Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman,
Datuk Seri Hajiji Mohd Noor selamat mengangkat sumpah
sebagai Ketua Menteri Sabah baharu pada 29 September lalu.
Pelantikan beliau itu akhirnya mendapat persetujuan semua parti
yang bergabung bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
iaitu Perikatan Nasional (PN),
Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Terdahulu, pelantikan Ketua Menteri Sabah terganggu selama
dua hari selepas Perikatan Nasional (PN) memenangi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September lalu
susulan pertikaian siapa yang layak menduduki kerusi tertinggi
dalam pentadbiran di Negeri Di Bawah Bayu itu.