan bagi dos penggalak satu merekodkan 46.9 peratus dan hanya 1.7 peratus bagi dos penggalak dua,” katanya.

The post Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu appeared first on Info Sinar.

Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Empat kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam. Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Empat kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata, empat kes direkodkan di daerah Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru membabitkan mangsa berusia empat bulan hingga 60 tahun.

“Semua yang positif Covid-19 ini mengalami simptom tidak serius dan tidak ada tanda lagi kes ini akan terus merebak di PPS.

“Mereka yang disahkan positif, ditempatkan di bilik berasingan di bawah pantauan pasukan perubatan dan kesihatan yang ditempatkan di semua PPS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelantikan duta perpaduan 2.0 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor Suraya Wen.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersama pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terus memantau keadaan mangsa banjir di PPS dari semasa ke semasa.

“Kita sudah memberi advokasi kepada semua supaya buat langkah-langkah pencegahan, kita pun sudah masuk ke semua PPS untuk memberi kesedaran kepada mangsa. Kita juga pergi ke setiap PPS untuk membuat saringan dan memberi khidmat nasihat kepada mangsa banjir,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 14 PPS dibuka di daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Batu Pahat yang menempatkan sebanyak 1,515 mangsa daripada 450 keluarga terjejas akibat banjir di negeri itu.

Berkenaan majlis pelantikan duta perpaduan, sebanyak 157 pelajar dari institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dilantik sebagai duta perpaduan 2.0 bagi meneruskan usaha kerajaan negeri dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi Johor demi keharmonian dan kemajuan agenda pembangunan negeri. – Bernama

The post Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor appeared first on Info Sinar.

Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
SOP berkaitan mengekang penularan Covid-19 di sekolah dan institusi pendidikan oleh KPM pada April tahun lepas masih terpakai hingga kini. – Foto hiasan

TAIPING – [DIKEMAS KINI] Makluman berkenaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan mengekang penularan Covid-19 di sekolah dan institusi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada April tahun lepas masih terpakai hingga kini, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Kah Woh berkata, antara SOP itu melibatkan penggalakan pemakaian pelitup muka kepada guru, murid dan pelajar, selain warga sekolah perlu melakukan ujian kendiri jika bergejala serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Bagaimanapun, kita tahu bahawa isu Covid-19 ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, dan pihak KPM akan sentiasa berbincang dan berkolaborasi dengan pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) berkenaan cara atau SOP kita untuk cegah penularan Covid-19,” katanya kepada pemberita pada Program Semarak Taiping di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah kerajaan sekiranya berlaku penularan Covid-19 di sekolah berikutan perkembangan semasa wabak itu di dalam negara.

Pada 29 Disember lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata, situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital, selain tiada varian baharu Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Ditanya jika KPM akan menutup sementara sekolah yang terjejas dengan penularan Covid-19, Kah Woh berkata, kementerian itu akan mengendalikan setiap kes dengan teliti dan mendapatkan nasihat daripada KKM untuk tindakan selanjutnya jika keadaan penularan menjadi serius.

“Segala SOP harus kita muktamadkan selepas berbincang dengan KKM. Pihak KPM akan terus memantau isu ini, jadi kita akan tengok apa yang berlaku selepas sekolah dibuka semula (pada 2 Januari),” katanya.

Sementara itu, mengenai pemakaian semula pakaian seragam sekolah, Kah Woh berkata, setakat ini KPM tidak berbincang berhubung perkara itu dan tiada ketetapan diputuskan tempoh kelonggaran pakaian sukan terpakai di seluruh negara.

Beliau berkata, meskipun cuaca kini tidak lagi panas seperti sebelum ini, namun terdapat pula beberapa sekolah di Pantai Timur yang terjejas dengan bencana banjir.

“Bagi pihak KPM, kita selalu pegang prinsip kemanusiaan yang kita mahu memberikan kesenangan dan kelonggaran kepada anak-anak kita dalam pembelajaran mereka. Apa yang penting bagi kita ialah kandungan pembelajaran daripada isu lain,” katanya.

Pada 20 Mei tahun lepas, KPM tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika itu, dengan Menterinya Fadhlina Sidek berkata, kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca.

Mengenai program malam tadi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir dalam ucapan aluannya berkata, tanggal 20 Jan 2024 akan genap ulang tahun ke-150 bandar Taiping yang ditubuhkan melalui Perjanjian Pangkor pada 1874, selain MPT akan menganjurkan 150 program untuk tahun ini bersempena dengan ulang tahun itu. – Bernama

The post Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah appeared first on Info Sinar.

Banjir: KKM kesan 20 kes Covid-19 di PPS Kelantan, Terengganu
Dr Dzulkefly (kanan) melihat keadaan seorang kanak-kanak, Adam Mamat yang berkerusi roda kerana kemalangan jalan raya dua bulan lalu ketika lawatan di PPS SK Jeli pada Ahad.

Dr Dzulkefly (kanan) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Jeli.

JELI – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 20 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes itu berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) dengan rekod bermula pada 22 November lalu sehingga 30 Disember lalu.

Menurutnya, daripada keseluruhan 20 kes itu, sebanyak 15 kes dikesan di Kelantan manakala lima kes di Terengganu.

“Kesemua kes Covid-19 tersebut stabil terdiri daripada kategori dua sebanyak 17 kes, kategori tiga (2) dan kategori empat (1),” katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Rasmi ke Kelantan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli di sini pada Ahad.

**media[2480394]**

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.

Dr Dzulkefly berkata, kes Covid-19 kategori empat itu melibatkan pesakit warga emas dengan komorbid hipertensi tidak terkawal dan masukkan ke wad di Hospital Jeli, namun sudah dibenarkan pulang pada Sabtu.

Ujar beliau, kesemua kes Covid-19 di PPS seterusnya sembuh bagaimanapun KKM sentiasa memantau trend jangkitan dalam kalangan mangsa banjir dan melaksanakan aktiviti kawalan di pusat itu bagi mencegah penularan.

“Aktiviti saringan bergejala Covid-19 dalam kalangan penghuni PPS  dilaksanakan oleh pasukan perubatan.

“Mangsa yang disahkan positif Covid-19 akan diasingkan segera sehingga tamat tempoh isolasi sama ada di hospital, PPS atau di rumah mengikut tahap jangkitan,” katanya.

The post Banjir: KKM kesan 20 kes Covid-19 di PPS Kelantan, Terengganu appeared first on Info Sinar.

Amalkan semula SOP cegah Covid-19 – Pakar kesihatan
Segelintir orang ramai mula memakai pelitup muka ketika berada di kawasan awam berikutan kes Covid-19 kembali meningkat semasa tinjauan di Bukit Bintang pada Jumaat. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Walaupun jangkitan Covid-19 di negara ini masih terkawal, rakyat disaran mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah jangkitan virus itu.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU), Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, ini kerana rakyat harus terus ‘hidup’ bersama Covid-19 memandangkan tiada sebarang tanda virus itu akan lenyap dari muka bumi ini.

“Covid-19 berada dalam keadaan endemik. Ini bermakna ia sentiasa ada dalam persekitaran dan sentiasa bermutasi,” kata Felo Akademi Sains Malaysia itu kepada Bernama.

Meskipun fasa peralihan endemik di Malaysia bermula pada 1 April tahun lepas, Dr Lokman Hakim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan turut menggalakkan orang ramai khususnya mereka yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin dalam usaha mencegah Covid-19.

“Digalakkan bagi mereka untuk mengambil semula suntikan booster sekiranya kali terakhir pengambilannya melebihi tempoh setahun lalu,” katanya merujuk kepada golongan berisiko tinggi antaranya warga emas dan penghidap penyakit kronik seperti kanser.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata, situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital selain tiada varian baharu Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman juga berkata, pemakaian pelitup muka adalah sangat digalakkan terutama setiap kali keluar ke tempat awam atau tempat yang sesak.

“Penggunaan sanitizer juga digalakkan di samping terus cakna dengan kebersihan tangan,” katanya.

Beliau juga berpendapat besar kemungkinan peningkatan jangkitan Covid-19 disebabkan oleh perubahan varian virus semasa serta penurunan antibodi dalam kalangan masyarakat terhadap jangkitan itu.

“Ia merupakan pola semula jadi seperti juga jangkitan-jangkitan yang berlaku sebelum ini. Selepas sesuatu sela masa biasanya akan berlaku perubahan molekul pada virus sehingga menyebabkan ia berubah menjadi strain baharu yang berupaya mengakibatkan jangkitan terhadap individu yang belum mempunyai antibodi terhadapnya.

“Situasi semasa yang tidak mempunyai sebarang sekatan sosial, dengan individu bebas ke mana-mana termasuk luar negara, juga menyebabkan jangkitan mudah tersebar,” katanya.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata, pemakaian pelitup muka juga boleh membantu masyarakat melindungi diri daripada jangkitan virus melalui saluran pernafasan, selain itu Covid-19 mudah berjangkit berikutan negara ini yang sedang mengalami musim hujan serta lembap.

“Penyakit seperti demam dan selesema termasuk Covid-19 senang berlaku (apabila hujan dan lembap). Oleh itu, bagi langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan elak melawat kawasan sesak, pakai pelitup muka dan sering menggunakan hand sanitizer seperti dulu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya masyarakat melengkapkan pengambilan suntikan vaksinasi Covid-19 dalam usaha membendung daripada dijangkiti wabak itu terutamanya dalam kalangan warga emas dan penghidap penyakit yang kronik. – Bernama

The post Amalkan semula SOP cegah Covid-19 – Pakar kesihatan appeared first on Info Sinar.

Covid-19: 14 kes dikesan libat mangsa banjir di PPS dua negeri
Dr Dzulkefly – Foto: Bernama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan sembilan kes di Kelantan dan lima kes di Terengganu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Kes Covid-19 yang dilaporkan itu dikategorikan sebagai sporadik iaitu 12 daripadanya mempunyai gejala ringan dan dirawat di PPS atau di rumah, manakala dua kes memerlukan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan setiap hari di PPS, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 183 kes jangkitan kulit, 125 kes jangkitan respiratori akut (ARI), tujuh kes konjunktivitis dan tiga kes gastroenteritis akut (AGE).

“Semua kes adalah stabil dan telah diberi rawatan pesakit luar di PPS terbabit.

“Tiada kes kesihatan mental dirujuk kepada kaunselor atau Pakar Perubatan dilaporkan,” katanya.

Selain itu katanya, satu kejadian wabak konjunktivitis dilaporkan Selasa lepas di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Pasir Mas, Kelantan melibatkan lima kes daripada 15 orang yang terdedah dan kesemua mereka diberi rawatan, pendidikan kesihatan dan diisolasi di PPS berkenaan.

Dr Dzulkefly turut memaklumkan sebanyak 51 fasiliti kesihatan terjejas banjir di tiga negeri iaitu 23 fasiliti di Kelantan, Terengganu (11) dan 17 di Pahang.

Beliau berkata, sebanyak 34 fasiliti kesihatan masih beroperasi seperti biasa, manakala 16 fasiliti kesihatan telah berpindah operasi ke fasiliti alternatif dan satu fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi kerana terputus hubungan.

“Orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan termasuk fasiliti alternatif seperti biasa dan KKM menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan mengambil serius arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian banjir di negeri-negeri yang terlibat dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan penyakit sewajarnya, serta perkhidmatan kesihatan dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – Bernama

The post Covid-19: 14 kes dikesan libat mangsa banjir di PPS dua negeri appeared first on Info Sinar.