KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum bakal menerima manfaat.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.
Katanya, golongan terjejas boleh membuat permohonan melalui dalam talian atau ke pejabat KWSP terdekat.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Perbelanjaan 2021 terbesar dalam sejarah
Teliti Belanjawan 2021, selami kesungguhan kerajaan bantu rakyat
[VIDEO] Pencarum terjejas boleh keluar akaun satu KWSP hingga RM60,000
AKAN MENYUSUL