NOR AZURA MD AMIN, Author at Info Sinar

Jelajah Antirasuah IPMA tarik 1,000 pelajar IKM Johor Bahru
Program Jelajah Antirasuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Rasuah Busters di Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru.

AHMAD ZURIAT

Sambutan meriah diterima apabila 1,000 pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru menyertai Program Jelajah Antirasuah.

Pelajar IKM Johor Bahru berkongsi pandangan mengenai rasuah.

Nurhayati (dua dari kanan) menyerahkan naskah al-Quran kepada Azurin.

JOHOR BAHRU – Program Jelajah Antirasuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Rasuah Busters menerima sambutan meriah apabila 1,000 pelajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru menyertai program berkenaan pada Selasa.

Timbalan Ketua Unit Integriti MARA, Ahmad Zuriat Ahmad Tejuddin berkata, program kali ini merupakan edisi sulung di IPMA yang bermula di Johor dan akan menjadi pemangkin kepada penganjuran di seluruh negara pada masa hadapan.

**media[3235258]**

Menurut beliau, MARA mempunyai pelbagai institusi pendidikan seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJII) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang bakal menjadi lokasi siri jelajah seterusnya.

“Pendedahan nilai integriti sejak di bangku pengajian amat penting bagi memastikan generasi muda memahami peranan mereka dalam membina negara bebas rasuah.

“Golongan muda ini darahnya masih membara. Pada peringkat inilah mereka perlu didedahkan dengan nilai integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada kehidupan dan amalan yang mereka praktikkan setiap hari.

**media[3235259]**

“Integriti perlu menjadi sebahagian daripada rutin mereka dan dijadikan amalan berterusan dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui di Dewan IKM Johor Bahru.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKM Johor Bahru, Dr. Azurin Shukur.

Jelajah Antirasuah IPMA selama empat hari bermula Selasa akan diteruskan di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading, dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin, berkata pendidikan bukan sekadar membekalkan ilmu dan kemahiran, malah menjadi benteng awal dalam melahirkan generasi berintegriti yang menolak rasuah sejak di bangku pengajian.

Jelasnya, kesedaran ini dapat dilihat melalui penglibatan hampir 1,000 pelajar dalam Program Jelajah Antirasuah di IKM Johor Bahru.

“Kita dapat lihat mereka memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk keluarga dan negara.

“Ada yang bertekad membalas jasa rakyat yang membiayai pendidikan mereka dengan berkhidmat secara bersih dan berintegriti,” katanya.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar IKM Johor Bahru, Nazhan Muhaimin Mohd Farid, 20, berkata penganjuran program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka secara terbuka mengenai isu rasuah.

**media[3235260]**

“Ramai rakan saya berani tampil memberikan pandangan mengenai gejala rasuah yang perlu dihapuskan.

“Kami rasa bertanggungjawab untuk memahami bagaimana rasuah memberi kesan kepada masyarakat dan bagaimana kami boleh memainkan peranan membanterasnya,” katanya.

Bagi Aizaa Harisya Munjani, 19, pelajar Semester 3 Kursus Industri Siapan Logam di IKM Johor Bahru, pendedahan seperti ini membantu membentuk minda pelajar agar menghargai nilai kejujuran.

“Apabila integriti dipupuk sejak muda, insya-ALLAH kita akan menolak rasuah dan tidak mudah terpengaruh dengan amalan yang salah,” ujarnya.

**media[3235257]**

Sementara itu, Aiman Haris Pathul Rahman, 26, penuntut Diploma Kompetensi Elektrik Penjanaan di IKM Johor Bahru, berkata pendedahan awal mengenai rasuah mampu membina kefahaman pelajar terhadap kesan buruknya kepada negara.

“Program ini memberi gambaran jelas tentang realiti rasuah dan mengingatkan kami supaya sentiasa mengamalkan integriti dalam kerjaya kelak,” katanya.

The post Jelajah Antirasuah IPMA tarik 1,000 pelajar IKM Johor Bahru appeared first on Info Sinar.

PRU15: Noor Azleen berikrar perangi rasuah
Noor Azleen

PASIR GUDANG – Calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berikrar untuk memerangi rasuah sekali gus membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti.

Exco Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, rasuah perlu dilihat sebagai amalan yang paling keji dan jijik dalam apa juga aspek kehidupan masyarakat serta tidak sepatutnya menjadi budaya kerana ia akan mengakibatkan kesan amat buruk kepada negara.

“Dalam usaha kita menuju negara maju pada hari ini, sememangnya semua tidak kira bangsa dan lapisan umur perlu bersatu hati untuk memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

“Andai kata rasuah itu dibiarkan menjadi norma dalam masyarakat tidak kira kecil atau besar, ia boleh menjadi barah dalam masyarakat seterusnya membawa kepada kemusnahan sebuah tamadun negara bangsa yang kita bina pada hari ini,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk melakukan ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) atau ujian kesihatan mental berkait rasuah.

“Secara peribadi tiada masalah dan mengalu-alukannya. Namun paling penting adalah komitmen untuk kita perang dan basmi rasuah yang perlu dilihat jijik dan keji.

“Sama-sama kita beriltizam, mengamalkan pentadbiran secara telus dan integriti, rasuah musuh utama negara,” ujar beliau.

The post PRU15: Noor Azleen berikrar perangi rasuah appeared first on Info Sinar.

Masyarakat digesa bersama banteras rasuah
JOHOR BAHRU – Usaha membanteras rasuah sewajarnya dilakukan bersama di setiap peringkat agar budaya negatif itu tidak merebak dalam masyarakat dan menjadi barah yang menghancurkan bangsa serta negara.

Pengerusi Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia@Me’DIDIK, Mohd Ridhwan Othman berkata, beliau memandang serius isu rasuah di negara ini yang dilihat semakin berleluasa.

Katanya, langkah membasmi rasuah di negara ini perlu dilakukan secara komprehensif meliputi pelbagai sudut termasuk mewujudkan kesedaran di peringkat awal iaitu sekolah.

“Pelbagai pendekatan perlu diambil termasuk penguatkuasaan undang-undang dan hukuman berkaitan dengan isu rasuah.

“Namun kesedaran juga perlu diwujudkan di peringkat awal termasuk di sekolah bagi generasi baharu agar mempunyai sikap jauhi rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, Me’DIDIK menyokong penuh inisiatif memerangi rasuah melalui kempen Rasuah Busters dan mengharapkan agar usaha itu dapat dijayakan dengan sebaiknya.

“Masyarakat perlu sedar bahaya budaya rasuah jika tidak dikekang. Lebih banyak negatifnya termasuk membantutkan pertumbuhan ekonomi negatif selain mengundang pelbagai permasalahan lain.

“Sikap telus dan proaktif dalam menangani kes rasuah adalah amat penting dan masyarakat perlu berganding bahu membanteras isu rasuah agar imej negara bersih,” katanya.

The post Masyarakat digesa bersama banteras rasuah appeared first on Info Sinar.

Nelayan Vietnam rasuah polis ditahan SPRM
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan tekong dan awak-awak bot nelayan warga Vietnam yang didakwa cuba merasuah anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing pada Ahad.

SPRM Johor dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi di Pejabat SPRM Cawangan Kluang.

“Tangkapan dibuat susulan siasatan mendapati kedua-dua suspek memberi wang rasuah berjumlah RM3,000 kepada anggota PPM Wilayah Dua di Mersing.

“Tindakan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap gamat di perairan Malaysia secara haram,”katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

The post Nelayan Vietnam rasuah polis ditahan SPRM appeared first on Info Sinar.

Integriti penjawat awam perlu ditingkatkan
JOHOR BAHRU – Integriti penjawat awam perlu ditingkatkan dengan memberi penekanan terhadap amalan jujur, amanah, telus mengikut bidang kuasa dan tugas agar budaya rasuah melibatkan amalan ‘kawtim’ dalam menyelesaikan sesuatu isu dapat dihindarkan.

Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon berkata, sektor awam merupakan tulang belakang yang melaksanakan dasar negara bagi menjadi penghubung kepada rakyat sama ada di bandar mahupun desa.

Katanya, cukup membimbangkan apabila amalan ‘kawtim’ atau boleh tolong akan menjadi kebiasaan sekiranya ia tidak dihindarkan dengan penekanan integriti penjawat awam.

“Sebagai wakil orang muda, sudah tentu orang muda tidak boleh menerima apa juga bentuk rasuah. Justeru saya tegaskan di sini agar kerajaan dapat tingkatkan integriti di sektor awam.

“Integriti ini penting supaya tiada individu yang menawar dan menerima rasuah atau boleh tolong dengan amalan ‘kawtim’. Jadi sebelum kita perangai rasuah, kita juga perlu perangi amalan ‘kawtim’ ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, amalan ‘kawtim’ perlu dijauhi walaupun sekadar dengan ungkapan mudah seperti ‘boleh tolong’ kerana ia dikhuatiri akan menjadi budaya dalam kalangan masyarakat.

“Pada pandangan saya, jika ditahan oleh penguatkuasa mungkin disebabkan ada melakukan kesalahan, maka akan ada ungkapan kata-kata seperti boleh ke? Sebenarnya tidak perlu kerana ia seolah-olah mengajak penguatkuasa untuk ‘kawtim’ dan boleh menjurus kepada perlakuan rasuah.

“Amalan ini juga saya dapati sudah biasa dalam masyarakat kita dan ia seharusnya dihindarkan supaya generasi muda tidak mengikutnya kerana saya yakin amalan ‘kawtim’ ini banyak negatifnya,” katanya.

Dalam pada itu, Tian Soon menjelaskan bahawa kadar integriti penjawat awam yang cukup tinggi seperti di Singapura wajar dicontohi di mana di republik itu difahamkan memberikan gaji yang cukup tinggi kepada penjawat awam mereka.

“Saya yakin Malaysia sedang menuju ke arah itu, mungkin pendapatan penjawat awam masih belum mencukupi terutamanya mereka yang mempunyai tanggungan besar atau kos hidup di bandar besar yang tinggi menyebabkan mereka terjebak dengan rasuah,” katanya.

Tian Soon turut menyeru agar integriti penjawat awam dapat ditingkatkan dengan menjadikan amalan yang baik sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.

“Pastinya pendidikan awal mengenai rasuah perlu ditanam dalam diri anak-anak muda agar apabila mereka bekerjaya kelak sama ada di sektor awam, swasta atau bekerja sendiri, mereka akan menolak rasuah,” katanya.

The post Integriti penjawat awam perlu ditingkatkan appeared first on Info Sinar.

NGO perlu pupuk belia benci rasuah
JOHOR BAHRU – Usaha membanteras rasuah perlu dijayakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya melibatkan golongan belia yang merupakan pelapis masa hadapan negara.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Gerak Tani Johor, Noorsaiful Amri Suloh berkata, pendekatan membawa mesej memerangi rasuah kepada golongan belia berumur bawah 40 tahun cukup penting kerana semakin ramai golongan belia terbabit dalam rasuah sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, berdasarkan data dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2019, ramai penjawat awam yang terbabit dalam gejala rasuah membabitkan golongan muda berusia bawah 40 tahun.

“Kerajaan dan semua pihak perlu mengambil berat jenayah rasuah dalam kalangan masyarakat dan langkah drastik serta holistik diperlukan bagi membendungnya sehingga akar umbi.

“Golongan muda terutama belia dilihat lebih mudah terdedah dengan budaya rasuah disebabkan pelbagai faktor seperti peningkatan kos hidup.

“Justeru, kesedaran awal harus dipupuk bagi memastikan budaya negatif ini dapat dihapuskan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Noorsaiful, jika usaha membanteras gejala rasuah tidak dilaksanakan di peringkat belia, kemungkinan akan timbul tanggapan perlakuan negatif ini merupakan amalan biasa.

“Usaha ini penting dalam mewujudkan masyarakat kelas pertama yang bebas rasuah seterusnya membantu perkembangan dan pembangunan negara pada masa hadapan tanpa rasuah,” katanya.

Justeru, beliau berkata, cukup penting untuk menyemai budaya membenci rasuah dalam kalangan belia.

“Saya yakin NGO berkaitan dapat membantu usaha ini menerusi program dan kegiatan yang mereka lakukan tidak kira sama ada di bandar mahupun desa.

“NGO juga perlu mengutamakan penekanan budaya membenci rasuah dalam setiap program dan kegiatan yang mereka laksanakan,” katanya.

The post NGO perlu pupuk belia benci rasuah appeared first on Info Sinar.

‘Hapus unsur rasuah dalam sektor awam’
JOHOR BAHRU – Isu integriti dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam tidak seharusnya dipandang remeh meskipun sudah berlaku penambahbaikan bagi menolak budaya negatif itu dalam sektor awam pada masa kini.

Senator Dewan Negara yang bertanggungjawab kepada masyarakat orang asli, Datuk Isa Ab Hamid berkata, sektor awam merupakan penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, keselamatan dan pendidikan.

Jelasnya, penjawat awam menjadi tumpuan kerana mereka merupakan pemudah cara kepada pelbagai urusan rakyat seharian tidak kira di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

“Sejak kebelakangan ini, berlaku penambahbaikan dalam sistem penyampaian sektor awam yang meletakkan budaya memerangi rasuah sebagai perkara utama dalam setiap jabatan kerajaan.

“Begitu juga dengan langkah yang dilaksanakan untuk mencegah budaya rasuah termasuk membuat pertukaran pegawai dan anggota terutama individu terlibat dalam penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Namun, tindakan mencegah rasuah perlu sentiasa dipertingkat dan ditambah baik agar perlakuan rasuah di tempat kerja dan mencegah perbuatan itu dalam perkhidmatan awam dapat dilakukan dengan lebih baik dan pantas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau berkata, penyampaian perkhidmatan awam perlu lebih efisien agar tanggapan mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam dapat dihakis.

“Jika bercakap tentang sektor awam lebih-lebih lagi soal integriti penjawat awam, saya yakin jika mereka laksanakan kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan jabatan, kerja tersebut akan selesai dalam tempoh ditetapkan.

“Maksud saya, tidaklah sampai tiga atau empat bulan hendak selesaikan sesuatu kerja sebagai contoh bagi perkara berkaitan pemilikan tanah,” katanya.

Menurut Isa, Akta Pencegahan Rasuah yang diwujudkan perlu diperkasakan dengan penguatkuasaan dan undang-undang setimpal kepada pemberi rasuah.

“Akta Pencegahan Rasuah sebenarnya telah lama wujud. Pada pandangan saya, rasuah itu sukar dikekang antara pemberi dan penerima rasuah sekiranya mereka bersubahat.

“Kita perlu kuat kuasakan undang-undang kepada pemberi rasuah, tidak adil jika hanya penerima rasuah dikenakan hukuman,” katanya.

The post ‘Hapus unsur rasuah dalam sektor awam’ appeared first on Info Sinar.