NURUL HUDA HUSAIN, Author at Info Sinar

Malaysia perlu kaji strategi negara kurang rasuah – Awang Sariyan
Awang ketika menyampaikan ucaptama sempena Forum Khas #RuangBelia: Dari Tahu ke Tindak – Lawan Rasuah! yang berlangsung di Karangkraf di sini pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Awang

SHAH ALAM – Kerajaan dicadang supaya mengkaji strategi digunakan negara yang merekodkan kadar jenayah rasuah paling rendah di dunia untuk diterapkan di Malaysia.

Ahli Dewan Negara, Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, antara negara yang boleh contohi ialah Denmark, New Zealand, Finland, Sweden dan Singapura.

Menurutnya, kesemua negara terlibat itu secara konsisten menduduki tangga teratas dalam CPI yang mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam di seluruh dunia.

“Secara umumnya pelbagai inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan memperlihatkan kesungguhan usaha untuk membanteras rasuah. Namun, sehingga kini gejala itu masih menjadi masalah nasional yang mencemaskan.

“Jadi, sudah tiba masa untuk kerajaan melakukan kajian penilaian keberkesanan semua inisiatif itu untuk ditambah baik, terutama aspek pelaksanaannya. Salah satu usaha yang perlu dilakukan ialah dengan menerapkan strategi negara-negara yang rendah kadar jenayah rasuahnya di dunia,” katanya.

**media[3198060]**

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Forum Khas #RuangBelia: Dari Tahu ke Tindak – Lawan Rasuah! yang berlangsung di Karangkraf di sini pada Jumaat.

Forum itu turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan Presiden Majlis Belia (MBM), Izzat Afifi Abdul Hamid sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Awang yang juga Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berkata, negara berupaya menangani isu rasuah dengan baik sekiranya menggunakan strategi yang betul.

“Kalau kita lihat negara yang berada di tangga teratas dalam CPI yang mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam di seluruh dunia itu bukan negara Islam.

“Sedangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Jadi, di sini juga penting untuk nilai-nilai Islam diterapkan dengan lebih mendalam supaya masyarakat benci dan tolak rasuah,” katanya.

Sementara itu, Awang ketika ditemui menggesa semua persatuan belia di seluruh negara untuk menjadikan jihad memerangi rasuah sebagai agenda penting dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Katanya, usaha untuk memupuk kesedaran bahaya rasuah dalam kumpulan itu penting memandangkan mereka bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

“Semua persatuan belia yang ada di seluruh negara perlu bergerak lebih agresif untuk melaksanakan jihad rasuah supaya ia dapat ditangani daripada terus membarah,” ujarnya.

Beliau menambah, golongan belia juga digesa untuk lebih agresif dan lantang membuat kritikan terhadap pihak berkuasa sekiranya ada tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dilakukan.

The post Malaysia perlu kaji strategi negara kurang rasuah – Awang Sariyan appeared first on Info Sinar.

Pengundi perlu tolak calon ada kes mahkamah
HUSSAMUDDIN

SHAH ALAM – Pengundi perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menolak calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada mana-mana parti yang sedang dibicarakan di mahkamah atau pernah dipenjarakan kerana melakukan kesalahan jenayah.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, tindakan sedemikian perlu bagi memastikan usaha untuk membina negara yang bersih serta bebas daripada rasuah terutamanya akan terlaksana.

Jelasnya, dengan pelbagai teknologi yang ada ketika ini rakyat mempunyai akses lebih luas untuk membuat saringan terhadap calon-calon bertanding sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal mewakili suara mereka nanti.

“Kalaulah (mungkin) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis terlepas (saringan terhadap calon yang mungkin terlibat rasuah), pengundi sendiri boleh saring.

“Sebelum kita undi (seseorang calon) kita buat dahulu saringan sendiri berdasarkan pelbagai teknologi yang ada ketika ini untuk kita cari dan lihat sendiri latar belakang mereka.

“Jadi, sekurang-kurangnya kita tidak bergantung kepada saringan yang dibuat SPRM atau polis semata-mata tetapi kita sebagai pengundi juga boleh buat saringan dan ambil inisiatif untuk cari kelemahan atau kekuatan seseorang calon itu,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Malaysia Petang Ini’ di saluran Bernama TV pada Jumaat.

Hussamuddin dalam masa sama turut menggesa rakyat terutamanya yang layak mengundi supaya memilih calon atau bakal wakil rakyat yang berintegriti bukan berdasarkan parti tetapi atas faktor individu berkenaan.

“Sekarang ini untuk kita bina balik negara, kita perlu pastikan PRU15 nanti kita pilih calon yang berintegriti. Maksudnya kalau masih ada parti yang kumpulkan calon yang tidak berintegriti, kita tolak parti tersebut.

“Sebab itu sekarang ini kuasa ada pada rakyat, jadi rakyat harus ambil tanggungjawab ini untuk saring calon yang terlepas daripada saringan (ada kes mahkamah dan pernah dipenjarakan) untuk tolak mereka,” katanya.

Tambahnya, dengan pemilihan calon PRU15 yang berintegriti secara tidak langsung membolehkan undang-undang yang lebih jelas dirangka untuk tidak membenarkan mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah daripada bertanding pada PRU16 akan datang.

The post Pengundi perlu tolak calon ada kes mahkamah appeared first on Info Sinar.

Fahami konsep hadiah, rasuah
SHAH ALAM – Individu yang berjawatan dalam mana-mana jabatan kerajaan perlu memahami dengan lebih jelas antara pemberian ikhlas atau hadiah dan rasuah kerana ia bakal memberikan implikasi cukup besar kepada tanggungjawab yang digalasnya nanti.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana perbezaan antara kedua-dua perkara itu sangat kecil dan mungkin sukar untuk difahami.

“Saya mengambil contoh apa yang berlaku kepada sukarelawan kita (PPIM). Ada satu masa kita didatangi ah long yang membawa duit sehingga RM60,000 dan sedia untuk memberikan jumlah itu tiap-tiap bulan kalau kita tidak buat apa-apa (ambil tindakan).

“Bagi mereka kalau kita ambil duit itu, kita sudah tidak boleh lakukan apa-apa kerana mereka gunakan tindakan itu sebagai kaedah untuk merapatkan diri dengan kita supaya kita mendengar cakap mereka.

“Jadi, (bagi memastikan sukarelawan tidak termakan dengan pancingan ah long), kita mewujudkan satu produser operasi standard (SOP) pekerjaan kepada sukarelawan kita di mana apabila mereka keluar berunding dengan ah long-ah long ini kita sendiri yang bayar teh tarik yang dipesan.

“Tindakan ini dibuat supaya kita tidak terhutang budi kerana antara pemberian ikhlas atau hadiah dan rasuah ini kadangkala perbezaannya sangat kecil tetapi mempunyai implikasi yang cukup besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kompas Rasuah Busters Edisi Raya bertajuk, Bila Hadiah Jadi Rasuah yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut menampilkan pendakwah bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman sebagai panelis, manakala Fatin Hamimah Yusof sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, masyarakat khususnya mereka yang mempunyai jawatan dalam agensi kerajaan perlu memahami dengan lebih jelas perkara tersebut bagi mengelak wujudnya konflik kepentingan.

“Jadi perkara seperti ini kita kena faham dan dihayati. Kita mempunyai matlamat untuk berbuat sesuatu dan jangan ada perkara yang dibuat itu melemahkan matlamat kita untuk melakukan apa yang benar,” katanya.

The post Fahami konsep hadiah, rasuah appeared first on Info Sinar.

‘Kaedah paling baik jangan terima apa-apa hadiah’
SHAH ALAM – Langkah terbaik untuk menghapuskan rasuah daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengelak semua perkara yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.

Pendakwah bebas, Harryanto Rizal Rokman berkata, ini kerana pemberian hadiah dan rasuah memiliki ciri-ciri yang hampir sama.

“Apabila kita duduk dalam satu jabatan atau jawatan, jalan selamat adalah dengan tidak menerima apa-apa hadiah kerana daripada segi undang-undang rasuah pun memang begitu.

“Ia bagi mengelakkan supaya kita tidak terhutang budi. Rasuah ini boleh jadi di peringkat permulaan tujuannya mungkin hanya untuk melunakkan, membeli jiwa kita.

“Jadi, sebab itu kita kena hati-hati dan kalau betul kita hendak jaga supaya rasuah tidak membarah dalam kehidupan masyarakat kita memang kena elak semua perkara yang boleh membawa kepada rasuah ini.

“Justeru, sebab itulah kalau kita duduk dalam jabatan dan mempunyai jawatan, kaedah yang paling mudah adalah jangan menerima apa-apa hadiah,” katanya pada program Kompas Rasuah Busters Edisi Raya bertajuk Bila Hadiah Jadi Rasuah yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sebagai panelis, manakala Fatin Hamimah Yusof sebagai moderator.

The post ‘Kaedah paling baik jangan terima apa-apa hadiah’ appeared first on Info Sinar.

Ramadan pentas terbaik perkukuh integriti
SHAH ALAM – Ramadan adalah pentas terbaik untuk menahan diri daripada melakukan sebarang perbuatan yang dilarang agama, selain memperkukuhkan integriti daripada terjebak dengan gejala rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, atas dasar itu juga, pihaknya terus mengadakan interaksi bersama rakan gabungan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Beliau berkata, sebanyak lapan sesi Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters telah dirangka sepanjang sepanjang Ramadan ini.

“Sebenarnya sepanjang Ramadan ini Rasuah Busters juga mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan gabungan, maknanya kita memperkukuhkan kolaborasi bersama dan jalinan ini kita teruskan sekali pun berada di bulan Ramadan.

“Ini kerana bulan ini adalah bulan di mana kita menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik dan ia menjadi peluang juga kepada kita semua memperkukuhkan kekuatan dalaman serta mengeratkan hubungan sesama kita.

“Kami percaya bahawa input yang kami akan perolehi daripada lapan sesi bersama dengan rakan gabungan sepanjang Ramadan ini menjadi satu titik lanjutan untuk kita meneruskan perjuangan misi jihad menentang rasuah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters di Kumpulan Karangkraf di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pasukan Teras Rasuah Busters merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, dengan ketahanan diri dan integriti tinggi yang dipupuk sepanjang bulan Ramadan ini akan menjadi pendinding terbaik untuk mendepani cabaran yang mendatang.

“Seharusnya kita mengambil momentum Ramadan ini supaya apa sahaja program yang akan kita laksanakan selepas ini dapat dibuat dengan lebih mendalam serta dapat menjadi pegangan dan memberi kekuatan untuk kita semua menentang rasuah di peringkat diri, keluarga, organisasi dan negara seluruhnya.

“Ia juga dipanggil sebagai detik integriti di mana saat kita semua refleksi integriti dalam diri, organisasi untuk kita kongsikan bersama rakan gabungan yang lain supaya ia menjadi satu kekuatan dan motivasi untuk kita terus melangkah ke depan,” ujarnya.

Tambahnya, usaha mengekang dan membanteras rasuah secara habis-habisan perlu dilaksanakan secara berterusan dengan turut mendapat sokongan semua pihak.

The post Ramadan pentas terbaik perkukuh integriti appeared first on Info Sinar.

Kerajaan tiada kekangan gubal hukuman lebih berat pesalah rasuah
SHAH ALAM – Kerajaan tidak mempunyai sebarang kekangan atau sekatan untuk menggubal hukuman yang lebih berat termasuk hukuman mati atau penjara seumur hidup ke atas individu yang disabit dengan kesalahan rasuah.

Exco Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Hariz Yusoff berkata, ini kerana undang-undang itu boleh dilaksanakan di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, undang-undang bagi sabitan kesalahan rasuah ketika ini memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun maksimum.

“Kerajaan tidak ada sebarang kekangan atau sekatan (untuk kenakan hukuman lebih berat kepada pesalah rasuah) sebagaimana pelaksanaan hukuman mati kena atas mereka yang mengedar dadah di bawah pertuduhan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Hukuman berat seperti hukuman mati atau pun hukuman penjara seumur hidup boleh dilaksanakan di bawah peruntukan Akta SPRM (dan) dalam Islam juga kita boleh tengok untuk mereka yang mengedar dadah ini adalah satu bentuk hukuman takzir iaitu hukuman gantung mati.

“Jadi, kepada mereka yang menerima rasuah ini juga boleh dilaksanakan hukuman takzir tersebut oleh pemimpin atau kerajaan supaya mereka yang berpotensi untuk menerima rasuah atau sebagainya akan berfikir satu juta kali untuk melakukan kesalahan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk Rasuah: Gaya Hidup atau Keperluan yang disiar di Facebook Sinar Harian pada malam Rabu.

Program yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut menampilkan Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin sebagai panelis, manakala Irfan Faruqi bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, menyentuh mengenai tajuk yang dibincangkan itu, Hariz menegaskan rasuah bukan satu keperluan sebaliknya ia adalah satu pilihan mengikut nafsu.

Ini kerana katanya, berdasarkan pengalaman dalam kes yang dikendalikan tidak pernah ada tertuduh mengakui mengambil rasuah kerana kesempitan hidup.

“Tidak pernah lagi kami jumpa mereka yang dituduh dengan kes rasuah ini menyatakan kepada peguam bahawa mereka mengambil rasuah untuk keperluan meneruskan hidup.

“Mereka yang dituduh rasuah ini adalah mereka yang mempunyai pendapatan tetap tapi mereka memilih untuk memperoleh pendapatan tambahan dengan cara yang salah,” katanya.

The post Kerajaan tiada kekangan gubal hukuman lebih berat pesalah rasuah appeared first on Info Sinar.

Generasi muda sandaran bina semula Malaysia tanpa rasuah
SHAH ALAM – Generasi muda hari ini menjadi sandaran untuk membina semula Malaysia tanpa rasuah dengan memilih pemimpin yang berintegriti.

Penasihat Projek Rasuah Busters, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, usaha untuk mencipta semula tamadun dan memahat sejarah baharu negara itu dapat dilakukan sekiranya golongan tersebut membuat pilihan tepat dalam menentukan calon yang bakal memimpin negara kelak.

Tegasnya, ekosistem rasuah yang berakar umbi dalam negara perlu dihapuskan dengan mewujudkan masyarakat yang membenci budaya memberi dan terima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.

“Saya yakin mungkin ada antara anda semua di sini akan mengundi buat kali pertama selepas ini. Pertama sekali apa yang perlu dilakukan adalah tidak kiralah mana-mana parti (calon), tetapi apa yang perlu dilakukan adalah memilih calon yang berintegriti kerana masa depan negara terletak kepada mereka ini (pemimpin).

“Kita tukang pilih (mengundi) sahaja, tetapi masa depan negara terletak kepada mereka (tentang) ke arah mana mereka ingin bawa negara atau seperti apa yang mereka mahu jadikan negara ini sama ada sudut yang lebih baik atau sebaliknya. Mereka tidak boleh dipersalahkan sekiranya gagal, tetapi yang boleh dipersalahkan adalah kita sendiri kerana memilih mereka.

“Jadi, kalau kita sebagai pengundi, rakyat tidak mengubah keadaan ini (rasuah dalam negara ketika ini), maka saya yakin negara dan kita semua akan hancur disebabkan rasuah yang berleluasa. Justeru, saya menyeru semua pihak untuk mempertahankan kempen memerangi rasuah, kita bentuk satu budaya budaya baharu tanpa rasuah di negara yang kita cintai ini demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah ‘Rasuah Makan Diri’ anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan secara dalam talian pada Rabu.

Program yang berlangsung kira-kira sejam itu merupakan tugasan wajib dalam subjek keterlibatan komuniti untuk pelajar semester empat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) KUIM bagi membina kesedaran dan lebih bertanggungjawab supaya menolak budaya kotor itu.

Selain itu, program yang disertai kira-kira 50 orang itu turut membuka ruang sesi soal jawab berkaitan isu rasuah antara Muhammad Nasir yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf bersama peserta.

Mengulas lanjut, Muhammad Nasir turut mengesyorkan agar semua pihak khususnya golongan muda untuk mendesak pemimpin khususnya calon yang akan bertanding dalam pilihan raya untuk menjalani ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

“Dalam usaha kita melaksanakan RBTag ini, saya berpeluang menemui pelbagai peringkat pemimpin dan saya nampak ada yang betul-betul jujur untuk menolak rasuah dan ada juga yang cuba untuk mengambil peluang daripada peluang yang ada (bersikap tidak jujur).

“Sekiranya kita tidak melakukan sesuatu hapuskan rasuah ini, maka negara kita akan berterusan bergelumang dengan rasuah. Jadi belia yang akan mencorak masa depan negara nanti,” katanya.

Tambahnya, usaha untuk menghapuskan rasuah yang telah membarah ini tidak akan tercapai tanpa adanya kesedaran dan sokongan semua pihak, selain memerlukan gerakan rakyat secara besar-besaran.

The post Generasi muda sandaran bina semula Malaysia tanpa rasuah appeared first on Info Sinar.

Ahli politik diminta ambil ujian psikometrik
SHAH ALAM – Ahli politik negara termasuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digesa mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) bagi mengukur kecenderungan tahap integriti yang menjurus kepada perlakuan salah guna kuasa dan rasuah.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon tersebut dan ia tidak menjejaskan peluang mereka untuk menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, RBTag adalah sebagai alat untuk mengukur kecenderungan seseorang berkaitan dengan isu integriti yang menjurus kepada perlakuan salah guna kuasa dan rasuah.

“Kami menyarankan agar setiap calon atau parti yang akan bertanding pada PRN Johor dapat menghubungi pasukan RBTag Rasuah Busters untuk menduduki ujian psikometrik yang pada saya ini adalah masa yang paling sesuai.

“Ujian ini bakal membuktikan kepada masyarakat bahawa calon-calon ini adalah berintegriti dan selayaknya dipilih untuk menjadi wakil mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Halim berkata, ujian psikometrik ini juga boleh diperluaskan untuk di guna pakai dalam kalangan penjawat awam sebagai penanda aras integriti untuk sesebuah jabatan.

“Sekiranya mereka boleh menggesa mana-mana penjawat awam untuk melaksanakan ujian tersebut maka setiap kenaikan pangkat, kemasukan bakal penjawat awam boleh lebih telus dan berintegriti,” ujarnya.

Jelas Halim, penggunaan ujian psikometrik RBTag itu merupakan amalan yang lazim digunakan di negara yang berada dalam kedudukan 20 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antaranya Denmark, Finland, New Zealand, Sweden dan termasuk negara jiran, Singapura.

The post Ahli politik diminta ambil ujian psikometrik appeared first on Info Sinar.

Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
SHAH ALAM – Ahli politik negara termasuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digesa mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) bagi mengukur kecenderungan tahap integriti yang menjurus kepada perlakuan salah guna kuasa dan rasuah.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon tersebut dan ia tidak menjejaskan peluang mereka untuk menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, RBTag adalah sebagai alat untuk mengukur kecenderungan seseorang berkaitan dengan isu integriti yang menjurus kepada perlakuan salah guna kuasa dan rasuah.

“Kami menyarankan agar setiap calon atau parti yang akan bertanding pada PRN Johor dapat menghubungi pasukan RBTag Rasuah Busters untuk menduduki ujian psikometrik yang pada saya ini adalah masa yang paling sesuai.

“Ujian ini bakal membuktikan kepada masyarakat bahawa calon-calon ini adalah berintegriti dan selayaknya dipilih untuk menjadi wakil mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Halim berkata, ujian psikometrik ini juga boleh diperluaskan untuk di guna pakai dalam kalangan penjawat awam sebagai penanda aras integriti untuk sesebuah jabatan.

“Sekiranya mereka boleh menggesa mana-mana penjawat awam untuk melaksanakan ujian tersebut maka setiap kenaikan pangkat, kemasukan bakal penjawat awam boleh lebih telus dan berintegriti,” ujarnya.

Jelas Halim, penggunaan ujian psikometrik RBTag itu merupakan amalan yang lazim digunakan di negara yang berada dalam kedudukan 20 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antaranya Denmark, Finland, New Zealand, Sweden dan termasuk negara jiran, Singapura.

The post Ahli politik diminta ambil ujian personaliti appeared first on Info Sinar.

Orang awam anggotai empat badan SPRM
SHAH ALAM – Empat badan yang mengawal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadangkan supaya dianggotai masyarakat sivil dan penjawat awam seperti yang diamalkan di Indonesia dan Korea.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh berkata, keahlian empat badan terbabit iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawantankuasa Aduan (CC), Panel Penilai Operasi (ORP) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) perlu terdiri daripada 40 peratus masyarakat sivil dan 60 peratus sektor awam.

Katanya, itu cadangan Rasuah Busters bersama enam rakan gabungan termasuk IDEAS, Transparency International Malaysia (TI-M), Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Undi18 dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menerusi reformasi struktur SPRM.

“Inisiatif ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana sudah pun dilakukan di negara-negara seperti Indonesia dan Korea.

“Penstrukturan ini akan pastikan mana-mana badan yang membuat siasatan terhadap rasuah adalah bebas daripada pengaruh eksekutif dan politik.

“Cadangan kami juga kesemua empat badan pengawal ini akan diserap sebagai kumpulan kerja di bawah Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (SPBR),” katanya pada Sidang Media Rasuah Busters: ‘Solusi Transformasi SPRM’ di Studio F, Kumpulan Karangkraf, di sini, pada Khamis.

Tricia terdahulu turut memberikan penjelasan lanjut tentang cadangan gerakan itu kepada kerajaan agar diwujudkan SBPR iatu sebuah suruhanjaya yang diberi mandat oleh perlembagaan dan tanpa berada di bawah kawalan dan pengaruh eksekutif serta politik.

Menurutnya, SBPR akan melapor terus kepada Parlimen dan akan memberi pengawasan terhadap SPRM yang dicadang akan dinamakan semula sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

“Ini untuk memastikan kebebasan pesuruhjaya yang berkidmat dengan suruhanjaya tersebut dan menjamin tempoh perkhidmatan pengerusi dan persuruhjaya badan berkenaan.

“Ini adalah satu cadangan yang penting kerana sekarang ini sesiapa yang pegang jawatan boleh dijatuhkan apabila ada apa-apa perubahan kepada kerajaan seperti yang berlaku dua tiga tahun kebelakangan ini,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sekiranya transformasi struktur SPRM tidak dilakukan sekarang, kemungkinan isu yang berkait Ketua Pesuruhjaya dan kes rasuah dalam SPRM itu sendiri akan timbul lagi pada masa akan datang.

The post Orang awam anggotai empat badan SPRM appeared first on Info Sinar.