NURUL HIDAYAH HAMID, Author at Info Sinar

Krisis kredibiliti bukti reformasi undang-undang tidak boleh dilengahkan – Rasuah Busters
Kenyataan media Rasuah Busters pada Jumaat.

SHAH ALAM – Krisis kredibiliti yang semakin meruncing dalam negara hari ini merupakan bukti jelas bahawa beberapa pembaharuan besar perlu dilaksanakan segera tanpa sebarang penangguhan.

Rasuah Busters berkata, ia jelas keperluan diwujudkan Akta Pendanaan Politik serta pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya tidak boleh dilengahkan sama sekali.

Beliau menambah, tindakan sama diperlukan segera untuk Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009.

“RasuahBusters memandang serius episod politik menjengkelkan, rentetan alegasi dan skandal rasuah terkini melibatkan figura berpengaruh dalam politik seperti Shamsul Iskandar, Farhash Wafa, skandal perlombongan Sabah dan lain-lain isu yang secara kolektifnya mengancam kredibiliti agenda antirasuah negara.

“Kestabilan negara bertitik tolak daripada kredibiliti politik dan pembangunan ekonomi yang dibina daripada keupayaan asli, kualiti dan hasil kerja serta berorientasikan rakyat. Bukan dibangunkan melalui kabel, surat sokongan, ugutan atau ‘siapa kenal siapa’,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam hal berkaitan, Rasuah Busters berpandangan bahawa perbuatan menerima rasuah merupakan pengkhianatan dan penghinaan, manakala menerima rasuah sebagai jalan pintas dalam perniagaan itu menjijikkan.

Tegas kenyataan itu, politik dan perniagaan sihat dipandu oleh daya tahan diri kuat melalui kompas moral yang tinggi serta wujudnya undang-undang tegas melalui siasatan telus dan tidak selektif.

Gerakan itu turut mengingatkan Malaysia akan terus berdepan skandal rasuah memalukan, selagi mana pengisytiharan harta, deklarasi konflik kepentingan dan pengisytiharan pemilik benefisial tidak dilaksanakan secara menyeluruh kepada bukan sahaja kepada wakil rakyat tetapi harus merangkumi semua pegawai-pegawai pemimpin politik.

“Wibawa SPRM kini sedang dicabar untuk membuktikan bahawa ia bukan saja akan menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan politik yang berpotensi melunakkan siasatan, bahkan hasilnya juga harus dikomunikasikan kepada rakyat secara berkala, telus dan terbuka selagi ia tidak menggugat keselamatan nasional,” tambahnya.

Kenyataan tersebut juga menyentuh peranan kerajaan selepas mandat besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Justeru, pasukan kepimpinan Madani berakauntabiliti untuk meletakkan standard integriti tahap tinggi dalam tatakelolanya, selain menghapuskan preskripsi wujudnya sekutu mempunyai ‘immunity de facto’ yang boleh meruntuhkan prinsip ‘no one is above the law’ sebagai asas keadilan sering dilaungkan,” jelasnya.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Rasuah Busters mengingatkan rakyat tentang peranan mereka sebagai penentu masa depan negara.

“Rakyat adalah bos, penentu seriusnya kita memulihkan reputasi negara agar tidak terus diseret ke bawah dengan pemilihan pemimpin yang salah,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, RasuahBusters dan rakan gabungan komited memberi input penambahbaikan, memantau, mengkritik secara konstruktif serta mendesak perubahan agar Malaysia benar-benar bergerak daripada retorik antirasuah kepada tindakan realistik demi mandat rakyat untuk Malaysia lebih baik.

The post Krisis kredibiliti bukti reformasi undang-undang tidak boleh dilengahkan – Rasuah Busters appeared first on Info Sinar.

Krisis kredibiliti bukti reformasi undang-undang tidak boleh dilenggahkan – Rasuah Busters
Kenyataan media Rasuah Busters pada Jumaat.

SHAH ALAM – Krisis kredibiliti yang semakin meruncing dalam negara hari ini merupakan bukti jelas bahawa beberapa pembaharuan besar perlu dilaksanakan segera tanpa sebarang penangguhan.

Rasuah Busters berkata, ia jelas keperluan diwujudkan Akta Pendanaan Politik serta pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya tidak boleh dilengahkan sama sekali.

Beliau menambah, tindakan sama diperlukan segera untuk Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009.

“RasuahBusters memandang serius episod politik menjengkelkan, rentetan alegasi dan skandal rasuah terkini melibatkan figura berpengaruh dalam politik seperti Shamsul Iskandar, Farhash Wafa, skandal perlombongan Sabah dan lain-lain isu yang secara kolektifnya mengancam kredibiliti agenda antirasuah negara.

“Kestabilan negara bertitik tolak daripada kredibiliti politik dan pembangunan ekonomi yang dibina daripada keupayaan asli, kualiti dan hasil kerja serta berorientasikan rakyat. Bukan dibangunkan melalui kabel, surat sokongan, ugutan atau ‘siapa kenal siapa’,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam hal berkaitan, Rasuah Busters berpandangan bahawa perbuatan menerima rasuah merupakan pengkhianatan dan penghinaan, manakala menerima rasuah sebagai jalan pintas dalam perniagaan itu menjijikkan.

Tegas kenyataan itu, politik dan perniagaan sihat dipandu oleh daya tahan diri kuat melalui kompas moral yang tinggi serta wujudnya undang-undang tegas melalui siasatan telus dan tidak selektif.

Gerakan itu turut mengingatkan Malaysia akan terus berdepan skandal rasuah memalukan, selagi mana pengisytiharan harta, deklarasi konflik kepentingan dan pengisytiharan pemilik benefisial tidak dilaksanakan secara menyeluruh kepada bukan sahaja kepada wakil rakyat tetapi harus merangkumi semua pegawai-pegawai pemimpin politik.

“Wibawa SPRM kini sedang dicabar untuk membuktikan bahawa ia bukan saja akan menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan politik yang berpotensi melunakkan siasatan, bahkan hasilnya juga harus dikomunikasikan kepada rakyat secara berkala, telus dan terbuka selagi ia tidak menggugat keselamatan nasional,” tambahnya.

Kenyataan tersebut juga menyentuh peranan kerajaan selepas mandat besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Justeru, pasukan kepimpinan Madani berakauntabiliti untuk meletakkan standard integriti tahap tinggi dalam tatakelolanya, selain menghapuskan preskripsi wujudnya sekutu mempunyai ‘immunity de facto’ yang boleh meruntuhkan prinsip ‘no one is above the law’ sebagai asas keadilan sering dilaungkan,” jelasnya.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Rasuah Busters mengingatkan rakyat tentang peranan mereka sebagai penentu masa depan negara.

“Rakyat adalah bos, penentu seriusnya kita memulihkan reputasi negara agar tidak terus diseret ke bawah dengan pemilihan pemimpin yang salah,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, RasuahBusters dan rakan gabungan komited memberi input penambahbaikan, memantau, mengkritik secara konstruktif serta mendesak perubahan agar Malaysia benar-benar bergerak daripada retorik antirasuah kepada tindakan realistik demi mandat rakyat untuk Malaysia lebih baik.

The post Krisis kredibiliti bukti reformasi undang-undang tidak boleh dilenggahkan – Rasuah Busters appeared first on Info Sinar.

Pendekatan kreatif didik masyarakat fahami nilai integriti
Halmey

Rasuah Busters

SHAH ALAM – Pendekatan menggunakan buku komik pendidikan antirasuah disifatkan sebagai langkah kreatif dalam mendidik masyarakat agar memahami nilai integriti dengan lebih dekat dan menyeronokkan.

Menurut Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Halmey Hamdah, pendekatan itu bukan sekadar inovatif, tetapi menandakan anjakan paradigma dalam usaha membina ekosistem pendidikan yang menolak rasuah sejak di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Felo Penyelidik Felo Penyelidik Institut Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu, kajian pendidikan moral menunjukkan bahawa mesej nilai lebih mudah dihayati apabila disampaikan melalui naratif visual seperti komik berbanding teks perundangan atau ceramah konvensional.

“Dengan gaya penceritaan yang santai dan watak yang dekat dengan kehidupan harian, pelajar dapat memahami konsep kejujuran, amanah serta tanggungjawab tanpa tekanan akademik.

“Ia menjadikan integriti bukan sekadar subjek, tetapi gaya hidup yang boleh dicontohi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menegaskan, pembinaan masyarakat berintegriti perlu bermula sejak kecil dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar di menara gading.

“Nilai integriti perlu ditanam sejak peringkat taska dan tadika kerana di situlah asas moral manusia mula terbentuk,” ujarnya lagi.

**media[3332129]**

Justeru, Halmey memberitahu, pendekatan kepada kanak-kanak perlu berbeza bukan melalui istilah rasuah atau salah guna kuasa, tetapi melalui cerita dan aktiviti yang menekankan nilai jujur, amanah serta tidak mengambil hak orang lain.

Tambah beliau, jika kanak-kanak dibiasakan dengan nilai jujur walau tiada siapa melihat, maka mereka akan membesar dengan prinsip moral yang kukuh.

Beliau turut melihat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan institusi pengajian tinggi menghasilkan komik antirasuah menunjukkan bahawa pencegahan rasuah tidak lagi eksklusif kepada agensi penguatkuasaan, tetapi memerlukan sinergi dengan dunia pendidikan, media dan masyarakat.

“Komik antirasuah hanyalah satu permulaan, selepas ini bahan seperti animasi, permainan digital, video pendek dan siri drama pendidikan juga boleh dimanfaatkan untuk mendekati generasi muda,” tambahnya lagi.

The post Pendekatan kreatif didik masyarakat fahami nilai integriti appeared first on Info Sinar.

Perangi rasuah melalui komik langkah kreatif pupuk kesedaran
Memerangi rasuah perlu dilakukan dari segenap penjuru dengan strategi yang sistematik.

SHAH ALAM – Usaha memerangi rasuah tidak boleh hanya bergantung kepada satu pendekatan, sebaliknya perlu dilakukan di segenap penjuru dengan strategi yang sistematik dan menyeluruh.

Disebabkan itu, Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib menyambut baik usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah melalui penerbitan komik pendidikan kerana dilihat sebagai langkah kreatif dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap bahaya rasuah.

“Setiap langkah yang proaktif dan punya objektif yang jelas kita sambut baik. Bermakna dalam memerangi rasuah kita perlu bertindak di segenap penjuru dan strategi yang sistematik.

“Langkah dengan menerbitkan itu adalah satu usaha yang baik demi memberi kesedaran kepada masyarakat yang bermula dengan usia pra sekolah hingga peringkat seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM memerangi jenayah rasuah dengan pendekatan lebih dekat kepada masyarakat apabila menerbitkan buku komik bertajuk ‘Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula’ bersama Politeknik Kuching Sarawak.

Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi itu dilihat sebagai strategi baharu SPRM dalam menyemai kesedaran antirasuah kepada pelajar khususnya di peringkat teknikal dan vokasional.

Buku komik berkenaan dihasilkan oleh dua pensyarah Politeknik Kuching Sarawak, Haslinda Jama’in serta Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin dan akan digunakan sebagai bahan rujukan tambahan bagi Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan perlu ada pelan yang jelas dari segi perancangan jangka pendek dan jangka panjang agar usaha tersebut dapat dilaksanakan secara berterusan dan diterima masyarakat.

“Oleh itu, kontennya mestilah berpaksi pada tujuan asal dan kumpulan sasaran, serta perlu juga disemak imbang oleh pakar dan mereka yang punya kepakaran,” katanya.

Hamdan Daniel turut berharap usaha seperti itu akan disambut baik dan diusahakan juga oleh agensi-agensi lain bagi memperkukuh gerakan nasional membanteras rasuah.

The post Perangi rasuah melalui komik langkah kreatif pupuk kesedaran appeared first on Info Sinar.

Rasuah umpama khianati amanah rakyat
Rasuah dalam perkhidmatan awam bukan lagi isu terpencil, sebaliknya sudah menjadi penyakit lama yang sukar sembuh. Foto hiasan

SHAH ALAM – Rasuah dalam kalangan kakitangan awam yang masih berlaku perlu dipandang serius kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap amanah rakyat serta maruah negara.

Presiden Pertubuhan Perdana Nasional (PPN), Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, perbuatan itu bukan sekadar salah laku individu, sebaliknya menjadi racun yang boleh merosakkan sistem pentadbiran dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Kita mesti berani berkata benar, tiada alasan, tiada toleransi dan tiada kompromi terhadap rasuah. Tekanan hidup, budaya kerja atau peluang tidak boleh dijadikan justifikasi.

“Integriti mesti kekal menjadi asas setiap penjawat awam dan pemimpin masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pembantu tadbir Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas 77 pertuduhan rasuah dan mengemukakan dokumen palsu berhubung pelbagai perkhidmatan bernilai lebih RM400,000 pada 2022 hingga 2023.

Pada Jumaat, seorang pegawai kanan tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan RM34,500 sebagai upah tidak melaporkan aktiviti penyeludupan barangan dari negara jiran, Julai lalu.

Beliau berkata, usaha memperkukuh budaya integriti dan memperketat pengawasan perlu digerakkan secara berterusan agar setiap keputusan dibuat dengan telus serta berlandaskan tanggungjawab.

Menurutnya, pemimpin perlu menunjukkan teladan, manakala golongan belia pula harus menjadi benteng baharu dalam menolak rasuah, sama ada dalam bentuk kecil atau besar.

Abdul Hakim turut menyifatkan rasuah dalam perkhidmatan awam bukan lagi isu terpencil, sebaliknya sudah menjadi “penyakit lama yang sukar sembuh”.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan perlu berhenti menjadikan kempen antirasuah sebagai acara simbolik atau sekadar pertandingan slogan.

Katanya, apa yang rakyat mahukan ialah tindakan nyata tanpa pilih kasih, bukan sekadar pelancaran strategi baharu setiap beberapa tahun.

“Saya ingin mengingatkan, kalau masih ada penjawat awam yang menganggap rasuah itu ‘peluang cari rezeki’, maka dia sebenarnya sedang menggadai maruah dan menempah kehinaan,” katanya lagi.

Beliau berpandangan jawatan bukan lesen untuk mencari kekayaan segera, sebaliknya satu amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

The post Rasuah umpama khianati amanah rakyat appeared first on Info Sinar.

Wujudkan pasukan elit khas banteras rasuah VVIP
Rasuah berprofil tinggi adalah ancaman serius kepada kelangsungan negara bangsa dan Malaysia tidak boleh membiarkan isu itu berulang. Foto hiasan (Gambar kecil: Nor Halmey)

SHAH ALAM – Sebuah pasukan elit khas antirasuah dicadangkan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap kes melibatkan tokoh berprofil tinggi, ahli politik dan pegawai tertinggi kerajaan.

Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, pasukan khas itu perlu dilengkapi penyiasat paling berpengalaman serta dihormati, diberikan kuasa operasi penuh dengan perlindungan undang-undang, selain diletakkan di bawah pengawasan terus Parlimen dan bukannya hanya eksekutif.

Katanya, cadangan itu dibuat bagi memastikan siasatan kes ‘super’ orang kenamaan (VVIP) dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan telus, sekali gus memperkukuh imej SPRM.

“Rasuah berprofil tinggi adalah ancaman serius kepada kelangsungan negara bangsa dan Malaysia tidak boleh membiarkan isu itu berulang.

“Jika SPRM benar-benar ingin digeruni, mereka perlu berani menegakkan prinsip tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang dengan sokongan pasukan elit khas yang bebas dan berintegriti tinggi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan SPRM memperlihatkan ketegasan dalam usaha memerangi rasuah apabila beberapa individu berprofil tinggi, tokoh korporat, dan pegawai kanan kerajaan terlibat kes seperti skandal projek Lebuhraya MEX II, Ops Sky, Ops Sohor dan sebagainya dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Nor Halmey lagi, rasuah berprofil tinggi bukan sahaja menyebabkan ketirisan berbilion ringgit, malah turut meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

“Dari segi ekonomi, kes sebegini memberi kesan berganda kerana ia menggugat integriti institusi awam, menjejaskan pelaburan asing akibat persepsi risiko tadbir urus lemah serta mencetuskan defisit kepercayaan awam sehingga mampu merosakkan legitimasi politik dan sosial,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nor Halmey berpandangan, langkah membanteras rasuah perlu bersifat holistik dan berlapis termasuk pengukuhan undang-undang serta penguatkuasaan dengan hukuman lebih berat terhadap kes berprofil tinggi.

“Pendidikan integriti sejak awal juga perlu diberi penekanan melalui penerapan nilai antirasuah di sekolah, institusi pengajian tinggi serta latihan penjawat awam,” menurutnya.

Tambahnya, ketelusan tadbir urus turut ditekankan melalui pendedahan harta dan aset oleh penjawat awam kanan serta ahli politik, manakala perlindungan kepada pemberi maklumat juga perlu diperkasakan supaya rakyat berani melaporkan tanpa rasa takut ditekan.

Beliau turut menyifatkan tindakan SPRM membuka siasatan terhadap beberapa kes besar membuktikan adanya keberanian dan keseriusan.

Oleh demikian, tegas Nor Halmey, SPRM perlu dilihat bukan sahaja bebas tetapi juga berwibawa tanpa campur tangan politik bagi memastikan keberkesanannya.

The post Wujudkan pasukan elit khas banteras rasuah VVIP appeared first on Info Sinar.

Siaran langsung perbicaraan rasuah langkah telus perangi rasuah
Laporan Sinar Harian berhubung SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiar secara langsung

SHAH ALAM – Siaran langsung perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi dilihat sebagai langkah berani untuk memperkukuh usaha memerangi rasuah, meningkatkan ketelusan serta menepis persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman dan agensi penguat kuasa.

Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati), Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, ketelusan seumpama itu amat penting bagi memerangi naratif palsu yang sering dimanipulasi pihak tertentu hingga menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi kerajaan.

“Melalui siaran langsung, fakta dan maklumat dapat disampaikan secara telus tanpa tapisan atau manipulasi. Bagaimanapun, pelaksanaannya tidak boleh dibuat secara ad hoc atau tergesa-gesa.

“Proses siaran langsung itu perlu dilaksanakan secara berperingkat dengan kawalan ketat bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan tidak menimbulkan implikasi lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap proses kehakiman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata cadangan itu dibuat kerana ada segelintir pihak menggunakan media sosial untuk memanipulasi fakta yang didedahkan di mahkamah sehingga menyebabkan berlaku tohmahan tidak sepatutnya.

Bibi Sunita menambah, selain memberi ketelusan, langkah itu juga dilihat berfungsi sebagai pendidikan kepada rakyat.

Menurutnya, masyarakat berpeluang memahami secara langsung proses undang-undang, sekali gus membina rasa kebersamaan dan keyakinan terhadap sistem kehakiman.

Dalam masa sama, beliau berpandangan isu integriti agensi kerajaan yang sering dipersoalkan rakyat turut dapat ditangani.

“Selama ini wujud persepsi bahawa agensi kerajaan tidak telus dan melindungi pihak tertentu. Siaran langsung perbicaraan dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap usaha membanteras rasuah,” ujarnya.

Menurut Bibi Sunita, siaran langsung juga akan membolehkan rakyat menilai sendiri bahasa badan, percakapan dan tingkah laku pihak terlibat.

Jelasnya, hakim, pendakwa raya, peguam serta saksi akan diperhatikan oleh seluruh negara, sekali gus mewujudkan kesedaran bahawa setiap tindakan mereka diperhati rakyat.

“Namun begitu, kebimbangan tetap wujud terutama membabitkan keselamatan saksi dan keluarga mereka. Pendedahan identiti saksi berisiko mendedahkan mereka kepada tekanan, ancaman atau buli.

“Justeru, mekanisme perlindungan perlu diperhalusi bagi memastikan saksi berani tampil memberikan keterangan tanpa rasa takut,” tegas beliau.

The post Siaran langsung perbicaraan rasuah langkah telus perangi rasuah appeared first on Info Sinar.

Reformasi institusi perlu disegerakan – KRPPM-IGAR
Syed Ibrahim (tiga kiri) pada sidang akhbar berkaitan Perkembangan dan Perluasan Cadangan Reformasi Institusi di Parlimen pada Khamis.

SHAH ALAM – Kerajaan digesa menyegerakan beberapa reformasi penting termasuk penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat (FOI), pelaksanaan Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) serta penubuhan Ombudsman Malaysia bagi memperkukuh ketelusan dan integriti institusi negara.

Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia-Integriti, Governans dan Anti-Rasuah (KRPPM-IGAR), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, FOI wajar digubal bagi menggantikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang sudah lama, terlalu luas dan tidak lagi sejajar dengan piawaian antarabangsa.

“Kerajaan perlu mengambil kira syor-syor daripada mereka iaitu penggubalan undang-undang kebebasan maklumat itu perlu berteraskan hak rakyat dan menamatkan kebergantungan terhadap pendekatan kerahsiaan diamalkan di bawah akta rahsia rasmi sebab ia terlalu umum.

“Seterusnya, sebarang reformasi FOI perlu merangkumi klausa kepentingan awam yang kukuh, pengecualian maklumat ditakrifkan secara khusus serta prosedur jelas untuk menyahklasifikasi maklumat termasuk dalam hal perolehan dan pertahanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkaitan Perkembangan dan Perluasan Cadangan Reformasi Institusi di Parlimen pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Syed Ibrahim berpandangan, Suruhanjaya Maklumat bebas juga perlu ditubuhkan bagi mentadbir hak tersebut termasuk kuasa memutuskan aduan, menjalankan audit serta membangunkan platform digital yang selamat.

“Suruhanjaya terbabit mesti bebas daripada pengaruh luar dan melapor terus kepada Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, terdapat cadangan supaya DPA diperkenalkan melalui pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelang pertengahan 2026.

Katanya, pihak mereka menyokong cadangan itu dengan syarat ia memberi penekanan kepada kawal selia kukuh serta kaedah semak dan imbang.

“Langkah terbabit perlu khususnya mempercepatkan pemulihan aset dan mengurangkan tempoh perbicaraan.

“Bagaimanapun, pengakuan salah korporat wajar menjadi syarat dan DPA tidak boleh menjadi alat perlindungan kepada pesalah bagi mengelakkan persepsi bayar untuk bebas,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata, KRPPM-IGAR mengesyorkan beberapa syarat perlu diberi perhatian termasuklah syarikat terlibat dalam kesalahan mesti membuat pengakuan salah secara rasmi.

Tegasnya, pelaksanaan DPA juga tidak boleh melindungi individu bersalah, malah perlu dipantau secara telus dengan pengawasan kehakiman, senarai awam DPA dan laporan tahunan.

Menurut Syed Ibrahim, peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya wajar dipisahkan bagi mengelakkan konflik kepentingan, manakala pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu diperkukuh agar bebas daripada pengaruh politik.

Katanya, pihak mereka turut menekankan keperluan menggubal akta khas berkaitan DPA untuk menjamin ketelusan dan ketegasan undang-undang, bukan sekadar bergantung pada pindaan Akta SPRM.

Menyentuh mengenai Ombudsman Malaysia, Syed Ibrahim berkata, pihak mereka berharap institusi itu ditubuhkan sebagai badan bebas memantau dan menyelesaikan aduan salah tadbir dalam sektor awam.

Beliau menjelaskan, Ombudsman berupaya memperkukuh integriti perkhidmatan awam selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem pengurusan aduan negara, sekali gus menjadi langkah penting untuk mewujudkan sistem pemantauan aduan rakyat terhadap salah laku, salah tadbir dan sebagainya.

Justeru, katanya, beberapa perkara dapat diteliti seperti takrif jelas istilah salah tadbir, penyelarasan dengan badan sedia ada seperti Biro Pengaduan Awam dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), koordinasi antara kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT serta kuasa siasatan lebih luas.

“Ombudsman perlu diberikan kuasa siasatan luas dan efektif termasuk memulakan siasatan atas inisiatif sendiri, memasuki premis tanpa notis awal dan mengakses sebarang dokumen.

“Dalam perkembangan sama, KRPPM-IGAR turut menyarankan semakan semula definisi salah laku dalam Akta 700 EAIC dan pembahagian bidang kuasa jelas antara Ombudsman dengan Unit Integriti kementerian,” kata beliau.

The post Reformasi institusi perlu disegerakan – KRPPM-IGAR appeared first on Info Sinar.

Insentif khas benteng elak rasuah di sempadan
Laporan Sinar Harian berhubung SPRM cadang insentif khas untuk pegawai AKPS bertugas di sempadan. (Gambar kecil: Abdul Hakim)

SHAH ALAM – Cadangan pemberian insentif khas kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang bertugas di sempadan negara disifatkan wajar dan mampu menjadi pelindung moral bagi mengurangkan risiko rasuah akibat tekanan ekonomi serta godaan pihak berkepentingan berniat jahat.

Presiden Pertubuhan Perdana Nasional (PPN), Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, langkah itu perlu diiringi dengan latihan integriti, pengawasan operasi bersepadu dan kerjasama antara agensi bagi memastikan keberkesanannya.

Menurutnya, cadangan tersebut merupakan langkah strategik dan berpandangan jauh dalam memperkukuh ketahanan keselamatan negara serta integriti barisan hadapan.

“Kawasan sempadan Malaysia merupakan pintu masuk utama yang terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negara.

“Fakta sejarah menunjukkan bahawa kelonggaran integriti di sempadan boleh membuka ruang kepada peningkatan kadar jenayah rentas sempadan, menjejaskan kedaulatan negara dan melemahkan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar insentif khas diperkenalkan kepada pegawai AKPS yang bertugas di sempadan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata insentif tersebut boleh menjadi dorongan serta motivasi kepada pegawai barisan hadapan untuk melaksanakan tugas dengan lebih bersemangat dan berintegriti tinggi.

Justeru, Abdul Hakim menambah, pemberian insentif itu bukan sahaja wajar, malah boleh menjadi pelindung moral yang mengurangkan risiko rasuah.

The post Insentif khas benteng elak rasuah di sempadan appeared first on Info Sinar.

Generasi muda perlu bangkit tolak rasuah
Azril

SHAH ALAM – Golongan muda digesa bangkit sebagai generasi yang menolak rasuah dengan tidak mudah tunduk kepada normalisasi penipuan dan salah guna kuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin berkata, generasi muda mesti memilih jalan yang benar dan bermaruah walaupun berdepan cabaran.

Menurutnya, generasi tersebut tidak boleh hanya menunggu sistem berubah, sebaliknya mesti menjadi golongan yang memimpin perubahan itu.

“Golongan muda mesti berani menyatakan pendirian dan menolak sebarang bentuk penyelewengan.

“Kita tidak cukup sekadar tahu bahawa rasuah itu salah. Kita mesti berani menolak, melawan dan menyatakan pendirian,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menambah, MASA percaya bahawa integriti ialah benih yang mesti disemai sejak muda dan dapat dilahirkan melalui pendidikan nilai, latihan kepimpinan yang amanah serta ruang untuk anak muda menyuarakan idealisme mereka dengan yakin dan berani.

Justeru, katanya, nilai integriti dan amanah perlu dipupuk sejak dari usia muda bagi melahirkan generasi yang mampu menolak rasuah dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka.

Bahkan, tegas beliau, nilai tersebut perlu dimulakan lebih awal agar dapat menjadi sebahagian daripada pembentukan karakter pelajar.

“Latihan kepimpinan yang dijalankan di peringkat sekolah seperti pelantikan pengawas merupakan antara ruang awal bagi mendidik pelajar mengenai nilai-nilai tersebut.

“Ketika itulah mereka perlu belajar dan didedahkan secara langsung atau tidak langsung dengan elemen-elemen yang membentuk peribadi pemimpin berintegriti,” ujarnya.

The post Generasi muda perlu bangkit tolak rasuah appeared first on Info Sinar.