NIK AMIRULMUMIN NIK MIN, Author at Info Sinar

MBK amal pendekatan toleransi sifar terhadap salah laku rasuah
Hamdan (barisan hadapan, sembilan dari kiri) bergambar bersama warga MBK dan rakan niaga yang menyertai Majlis

Menandatangani IBR Bersama Rakan Niaga di dewan Kompleks MBK pada Khamis.

Hamdan (tiga dari kiri) menyerahkan ikrar bebas rasuah yang ditandatangani kepada Ab Muneim (tiga dari kanan) pada Majlis

Menandatangani IBR Bersama Rakan Niaga di dewan Kompleks MBK pada Khamis.

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sentiasa mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap semua bentuk salah laku rasuah dalam kalangan warga dan rakan niaganya.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Husin berkata, tindakan tegas diambil terhadap semua pihak yang didapati terlibat dengan amalan itu termasuk melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan dan tindakan.

Menurutnya, MBK melalui Seksyen Integritinya sentiasa memantau secara serius dan rapat isu-isu berkaitan salah laku serta disiplin termasuk gejala rasuah.

“Kami akui terdapat satu dua kes rasuah melibatkan kakitangan MBK dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

“Walaupun hanya kes terpencil namun ia boleh mencemarkan imej MBK dan kira-kira 1,200 kakitangan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Rakan Niaga di dewan Kompleks MBK pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ab Muneim Ibrahim.

Dalam pada itu, Hamdan berkata, ingatan serius sentiasa diberikan kepada rakan niaga agar mematuhi kod etika yang menjadi garis panduan prinsip dan tingkah laku ditetapkan.

“Prinsip kod etika itu selaras dengan visi dan misi MBK dalam menegakkan piawaian tinggi tadbir urus bagi meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, nilai integriti serta kemampanan membasmi rasuah.

“Pihak majlis juga ke arah Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah sebagai satu kawalan dalaman yang berfungsi untuk mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasa, menilai serta menambah baik pengurusan anti rasuah secara lebih berkesan,” ujarnya.

**media[2103740]**

Tambah beliau IBR yang diadakan sempena ulang tahun kedua MBK sebagai simbolik untuk meningkatkan kesedaran bersama dalam memerangi rasuah.

“Terdapat 964 rakan niaga yang berdaftar dengan MBK terdiri daripada 415 kontraktor, pembekal (508), perunding (31) dan pemaju (11).

“Seramai 550 rakan niaga termasuk pengurusan MBK terlibat pada IBR kali ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan MBK dalam permohonan dan kelulusan lesen atau sebagainya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pemohon hanya perlu ikut proses yang sepatutnya tanpa perlu melibatkan unsur rasuah sebagai jalan mudah.

“Malah kita juga minta rakan niaga melaporkan jika wujud amalan itu dalam proses tersebut yang melibatkan kakitangan MBK sendiri,” ujarnya.

The post MBK amal pendekatan toleransi sifar terhadap salah laku rasuah appeared first on Info Sinar.

Fahami isu rasuah secara menyeluruh
KUANTAN – Isu rasuah perlu difahami secara menyeluruh oleh semua peringkat masyarakat kerana perbuatan itu boleh berlaku di mana-mana dan dalam pelbagai bentuk.

Ahli Parlimen Kuantan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Pahang, Fuziah Salleh berkata, rasuah dalam apa bentuk sekalipun perlu ditolak dan dijauhi.

Menurut beliau, prinsip tolak rasuah perlu sentiasa diterapkan serta dijadikan amalan setiap anggota masyarakat di negara ini.

“Masyarakat perlu sedar dan faham terhadap kepentingan memegang teguh kepada prinsip integriti kerana kepincangan nilai itu akan membawa kepada masalah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya yang akan menjurus kepada kepincangan sistem serta maruah sesebuah negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena kunjungan kru Konvoi #Rasuah Busters diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin di pejabatnya di sini pada Isnin.

Fuziah berkata, golongan berjawatan dan mempunyai kuasa dalam membuat keputusan cukup terdedah kepada perlakuan negatif itu jika tidak memiliki integriti tinggi.

“Tidak terkecuali pemimpin politik di mana adakalanya tindakan mereka sama ada secara sedar atau tidak boleh menjurus kepada rasuah dan salah guna kuasa.

“Misalnya dalam mengeluarkan surat sokongan untuk mana-mana pihak atas tujuan tertentu kepada pihak ketiga, mereka kena jelas supaya tindakan itu tidak menjurus kepada salah guna kuasa.

“Surat sokongan yang dihantar tidak boleh menjadi dorongan kepada pihak berkenaan untuk patuh dan membuat keputusan dalam keadaan tidak wajar,” tegasnya.

Jelas beliau, sekiranya ada keperluan berbuat demikian, sebaiknya guna perkataan sesuai seperti ‘dipanjangkan untuk pertimbangan’ dan bukan ‘disokong’ atau arahan tertentu yang lebih kuat dari itu bagi mengelak disalahertikan.

Tambah Fuziah, sebagai pemimpin politik dan ahli parlimen, beliau sendiri tidak dapat lari daripada menerima ‘permintaan’ itu namun surat yang dipanjangkan itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak ketiga untuk dipertimbangkan.

“Sebagai pemimpin kita juga kena telus dalam perbelanjaan setiap peruntukkan dan sumbangan yang diterima.

“Perkara ini juga perlukan kepada integriti supaya setiap peruntukkan yang dibelanjakan jelas dan sampai kepada penerima atau golongan sasar,” katanya.

Sementara itu, Fuziah menyambut baik misi Konvoi #Rasuah Busters dalam menyampaikan mesej memerangi rasuah.

“Integriti senang disebut tetapi susah difahami dan dilaksanakan justeru Rasuah Busters antara platform terbaik ke arah usaha itu,” katanya.

The post Fahami isu rasuah secara menyeluruh appeared first on Info Sinar.

Integriti benteng budaya rasuah
KUANTAN – Integriti merupakan benteng utama ke arah bebas rasuah dan kecemerlangan sesebuah kerajaan serta organisasi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Hairuzam Mohammad Amin @ Hamim berkata, individu yang berintegriti tidak akan membiarkan kepentingan diri mengatasi kepentingan organisasi dan awam.

Menurutnya, nilai integriti perlu dizahirkan dalam semua tindakan dan amalan sama ada melalui penampilan, sikap dan semasa membuat sesuatu keputusan.

“Melalui Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, memupuk tadbir urus yang baik dalam entiti korporat antara enam bidang keutamaan yang menjadi teras dalam memerangi jenayah rasuah di negara ini.

“Seiring dengan hasrat NACP itu, tadbir urus korporat secara umum merujuk kepada sistem peraturan, amalan dan proses tentang bagaimana sesebuah organisasi korporat diterajui serta dikawal dengan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam dsn Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Muip Holding Sdn Bhd (MHSB) di sini pada Khamis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MHSB, Ahmad Mustaqim Mohd Zain.

Hairuzam berkata, melalui NACP, MHSB dapat menerapkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti serta tadbir urus yang baik apabila autoriti atau kuasa yang ada.

“Perkara ini akan menjadi asas dalam usaha untuk menghapuskan rasuah dan membentuk ekosistem bebas rasuah untuk generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Mustaqim berkata, Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang julung kali dilaksanakan itu sebagai usaha dalam mengukuhkan matlamat bebas rasuah di dalam organisasi tersebut.

Menurutnya, membangunkan sebuah organisasi dengan nilai integriti dan tadbir urus yang baik merupakan satu tanggungjawab besar.

“Keruntuhan integriti akan membawa kepada berlakunya kepincangan termasuk amalan rasuah dan pecah amanah yang akan memberikan impak besar kepada individu, keluarga dan organisasi itu sendiri.

“Saya yakin inisiatif ini penting dalam mengorak langkah ke arah organisasi yang mampan, bebas rasuah dan menjalankan perniagaan berlandaskan lunas undang-undang yang sah,” katanya.

“Saya yakin setiap warga kerja MHSB dan anak-anak syarikat akan sentiasa memperkasakan budaya integriti yang tinggi sepanjang berkhidmat.

“Lebih membanggakan sekiranya warga kerja MHSB dapat memperkasakan budaya berintegriti itu dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

The post Integriti benteng budaya rasuah appeared first on Info Sinar.

YARM Pahang sedia bantu SPRM perangi rasuah
KUANTAN – Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Pahang sedia bergerak bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai rakan kongsi bagi menjelaskan mengenai peranan bersama memerangi rasuah kepada pemain industri di negeri tersebut.

Pengerusinya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, ia termasuk menjelaskan mengenai pelaksanaan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Menurutnya, pendidikan secara konsisten dan penjelasan mengenai usaha memerangi rasuah serta pelaksanaan liabiliti korporat itu amat penting untuk kefahaman pihak terlibat terutama dalam kalangan pengurusan kanan sesebuah syarikat.

“Selain mengenai interpretasi sebahagian perkataan dalam akta tersebut, sesi penjelasan itu perlu juga memberi tumpuan terhadap tahap kebertanggungjawaban atau impak salah laku rasuah terhadap sesebuah syarikat.

“Justeru usaha tersebut perlu segera digerakkan kepada pihak industri di Pahang melalui sesi libat urus dan kunjung hormat,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Wan Emril Nizam sebelum ini hadir pada Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2021 Peringkat SPRM Zon Timur di Kompleks SPRM Terengganu, pada Khamis.

Sambutan melibatkan SPRM Terengganu, Kelantan dan Pahang yang dilaksanakan secara dalam talian itu mendapat sokongan penuh daripada rakan strategik SPRM termasuk YARM.

Seramai 70 peserta menyertai program kali ini termasuk ekspatriat dari China, Jepun, Britain, Romania, Thailand, India dan Nepal serta pengurusan tertinggi beberapa syarikat.

Tambah beliau, pihaknya merancang menganjurkan dialog bersama pemain industri di Pahang pada masa akan datang sebagaimana diadakan pada HARA 2021 peringkat SPRM Zon Timur.

“Dialog itu dilihat amat berhasil dan terbukti SPRM mudah didekati, responsif dan jelas dalam memberikan penjelasan,” katanya.

Tambah beliau, melalui dialog yang dirancang nanti membantu pihak SPRM mendengar suara ekspatriat dan bersedia membantu mereka mengenai masalah-masalah berkaitan yang dihadapi.

“Keperluan kepada maklumat dan sumber yang boleh dirujuk, polisi dan perkhidmatan ditawarkan SPRM akan merancakkan usaha bersama dalam pencegahan rasuah,” katanya.

The post YARM Pahang sedia bantu SPRM perangi rasuah appeared first on Info Sinar.

Kejatuhan Kesultanan Melaka perlu dijadikan pengajaran
KUANTAN – Sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 menjadi satu iktibar jelas bahawa rasuah dan pengkhianatan boleh melemahkan sesebuah kerajaan serta meruntuhkan ketamadunan bangsa.

Amalan rasuah amat bahaya bukan sahaja kepada sistem pentadbiran sesebuah negara, malah budaya negatif itu juga boleh meletakkan maruah sesuatu bangsa ke tahap lebih hina.

Tokoh Warisan Kebangsaan, Datuk Aripin Said berkata, rakyat perlu belajar daripada sejarah bagaimana bahayanya rasuah itu kepada kerajaan dan sistem sosial negara secara keseluruhannya.

Menurutnya, rasuah perlu ditangani habis-habisan di negara ini agar sejarah kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka itu tidak berulang.

“Bangsa Malaysia adalah bangsa yang bermaruah, ada jati diri, beragama dan berbudaya, justeru jangan gadaikan nilai-nilai itu dengan menjadikan rasuah sebagai budaya demi kepentingan diri dan kelompok tertentu.

“Kita kena pegang nilai itu sebagai cara hidup dan menolak segala unsur negatif demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Beliau yang juga pejuang kesenian dan kesusasteraan negara berkata, rasuah boleh berlaku di semua peringkat sosial masyarakat termasuk dalam kalangan pemimpin dan rakyat awam baik sebagai pemberi atau penerima.

“Perkara ini memang berlaku dan tidak boleh dinafikan lagi, justeru ia perlu ditangani melalui undang-undang dan pada masa sama, kesedaran kepada bahaya menerima dan memberi rasuah ini perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai Melayu Islam, kita semua tahu, rasuah dilarang dalam agama bahkan dari segi undang-undang juga jelas perbuatan itu satu kesalahan serius jadi persoalannya kenapa masih ada yang terjebak?

“Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana tamak dan ada kepentingan peribadi namun akhirnya dalam sesetengah keadaan budaya itu menjerat diri mereka,” katanya.

Aripin berkata, bukan sahaja dalam agama, malah budaya dan kesenian Melayu juga banyak menerapkan nilai jati diri dan maruah bangsa melalui cabang seni secara halus dan tersirat.

“Maka dalam konteks dunia moden hari ini, penerapan nilai-nilai ini juga boleh diterapkan dalam unsur sastera sebagai platform seni sama ada melalui lagu, puisi dan sebagainya.

“Pada masa sama golongan intelektual sastera juga perlu implikasikan ilmu dengan menerapkan unsur-unsur kesedaran bahaya rasuah dalam karya-karya mereka,” katanya.

Tambah beliau, paling penting, umat Islam kena akur dengan aturan syariat, buat yang disuruh tinggal perkara dilarang.

“Sebagai rakyat bernegara, kena patuhi undang-undang dan elak dekati unsur yang boleh memusnahkan keamanan dan kemakmurannya,” katanya.

The post Kejatuhan Kesultanan Melaka perlu dijadikan pengajaran appeared first on Info Sinar.

NGO jadi mata, telinga SPRM
KUANTAN – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) sedia menjadi mata dan telinga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi gejala rasuah melibatkan isu alam sekitar di negeri ini.

Pengerusinya, Ali Akbar Othman berkata, sebagai NGO yang memperjuangkan isu alam sekitar, beliau melihat isu rasuah melibatkan alam sekitar juga perlu diberi tumpuan dan diperangi habis-habisan.

Menurutnya, gejala rasuah boleh berlaku dalam pelbagai sektor dan tidak terkecuali dalam aktiviti melibatkan alam sekitar.

“Kita juga bimbang, isu rasuah turut menyumbang kepada pelanggaran undang-undang yang akhirnya mengundang kemusnahan alam sekitar dan menjejaskan kehidupan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ali Akbar berkata, sebagai NGO, mereka tiada kuasa untuk mengambil tindakan, namun sebagai pejuang alam sekitar Geram boleh turut serta memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa memerangi permasalahan ini.

“Kita sebenarnya memang menuju ke arah itu lebih-lebih lagi selepas turut dilibatkan dalam program-program SPRM Pahang sejak tiga tahun lalu.

“Kita ada kesedaran untuk menjaga dan memelihara khazanah alam sekitar dan usaha bersama memerangi rasuah dalam isu ini juga sebahagian daripada usaha itu,” katanya.

Beliau berkata, sebarang aktiviti penerokaan hutan baik bagi tujuan pembangunan, pembalakan, perlombongan dan sebagainya perlu mengikut prosedur dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

“Jangan sesekali menjadikan rasuah sebagai jalan mudah untuk menidakkan peraturan demi keuntungan dan kepentingan individu atau kelompok tertentu.

“Justeru, Geram akan mainkan peranan sebagai sebuah NGO untuk sama-sama membantu dalam aspek penyaluran maklumat dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, sebagaimana usaha pihak Sinar Harian menggerakkan kempen memerangi rasuah melalui Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara, NGO juga perlu bersama-sama memainkan peranan.

“Setidak-tidaknya dalam kalangan ahli NGO itu sendiri perlu ada kesedaran untuk tidak sesekali menghulur atau menerima rasuah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikon Malaysia, Mia Nurhamizah Abdul Ghapar berkata, penghayatan, didikan agama dan moral merupakan pedoman serta panduan yang dapat membantu dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan.

Katanya, seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat mudah terpengaruh dengan dunia hedonistik yang mementingkan aspek kebendaan semata-mata.

“Biasanya mereka yang ingin hidup mewah, akan leka mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah untuk memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Namun jika iman seseorang itu kuat dan teguh serta takut dengan hukuman sama ada di dunia dan di akhirat kelak, pasti amalan itu dapat dijauhi,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, rasuah kini merupakan wabak sosial yang mesti dibanteras hingga ke akar umbi bukan sahaja di peringkat atasan, malah rakyat marhaen juga perlu diberi perhatian.

The post NGO jadi mata, telinga SPRM appeared first on Info Sinar.