Admin Info Sinar – Info Sinar

Jangan terhutang budi dengan sesiapa
Integriti bukan hanya tentang menolak rasuah besar, ia tentang mengawal pintu kecil sebelum ia terbuka luas. Gambar kecil: Qayyim

SAYA pernah menerima satu nasihat daripada seorang jurutera senior ketika bekerja di ‘power plant’ dahulu.

Bunyi nasihat itu sangat sederhana tetapi apabila saya renungkan hari ini, rupanya itulah antara ‘vaksin’ paling awal untuk mencegah rasuah.

Dia kata: “Jangan beri peluang untuk kita terhutang budi dengan sesiapa terutama vendor atau pembekal’.

Waktu itu saya angguk sahaja, masih muda, baru masuk industri dan beranggapan integriti itu perkara besar. Kita bayang rasuah itu datang dalam bentuk kontrak berjuta-juta, perbincangan tertutup atau pegawai berpangkat besar.

Tapi, apabila kita hidup dan kerja semakin lama, baru kita nampak rasuah jarang datang dalam bentuk besar. Ia selalunya bermula dengan kecil, dengan sesuatu yang tidak akan kita syak pun.

Nasihat senior saya itu datang dengan contoh-contoh yang dekat dengan hidup.

Kalau vendor ajak keluar minum, tolak dengan baik. Kalau terpaksa ikut, cepat-cepat bayar sendiri. Kalau tidak sempat, terus belanja satu meja. Biar jelas: aku datang kerja, bukan hendak jadi kawan rapat sesiapa.

Kalau mereka hantar hamper, jangan ambil seorang diri. Suruh mereka hantar ke bengkel. Biar semua orang rasa, semua orang makan.

Apabila kita kongsi, kita tidak izinkan wujudnya ‘keistimewaan peribadi’ yang akan buat kita serba salah nanti.

Kalau ada yang hulur baucar, tiket, hadiah kecil – senyum, ucap terima kasih dan tolak. Alasan paling mudah: “Saya cuma buat kerja saya, tak perlu balasan.”

Kadang-kadang kita risau orang terasa tetapi orang yang menghormati profesion kita akan faham pendirian itu. Semua contoh tersebut nampak remeh tapi di sinilah bermulanya penyakit yang kita semua takut hendak sebut iaitu rasuah.

Ini bukan kerana kita jahat. Ini bukan kerana kita tamak tetapi ini kerana kita terhutang budi. Dan rasa terhutang budi itu lebih bahaya daripada tawaran duit yang jelas.

Sebab, ia masuk dalam hati. Ia buat kita dilema. Ia buat kita rasa tidak boleh menolak. Ia buat kita rasa ‘alah, dia pernah tolong aku…’

Rasuah tidak selalu datang dengan sampul tebal. Ia selalu bermula dengan minum petang. Adakala dengan hamper hujung tahun. Adakala dengan sedikit-sedikit ‘gesture’ yang tidak salah pada zahirnya.

Sebab itu, prinsip yang saya belajar dahulu menjadi pegangan sehingga hari ini iaitu jangan beri peluang untuk terhutang budi. Apabila tidak terikat, kita lebih bebas bekerja.

Apabila tidak terhutang, kita lebih mudah berkata tidak. Apabila tidak terpengaruh, keputusan kita lebih jujur.

Bak kata mentor saya juga: “Tak luak pun hensem kita apabila kita buat benda betul.”

Integriti bukan hanya tentang menolak rasuah besar. Ia tentang mengawal pintu kecil sebelum ia terbuka luas. Ia tentang menjaga hati sendiri daripada rasa terhutang.

Ia tentang tahu batas dan berani menegakkan batas itu.

Kalau semua orang pegang prinsip kecil ini, kita mungkin tidak dapat hapuskan semua rasuah di Malaysia.

Tapi kita akan matikan banyak pintu yang sepatutnya tidak pernah terbuka sejak awal. Kadang-kadang untuk elak keburukan besar, kita cuma perlu jaga satu perkara iaitu jangan berhutang budi.

* Qayyim Hafidz ialah ahli IKRAM dan bekas Jurutera Kanan (Industri Tenaga)

Pemimpin terpalit isu integriti wajar undur – PPN
Presiden PPN gesa pemimpin yang terpalit isu integriti berundur. (Gambar kecil: Abdul Hakim)

SHAH ALAM – Seorang pemimpin wajar berundur dan melepaskan jawatan yang dipegang apabila terpalit isu integriti atau menjadi beban kepada organisasi yang dipimpinnya.

Presiden Pertubuhan Perdana Nasional (PPN), Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, segala keputusan serta tindakan tidak lagi dihormati sekiranya kepercayaan yang menjadi asas utama kepimpinan semakin terhakis.

“Dalam era ketelusan dan kepekaan rakyat yang semakin tinggi, pemimpin tidak lagi dinilai melalui pangkat atau retorik, tetapi menerusi integriti serta keupayaan sebenar untuk membawa perubahan.

“Apabila seorang pemimpin enggan berubah dan terus berpegang kepada cara lama yang tidak lagi relevan, mereka bukan sahaja menyekat kemajuan, malah melemahkan daya tahan institusi itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mencabar golongan belia supaya tidak sesekali membenarkan pemimpin yang terpalit dengan rasuah diberi peluang untuk memimpin negara.

Beliau berkata, anak muda hari ini mempunyai semangat, ilmu dan daya juang yang tinggi serta mampu menilai kepimpinan berdasarkan integriti dan kejujuran.

Dalam pada itu, Abdul Hakim Hafizi berpandangan bahawa pelaksanaan Strategi Antirasuah Nasional (NACS) 2024–2028 masih memerlukan komitmen politik yang konsisten, keberanian institusi melaksanakan tindakan tanpa pilih kasih, serta penyertaan aktif masyarakat.

Walaupun dasar dan kerangka strategi digubal secara menyeluruh, beliau menegaskan bahawa cabaran utama terletak pada pelaksanaan yang berkesan, pemantauan telus serta kesungguhan untuk menghukum pelaku rasuah tanpa kompromi.

Abdul Hakim turut menegaskan bahawa masyarakat tidak lagi boleh berkompromi dengan kepimpinan yang lemah kerana ketelusan dan integriti merupakan keperluan asas dalam membina negara yang progresif.

“Ketelusan dalam proses perolehan kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan perlu diperbaiki ekoran penguatkuasaan yang tidak konsisten serta kurangnya penyertaan rakyat.

“Usaha memperkukuh ketelusan hanya akan berjaya jika kerajaan bersedia melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh,” ujarnya.

Menentang rasuah pacu ekonomi, pastikan keharmonian negara – Anwar
Anwar ketika menyampaikan ucaptama penutup pada Persidangan Antarabangsa Malaysia mengenai Tadbir Urus dan Integriti 2025 di sini hari ini. – Foto: Bernama

PUTRAJAYA – Perjuangan menentang rasuah bukan semata-mata kewajiban moral tetapi merupakan pemacu kepada pembangunan ekonomi yang mantap, inklusif dan mampan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tadbir Urus dan Integriti Malaysia 2025 di sini hari ini, Perdana Menteri menekankan bahawa rasuah dalam semua bentuknya merupakan ancaman secara langsung kepada kemajuan ekonomi dan keharmonian negara.

“Ia meningkatkan kos menjalankan perniagaan, menjejaskan persaingan adil, menyekat inovasi dan menghalang pelaburan domestik dan asing.

“Rasuah membawa keluar dana awam daripada sektor penting seperti infrastruktur kritikal, pendidikan berkualiti dan kemudahan akses kesihatan,” katanya.

Anwar berkata, rasuah mewujudkan medan permainan yang tidak sekata, merugikan perniagaan beretika dan menghalang pengagihan manfaat ekonomi yang saksama.

Tambahan pula, ia sering membawa kepada keputusan tidak tepat yang mengeksploitasi sumber negara tanpa mengambil kira generasi akan datang, katanya.

AKAN MENYUSUL

Perluas program Jelajah Antirasuah
Peserta CBB Kulai dan SMK Bandar Putera 2, Senai.

Peserta dari CBB, Kulai.

JOHOR BAHRU – Program KPS Berhad ACT-I Jelajah Antirasuah bersama Rasuah Busters perlu diperluaskan lagi dalam usaha memerangi dan membanteras gejala rasuah di negara ini.

Tinjauan Sinar Harian ke dua lokasi penganjuran berkenaan iaitu di Syarikat Century Bond Bhd (CBB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putera 2, Senai mendapati program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Menurut Ketua Pegawai Kelestarian KPS Berhad, Zul Mawardi, program berkenaan mampu memantapkan lagi nilai integriti dalam kalangan pekerja dan seterusnya menjadi amanah penting bagi memastikan kelestarian syarikat dan juga negara.

Naib Presiden Servis Korporat CBB, Zainal Abu Bakar pula berkata, pihaknya menyokong penuh penganjuran program berkenaan yang bertujuan untuk membanteras gejala rasuah.

**media[3191458]**

Malah katanya, program sedemikian perlu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh bagi memupuk integriti dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Program seperti ini tidak seharusnya tertumpu kepada pihak-pihak tertentu atau NGO (badan bukan kerajaan) sahaja, malah ia perlu melibatkan seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia CBB, Wong Pei Yee turut menyatakan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Pei Yee yang baru kali pertama menyertai program Rasuah Busters mengakui teruja menyaksikan ketegasannya dalam usaha membanteras gejala rasuah.

“Saya lihat pendekatan yang dibawa di sini sangat baik kerana rasuah boleh merosakkan ekonomi, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan akhirnya memberi kesan kepada keluarga kita sendiri,” katanya.

Ikuti Program KPS Berhad ACT-I Jelajah Antirasuah yang akan berlangsung di negeri Selangor dalam memupuk integriti dalam kalangan rakyat di negara ini.

KPS Berhad, Rasuah Busters perkasa agenda anti-rasuah di Pulau Pinang
Kakitangan MDS Advanced Sdn Bhd menyertai sesi kesedaran mengenai pemantapan dasar dalaman syarikat serta pengukuhan nilai integriti.

Pelajar SMK Mutiara Impian membacakan lafaz ikrar intregriti.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Jelajah Anti Rasuah anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) bersama #RasuahBusters

BATU KAWAN – Usaha memerangi rasuah diteruskan dengan pendekatan pendidikan dan kesedaran menerusi KPS Berhad ACT-I Jelajah Anti Rasuah anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) bersama #RasuahBusters yang kini memasuki siri jelajah kali kedua di Pulau Pinang baru-baru ini.

Program dua hari itu menyaksikan penglibatan pelbagai pihak merentas sektor termasuk pelajar sekolah dan syarikat korporat, sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘tiga penjuru’ yang mengetengahkan peranan NGO, korporat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran anti rasuah dan menyemai budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anak syarikat KPS Berhad seperti MDS Advanced Sdn Bhd dan CPI (Penang) Sdn Bhd menunjukkan komitmen luar biasa dengan menggerakkan warga kerja mereka untuk menyertai sesi kesedaran mengenai pemantapan dasar dalaman syarikat serta pengukuhan nilai integriti.

Ketua Pegawai Kelestarian KPS Berhad, Zul Mawardi berkata, usaha memerangi rasuah tidak boleh digerakkan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kolaborasi strategik pelbagai pihak dengan komunikasi dua hala dan libat urus berterusan.

**media[3176903]**

“Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian yang merupakan sekolah sukan di negeri ini dan SMK Raja Tun Uda, melihatkan penyertaan aktif seramai 1,000 pelajar yang diberi pendedahan awal tentang budaya integriti dan bahaya rasuah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, pendekatan kali ini turut melibatkan sekolah sukan yang merupakan kluster penting dalam masyarakat.

**media[3176905]**

“Industri sukan sangat terdedah dengan risiko rasuah, jadi penting untuk kita beri kesedaran kepada para pelajar tentang nilai integriti agar mereka menjadi agen pencegahan rasuah sejak awal,” katanya.

Beliau berkata, Johor dan Selangor merupakan lokasi seterusnya bagi program jelajah ini dalam usaha memperkukuh nilai integriti sebagai asas pembinaan negara yang bebas rasuah.

SPRM, BMR Brunei perkasa kerjasama banteras rasuah
Azam Baki (dua dari kiri ) ketika menerima kunjungan hormat delegasi BMR yang diketuai Pengarahnya, Datin Paduka Hajah Anifa Rafiza Abd Ghani (dua dari kanan) di Ibu Pejabat SPRM hari ini. – Foto: FB SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei Darussalam sepakat memperkukuh kerjasama bagi mempertingkatkan hubungan serta perkongsian strategik dalam usaha membanteras rasuah secara menyeluruh.

Komitmen tersebut dinyatakan dalam sesi perbincangan sempena kunjungan hormat delegasi BMR yang diketuai Pengarahnya Datin Paduka Hajah Anifa Rafiza Abd Ghani ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Perbincangan itu turut meliputi pelbagai aspek kerjasama termasuk latihan dalam bidang perisikan yang dianjurkan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) serta penempatan pegawai BMR dalam Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) anjuran bersama UKM dan SPRM.

SPRM, menurut Azam, sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan bersedia berkongsi khidmat nasihat berhubung hal-hal pentadbiran bersama BMR.

Turut hadir Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM P/TPj, Rasidah Abdul Karim, Ketua Penyiasat Khas BMR, Umi Kalthum Zatil Amali, Penyiasat Khas Kanan, Hasrina Suzanty Jamil serta Penyiasat Khas Kanan Digital Forensik dan Perkhidmatan Teknologi, Haji Ide Rizal Basman.

SPRM, BMR Brunei perkasa kerjasama banteras rasuah
Azam Baki (dua dari kiri ) ketika menerima kunjungan hormat delegasi BMR yang diketuai Pengarahnya, Datin Paduka Hajah Anifa Rafiza Abd Ghani (dua dari kanan) di Ibu Pejabat SPRM hari ini. – Foto: FB SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei Darussalam sepakat memperkukuh kerjasama bagi mempertingkatkan hubungan serta perkongsian strategik dalam usaha membanteras rasuah secara menyeluruh.

Komitmen tersebut dinyatakan dalam sesi perbincangan sempena kunjungan hormat delegasi BMR yang diketuai Pengarahnya Datin Paduka Hajah Anifa Rafiza Abd Ghani ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Perbincangan itu turut meliputi pelbagai aspek kerjasama termasuk latihan dalam bidang perisikan yang dianjurkan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) serta penempatan pegawai BMR dalam Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) anjuran bersama UKM dan SPRM.

SPRM, menurut Azam, sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan bersedia berkongsi khidmat nasihat berhubung hal-hal pentadbiran bersama BMR.

Turut hadir Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM P/TPj, Rasidah Abdul Karim, Ketua Penyiasat Khas BMR, Umi Kalthum Zatil Amali, Penyiasat Khas Kanan, Hasrina Suzanty Jamil serta Penyiasat Khas Kanan Digital Forensik dan Perkhidmatan Teknologi, Haji Ide Rizal Basman.

Perluas lagi kempen kesedaran berkaitan rasuah, salah guna kuasa
Zairudin

SHAH ALAM – Hukuman lebih berat amat diperlukan dalam usaha untuk menangani aktiviti rasuah memandangkan negara kini berhadapan dengan ancaman jenayah tersebut yang tinggi.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Selangor, Zairudin Hashim berkata, Akta Rasuah United Kingdom (UK) 2010 boleh diperhalusi kesesuaiannya dalam menunjukkan keseriusan kerajaan mencegah serta membanteras rasuah.

“Selain itu, saya bersetuju sekiranya pihak kerajaan secara rentas kementerian dapat memperluas lagi kempen kesedaran berkaitan rasuah, integriti dan salah guna kuasa kepada semua lapisan masyarakat.

“Langkah-langkah tersebut membuktikan kecekapan pihak berkuasa serta keseriusan dalam membenteras rasuah,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah pada Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.

Penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dipercayai wartawan berkenaan meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI.

Dalam pada itu, menurut Zairudin, timbul persoalan sama ada masalah rasuah di negara ini menjadi bertambah serius.

“Kita dapat melihat kepada senarai kes pendakwaan berkaitan rasuah di mahkamah.

“Sebenarnya berdasarkan statistik kes didakwa di mahkamah hari ini, ia menunjukkan SPRM amat komited dan berani melaksanakan tanggungjawabnya memerangi rasuah.

“Bagaimanapun mengikut prinsip undang-undang, seseorang itu tidak dikira bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah,” jelasnya.

Pengamal media perlu teguh integriti, tolak ‘ganjaran’ wang
Laporan Sinar Harian berhubung penahanan seorang wartawan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada ejen pekerja asing. Gambar kecil: Hamdan Daniel

SHAH ALAM – Pengamal media perlu mempunyai prinsip integriti yang tinggi dengan menolak ganjaran berbentuk wang agar laporan berita kekal berlandaskan kebenaran serta tidak dipengaruhi oleh kepentingan pihak tertentu.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib menegaskan bahawa tanpa integriti yang kukuh, kewibawaan pengamal media akan terhakis dan ini akan menjejaskan kredibiliti industri kewartawanan secara keseluruhan.

“Orang ramai bergantung kepada laporan wartawan dan organisasi berita sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat sahih. Justeru, jika rasuah wujud dalam industri media, ia pasti memberi kesan negatif kepada kesejahteraan awam.

“Sekiranya kes rasuah terus berlaku, ia akan menjejaskan reputasi serta kepercayaan awam terhadap laporan yang disiarkan media. Masyarakat juga akan hilang hormat terhadap tulisan dan saranan pengamal media,” katanya.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000.

Wang itu didakwa sebagai balasan untuk menurunkan artikel yang dimuat naik serta tidak lagi menulis mengenai sebuah agensi pekerja asing dikaitkan dengan sindiket.

Mengulas lanjut, Hamdan Daniel berkata, pengamal media perlu berpegang kepada prinsip ketelusan serta meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan bagi memastikan industri tersebut bebas daripada gejala rasuah.

“Walau apa jua sogokan ditawarkan, media harus menolaknya dengan penuh tanggungjawab dan amanah bagi memastikan laporan yang disampaikan tepat serta sahih.

“Media di Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan rakyat. Jangan biarkan kes seperti ini berulang sehingga menghakis kepercayaan awam terhadap kewibawaan pengamal media,” ujarnya.

Tambahnya, cabaran utama pengamal media adalah tawaran sogokan lumayan yang boleh menggugat integriti, justeru nilai etika kukuh amat diperlukan bagi memastikan mereka tidak terjerumus dalam gejala rasuah.

“Setiap wartawan harus memiliki keteguhan prinsip dan kejujuran dalam melaporkan berita. Bagi memantau etika kewartawanan, saya mencadangkan agar satu badan khas ditubuhkan.

“Badan khas ini bertujuan menyediakan bimbingan serta garis panduan kepada wartawan. Langkah itu juga dapat membantu meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti media,” katanya.

Standard baharu Sistem Pengurusan Antirasuah dilancar
ABMS-MY melancarkan ISO 37001:2025, standard baharu bagi Sistem Pengurusan Antirasuah yang diperkenalkan oleh International Organization for Standardization.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengamal Sistem Pengurusan Antirasuah Malaysia (ABMS-MY) melancarkan ISO 37001:2025, standard baharu bagi Sistem Pengurusan Antirasuah yang diperkenalkan oleh International Organization for Standardization (ISO).

Standard ini bertujuan memperkukuh langkah pencegahan rasuah, meningkatkan integriti organisasi serta mempromosikan amalan perniagaan yang beretika dan telus.

Menurut ABMS-MY, standard ini boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan sistem pengurusan lain seperti ISO 9001 bagi Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO 14001 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

“ISO 37001:2025 menyediakan panduan yang jelas dan praktikal bagi membantu organisasi mencegah, mengesan serta menangani risiko rasuah.

“Standard ini juga memperkukuh akauntabiliti kepimpinan dalam memacu budaya etika dan integriti di tempat kerja, selain meningkatkan kredibiliti organisasi serta keyakinan pemegang taruh terhadap ketelusan pengurusan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

ABMS-MY menjelaskan bahawa pengadaptasian ISO 37001:2025 dijangka menjadi pemacu utama dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti, dan etika dalam sektor awam dan swasta.

“Standard ini mampu membantu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) serta memastikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa,” katanya.

Persatuan itu turut menegaskan komitmennya untuk membantu organisasi mengadaptasi standard ini dengan sokongan pakar dalam bidang integriti dan pematuhan.

“Kami yakin Jabatan Standard Malaysia (JSM) akan memainkan peranan utama dalam mempromosikan ISO 37001:2025 sebagai penanda aras baharu bagi perniagaan beretika serta mengukuhkan reputasi Malaysia di peringkat global,” katanya lagi.

Maklumat lanjut layari www.abmsmy.org