MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS, Author at Info Sinar
Konvoi #RasuahBusters diteruskan di Perak pada Ahad ini
SHAH ALAM – Siri jelajah seluruh negara menerusi Konvoi #RasuahBusters dalam misi menyampaikan mesej kesedaran membangunkan #NilaiMoralKarakterbangsa akan diteruskan ke Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, konvoi tersebut akan dilaksanakan bermula 22 hingga 24 Mei ini.
“Alhamdulillah konvoi ini telah bergerak di lima buah negeri sebelum ini untuk menyampaikan kesedaran tentang tadbir urus yang baik dan integriti.
“Untuk itu, kita bukan sahaja melancarkan kempen kesedaran tetapi juga aktiviti lapangan dan Perak merupakan negeri selanjutnya kita akan bergerak,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, bagaimanapun, konsep konvoi kali ini berbeza sedikit berbanding sebelum ini.
“Kita tidak akan ke seluruh negeri Perak, tetapi kita akan berjumpa dengan rakan-rakan gabungan Rasuah Bustes dan juga pihak pemegang taruh di sini.
“Ini bagi mewujudkan aktiviti lapangan agar Rasuah Busters terus bergema di negeri Perak secara aktif,” ujarnya.
Tambah beliau, perjalanan konvoi itu juga akan diisi dengan program Wacana dan Kafe Rasuah Busters.
“Jadi untuk perkembangan lanjut boleh rujuk media sosial Rasuah Busters menerusi Facebook, Instagram dan sebagainya.
“Kita juga harapkan dengan pertemuan Rasuah Busters dengan rakyat Perak, kita akan lebih memperluaskan lagi kempen penentangan terhadap budaya yang tidak sihat ini.
“Kita harap di semua peringkat ekosistem dapat bersama mengaktifkan butang integriti dalam diri kita untuk akauntabiliti dilaksanakan di peringkat keluarga, sekolah, komuniti dan secara khusus di Perak,” ujarnya,
Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, jika sebelum ini, masyarakat bergantung kepada pihak berkuasa untuk mengembalikan dan melaksanakan kesedaran antirasuah, kali ini mereka sendiri yang mengambilkan peranan untuk selamatkan negara dengan usaha secara bersama-sama.
“Jadi kita harap kerjasama dan peranan semua pihak sebagai sebuah negara demokrasi, ini akan membawa pemulihan secara peringkat bermula daripada kita, rakyat Malaysia sendiri.
“Saya juga berharap apabila konvoi ini tiba di Perak nanti kita dapat sokongan juga daripada rakyat sana untuk bersama-sama membanteras rasuah yang merupakan budaya yang langsung tidak wajar diterima dalam negara,” jelasnya.
The post Konvoi #RasuahBusters diteruskan di Perak pada Ahad ini appeared first on Info Sinar.
Rasuah, duit kopi lambang kezaliman kepada rakyat
SHAH ALAM – Rasuah atau duit kopi bukan sahaja satu lambang kepada amalan yang tidak bermoral tetapi ia merupakan satu kezaliman kepada rakyat.
Pendakwah Bebas, Fauwaz Fadzil berkata, ia kerana tindakan itu menukarkan hak atau tidak menyampaikan hak kepada seseorang berbeza dengan upah yang dilakukan atas nama kontrak.
“Bila mana kita melakukan kerja atas nama dokumen ia dikira boleh, tetapi sekiranya ada tambahan yang dibayar itu rasuah.
“Ini kerana mereka yang melakukan tugas tersebut sudah ada gaji mereka yang telah ditetapkan,” katanya dalam program Kompas Rasuah busters yang bertajuk Duit Kopi Dalam Perniagaan, pada Rabu.
Turut bersama dalam program tersebut, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Ar Mohd Azli Md Yusof, manakala Hanif Miswan sebagai moderator.
Dalam pada itu, Fauwaz berkata, ia mempunyai rukun tersendiri yang boleh menjadikan sesuatu itu amalan rasuah.
“Rasuah ini dia ada ‘essential’, ‘features’, seperti perasuah, orang menerima wang rasuah dan apakah balasan dia dapat. Jadi perlu melihat kepada rukun ini.
“Dengan melihat rukun itu juga supaya rasuah dapat difahami dengan lebih baik kerana kadang-kadang orang salah guna di antara rasuah dan hadiah.
“Hadiah ini atas dasar tiada kepentingan tidak ‘self interest’ kepada peniaga, pegawai dan sebagainya, untuk mendapatkan benda yang di luar peraturan,” ujarnya.
Tambah beliau, untuk memerangi rasuah bukan hanya dengan ceramah tetapi mesti ada pelbagai cara.
Menurutnya, antaranya penguatkuasaan undang-undang dan memberi kesedaran sejak kecil supaya melatih mencari rezeki yang halal.
“Latihan ini perlu dibuat dari kecil, kita hanya buat latihan sembahyang tetapi malangnya kita tidak melatih mencari kerja.Syariatnya apabila ajar anak sembahyang dan juga mencari wang yang halal.
“Sistem pendidikan sekolah diajar pelajaran tetapi tidak diajar untuk mencari wang yang halal. Ini adalah kepincangan sistem yang perlu diubah supaya rasuah tidak disia-siakan dalam bentuk yang kecil kerana ia berakar, maka penyelesaian mesti dalam bentuk komprehensif,” jelasnya.
The post Rasuah, duit kopi lambang kezaliman kepada rakyat appeared first on Info Sinar.
Jenayah rasuah bergantung kepada amanah, kelakuan individu
SHAH ALAM – Jenayah rasuah masih berleluasa dalam negara kerana ia bergantung kepada amanah dan kelakuan individu seseorang itu.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, jika seseorang itu tidak malu atau jijik untuk melakukan walaupun sekecil rasuah maka selagi itu ia akan berada dalam negara.
“Walau bagaimanapun ia bergantung kepada individu tersebut. Bagi saya, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada jalan agama.
“Setiap agama menyasarkan betapa pentingnya amanah kepada seseorang itu.
“jikalau seseorang itu tidak amanah, melakukan rasuah dan rakyat masih menerima orang seperti ini maka selagi itu rasuah akan berada dalam negara,” katanya dalam Kompas Rasuah Busters yang bertajuk Khianat Amanah Untuk Hidup Mewah pada Rabu.
Program tersebut turut menampilkan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan, Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Herleena Pahlavy sebagai moderator.
Dalam pada itu, Azmi berkata, persepsi dan rasuah itu memang tidak dapat dipisahkan terutama dalam era media sosial.
“Ini terutama isu pembalakan, penerokaan tanah yang menyebabkan masyarakat akan mengaitkan dengan rasuah sejak berdekad lamanya.
“Sebab itu bila tular imej kayu balak di depan rumah itu ramai yang percaya kerana persepsi dah tertanam dalam otak kita,” ujarnya.
Sementara itu, Azmi berkata, bagi isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, beliau seharusnya berjumpa dengan jawatankuasa Parlimen untuk menjelaskan isu tersebut.
Menurutnya, jawatankuasa Parlimen seharusnya diberikan hak mereka untuk mendapatkan penjelasan daripada Azam.
“Jika orang nombor 1 SPRM Yang menjaga perlakuan rasuah itu dipandang serong, ini menimbulkan masalah persepsi negatif yang seharusnya dibuang secepat mungkin.
“Walaupun ada prosiding mahkamah, saya tidak nampak ia dikatakan boleh melanggar peraturan mahkamah itu untuk berjumpa dengan jawatankuasa terpilih Parlimen, kerana ia dianggap mewakili Parlimen dan Parlimen itu wakil rakyat yang mewakili keseluruhan rakyat.
“Jadi seharusnya persepsi negatif ini dibuang seboleh yang diminimumkan kerana kerana sekarang ini belum terungkai masalah ini kerana masih tertanya dan ini menyebabkan persepsi negatif dalam negara kita,” jelasnya.
The post Jenayah rasuah bergantung kepada amanah, kelakuan individu appeared first on Info Sinar.
Sifat amanah bukan terpakai kepada pemimpin politik semata-mata
SHAH ALAM – Konsep sifat amanah bukan hanya terpakai kepada pemimpin politik semata-mata tetapi juga setiap orang dalam menangani isu korupsi dan rasuah dalam negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, ia kerana sikap tersebut merupakan satu sifat utama Nabi Muhammad SAW yang perlu diterapkan oleh semua orang.
Tambahnya, nilai moral amanah itu perlu diterap semula bermula dalam modul kepimpinan politik dan penjawat awam.
“Amanah ini takkan putus apabila bercakap tentang kepimpinan dan tata-kelola, khususnya di Selangor ini baru-baru ini tular penjawat awam ditegur dan dimarah oleh exco kerajaan negeri dan saya rasa ada kewajaran.
“Isunya adalah bukan setakat dari segi penyampaian maksudnya bila kita cakap tentang sektor awam ini orang nampak mereka ini yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan tetapi bila berlaku isu ini kita nampak seolah-olah kecanggungan dalam perkhidmatan kerajaan,” katanya dalam Kompas Rasuah Busters yang bertajuk Khianat Amanah Untuk Hidup Mewah pada Rabu.
Program tersebut turut menampilkan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan, Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Dr Azmi Hassan, Najwan Halimi dan Herleena Pahlavy sebagai moderator.
Dalam pada itu, Najwan berkata, Selangor telah melakukan banyak perubahan dalam meningkatkan integriti dan juga ketelusan, kebertanggungjawaban dalam tata kelola kerajaan negeri.
“Selangor kita tidak lagi macam dahulu peruntukan seseorang itu terus kepada ADUN, kita telah buat sistem yang baharu dari segi peruntukan wakil rakyat itu dibekalkan ke pejabat daerah.
“Mana-mana ADUN kalau nak keluar duit dia tidak boleh keluarkan sewenang-wenangnya macam dahulu, sekarang kita kena buat permohonan ke pejabat daerah beri laporan dan kertas kerja.
“Jadi bila sebut integriti ini kita sebagai wakil rakyat ini dapat jaga satu-satu dana rakyat ini lebih adil dan mengelakkan kita sebagai wakil rakyat ini menyalahgunakan atau menyeleweng dana kerajaan ini untuk kepentingan parti misalnya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga boleh melaksanakan sistem pertukaran (rotation) bagi setiap ketua jabatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menurutnya, trend tersebut bukan hanya dapat mengelakkan kebergantungan korupsi tetapi juga mendapatkan banyak pengalaman.
“Kalau di Selangor mereka akan buat ‘rotation’ daripada jabatan kepada jabatan yang lain. misalnya di Shah Alam ini pegawai kanan akan juga ditukarkan ke PBT yang lain bukan kekal.
“Mereka akan dipindahkan untuk mencari pengalaman di tempat lain. Apabila kita sudah amalkan polisi seperti ini contohnya macam YDP atau pengarah jabatan kita akan dapat meminimumkan penguasaan mereka.
“Contoh dah lama dalam Jabatan Perolehan mereka dah tahu selok belok jabatan ini, bila ditukar ini peluang untuk mereka melakukan korupsi akan berkurangan.
“Saya rasa ini diterapkan dalam agensi kerajaan yang lain. maka kurang ketirisan dan salah guna kuasa,” jelasnya.
Tambah Najwan, amanah itu bukan hanya sekadar dilaungkan oleh ahli politik sahaja tetapi ia peranan semua pihak.
“Walaupun kita tahu orang politik ini yang sebenarnya paling terdedah dengan salah guna kuasa, kita juga perlu kembali kepada peranan kita semula dan ia perlu sentiasa diperkatakan supaya ia menjadi suatu yang penting dalam masyarakat,” katanya,
The post Sifat amanah bukan terpakai kepada pemimpin politik semata-mata appeared first on Info Sinar.
'MB Johor tidak sepatutnya tergugat, PH beri jaminan awal kestabilan negeri'
SHAH ALAM – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad seharusnya tidak merasa tergugat terhadap Pakatan Harapan (PH) yang jelas memberi jaminan awal dalam kestabilan kerajaan negeri.
Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, dalam Belanjawan 2022, PH juga dengan jelas tidak menolak bajet tersebut sekiranya beberapa tuntutan dipenuhi supaya adil kepada semua.
Tambahnya, fokus PH ketika ini adalah untuk mengurus isu pemulihan ekonomi dan menangani peningkatan kes Covid-19.
“Bila ada jaminan daripada kami, sepatutnya Menteri Besar Johor tidak sepatutnya tergugat dengan kestabilan politik.
“Walaupun ada perbezaan satu kerusi sahaja, tiada unsur pembangkang ketika itu untuk tarik sesiapa daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mana-mana untuk membentuk kerajaan baharu.
“Fokus kita adalah mengurus isu pemulihan ekonomi, Covid-19 itu keutamaan. Bukannya bubar kerajaan negeri dan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters yang bertajuk PRN Johor Tanpa Rasuah, pada Rabu.
Program tersebut dikendalikan Ismail Adnan sebagai moderator dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nornekman Osman juga sebagai panel.
Dalam pada itu, Asim berkata, gabungan parti politik (Politics of coalition) merupakan sesuatu yang penting bagi PH kerana tujuan utama adalah berdepan dengan musuh iaitu Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, untuk menggemblengkan tenaga rakyat pada PRN Johor mereka tidak boleh melihat hanya kepada kelompok sendiri sahaja.
“Kita perlu menggembleng seluruh tenaga daripada mereka yang mahukan perubahan tersebut.
“Itu yang diputuskan kenapa kita nak melaksanakan konsep khemah besar, dimana kita pelawa daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Pejuang mahupun Warisan, cuma soal mereka mahu terima atau tidak itu adalah hak parti masing-masing.
“Dan alhamdulillah baru-baru ini Muda juga terlibat mahu bekerjasama dengan PH untuk menumbang BN,” ujarnya.
Tambah Asim, untuk menjatuhkan musuh terbesar (BN), mereka perlu bekerjasama dan diimplementasikan bersama rakyat.
“Jadi prinsip ini berterusan dan kita terus pelawa sesiapa sahaja, bila kita bersama, kita perlu bersama berjanji, pull out syarat-syarat semua kepentingan daripada semua pihak kita jaga sama-sama.
“Tidak timbul isu nantikan kalau dah menang nak bentuk kerajaan nanti, ada pihak nak tarik diri sebagainya.
“tu adalah perkara yang tidak berprinsip dan itu tidak mahu berulang lagi seperti yang berlaku pada Langkah Sheraton yang akhirnya berpakat dengan musuh mereka sendiri iaitu BN dan Pas dan sebagainya,” jelasnya.
Sementara itu, Asim berkata, PH tidak ketandusan kepimpinan untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi negeri Johor kerana sebahagian daripada mereka pernah menjadi Exco Negeri dan Menteri dalam kerajaan.
“Perkara itu tidak menjadi satu tanda soal, mereka mempunyai pengalaman dan kelebihan.
“Walau bagaimanapun, keutamaan kita adalah untuk menang dulu di Johor, kita rangka strategi untuk rangkul seberapa ramai pengundi, pastikan anak muda, yang di luar negara balik dan sebagainya itu keutamaan.
“Kalau tidak menang bagaimana nak bercakap tentang Menteri Besar. Kita sasarkan kalau boleh untuk memenangi semua kerusi, buat yang terbaik, rangka strategi yang betul, tawaran yang betul dan bergerak secara sistematik dan strategik,” jelasnya.
The post 'MB Johor tidak sepatutnya tergugat, PH beri jaminan awal kestabilan negeri' appeared first on Info Sinar.
Malaysia belum capai kematangan politik
SHAH ALAM – Malaysia belum mencapai kematangan politik jika individu khususnya mereka yang lompat parti dan tidak mementingkan kebajikan rakyat masih diangkat sebagai pemimpin.
Penganalisis politik, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, kematangan itu perlu dilihat berdasarkan pemilihan masyarakat kepada pemimpin yang akan menerajui negara dan sekiranya pemimpin tidak bertanggungjawab dan berpendirian tegas dalam politik dipilih, maka kematangan itu masih lagi jauh untuk dicapai.
“…yang jadi masalah bila di kalangan ahli politik yang lompat parti dan bermasalah dipilih lagi oleh parti politik untuk menerajui kepimpinan politik pada masa akan datang.
“Bagi saya kalau kita nak cakap berkenaan matang, maka jauh lagi kalau masih ada sikap yang sedemikian,” katanya pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Undi 18 Jadi Rebutan, Jangan Sampai Sogok’ pada Rabu.
Program tersebut dikendalikan oleh Ismail Adnan selaku moderator dan disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian.
Beliau turut menjelaskan, sikap tuduh-menuduh antara satu sama lain juga tidak selesai dari dahulu sehingga sekarang sehinggakan segelintir ahli politik tidak mampu menggunakan Parlimen sebagai medium untuk menyelesaikan dan berbincang isu rakyat dengan baik disebabkan sikap ahli politik yang mementingkan diri sendiri.
Menurutnya, isu-isu dibangkitkan dilihat tidak menumpukan untuk menangani isu rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan lain.
“Dia bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan yang tidak sepatutnya dibincangkan di Parlimen. Jadi kalau begitu ke mana hala tuju politik Malaysia pada masa akan datang?” soalnya.
Dalam masa sama beliau berkata, perkembangan politik dalam negara turut dilaporkan media massa termasuk pendedahan sikap ahli politik yang bertindak sedemikian dan tidak seharusnya dipilih oleh golongan muda.
“Sikap seperti ini dilihat tidak sihat dan dimainkan oleh media kepada seluruh masyarakat.
“Ia adalah sikap yang tidak sepatutnya orang muda ambil sebagai pemimpin akan datang. Contoh itu jelas yang kita boleh tengok pada hari ini,” ujarnya.
The post Malaysia belum capai kematangan politik appeared first on Info Sinar.
Rasuah: Rakyat perlu profesional, jangan pukul rata ahli politik
SHAH ALAM – Rakyat diminta untuk sentiasa profesional dalam menilai atau mengkaji ahli politik serta tidak memukul secara rata sekiranya ada antara mereka yang terlibat dengan rasuah.
Penganalisis politik, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, ini kerana masih ada kalangan ahli politik yang jujur berkhidmat untuk rakyat.
“Sekiranya ahli politik yang mempunyai masalah seperti ini, pihak berwajib antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan kehakiman perlu mengambil inisiatif yang lebih bertanggungjawab terhadap ahli politik tersebut.
“Bagaimanapun, tidak dinafikan ramai dalam kalangan ahli politik yang ada sekarang tidak terlibat dengan isu-isu sedemikian.
“Cuma bila poster tersebut berkait dengan rasuah dan seumpamanya, ia memberi satu persepsi yang besar kepada rakyat Malaysia seolah bila masuk ahli politik atau menjadi wakil rakyat, sudah pasti terlibat dengan rasuah.
“Jadi persepsi ini besar beri kebaikan dan juga memaparkan sikap yang negatif. Cuma kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka dengan isu berkaitan rasuah dan profesional,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Undi 18 Jadi Rebutan, Jangan Sampai Sogok, pada Rabu.
Program tersebut dikendalikan Ismail Adnan selaku moderator dan disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian.
Sementara itu, Hussain berkata, amalan memberi wang untuk menarik undi amat sukar untuk dihapuskan secara drastik.
Ini kerana katanya, sikap tersebut sering ditunjukkan oleh kebanyakan ahli politik yang mengajak orang muda ke arah tidak sepatutnya.
Ujar beliau, ahli politik seharusnya memastikan semua unsur-unsur negatif itu tidak berlaku pada mana-mana pilihan raya.
“Ini kerana dahulu banyak orang muda digula-digulakan untuk kepentingan parti politik dan kepentingan tokoh politik tertentu untuk mendapatkan sokongan dengan cara yang mudah dan tidak sepatutnya.
“Bagaimanapun, saya rasa anak muda hari ini tidak mudah digula-gulakan kerana dia lebih memahami walaupun Undi 18 ini dikatakan terlalu muda atau tidak matang.
“Tetapi dunia hari ini bukan begitu, kerana dunia berdepan dengan media massa dan isu yang mudah diperkatakan oleh anak muda dan dengan mudah menilai tingkah laku ahli politik hari ini.
“Kalau dulu amat sukar kerana media tidak meluas. Hari ini kita ada macam-macam media yang boleh memaparkan sikap politik. Saya yakin orang muda sekarang lebih matang dan tahu apa yang diinginkan,” jelasnya.
Tambah Hussain lagi, parti politik yang bertanding tidak boleh menganggap mereka boleh menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berikutan anak muda menjadi penentu kemenangan calon terbabit.
“Kalau dulu kita tengok jika ayah sokong A, anak turut sokong A dan begitulah sebaliknya. Namun politik Malaysia hari ini sudah melalui satu perubahan landskap yang sangat baik. Kalau keluarga itu sokong UMNO, belum tentu anaknya turut sokong UMNO.
“Justeru itu, semua parti politik hari ini tidak boleh kata mereka boleh menang besar pada pilihan raya sebab penentunya adalah anak muda,” katanya.
The post Rasuah: Rakyat perlu profesional, jangan pukul rata ahli politik appeared first on Info Sinar.
Ujian RBTag untuk calon PRN Johor nilai tahap integriti mereka
SHAH ALAM – Ujian Psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) dilaksanakan untuk menilai tahap integriti yang boleh diterima umum bagi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Felo Penasihat Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Rosmadi Ghazali berkata, ujian tersebut merupakan amalan digunakan di negara yang berada di kedudukan 20 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Tambah Rosmadi, ia turut diguna pakai oleh syarikat-syarikat besar seperti syarikat milik kerajaan (GLC), Petronas dan Nestle.
“Jadi, sama ada negara atau syarikat, tujuan utama psikometrik ini adalah untuk menilai. Cuma, apa yang dinilai itu bergantung kepada keperluan dan kehendak kepada penilaian tersebut.
“Maka, dalam konteks kita sekarang ini ialah berkenaan PRN Johor yang dinilai adalah calon yang akan bertanding,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Bangsa Johor, Pilihlah Calon Berintegriti, pada Rabu.
Program yang dimoderatorkan oleh Ismail Adnan turut menampilkan Pengerusi Bersih, Thomas Fann dan penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Rosmadi berkata, ujian RBTag itu bukan untuk mencari salah siapa tetapi lebih kepada melihat kecenderungan seseorang pemimpin
“Maka kita boleh bezakan terutama mereka yang masih lagi memegang kepada isu integriti terutama dalam PRN Johor ini.
“Dalam PRN Johor ini kita akan dapat satu kumpulan baharu anak muda dan kita mengharapkan mereka menjadikan satu imej politik baharu negara dizahirkan menerusi RBTag ini,” ujarnya.
Tambah beliau, dapatan daripada ujian tersebut tidak akan terhenti sekadar melaporkan keputusan tetapi ia lebih kepada perancangan seterusnya.
“Kita galakkan semua YB yang bakal bertanding datang duduki ujian ini. Kita akan bergerak ke Johor nanti dan buka makmal di sana supaya proses itu dipantau sepenuhnya untuk melahirkan integriti yang tinggi.
“Keputusan daripada ujian tersebut mereka boleh ambil dan sampaikan kepada pengundi-pengundi.
“Seperti di Melaka ada YB gunakan keputusan yang dia dapat dan tunjuk melalui media sosial serta berjaya menarik keyakinan pengundi,” katanya.
Kata Rosmadi lagi, RBTag adalah satu alat yang sepatutnya digunakan untuk menzahirkan dalaman seseorang pemerintah yang tidak boleh dinilai hanya sekadar percakapan.
“Tiga faktor utama di sini yang utamanya jangan lupa bahawa pemerintah perlu kuat integriti. Anda sebagai pemimpin ini amanah Jadi, jalankan dengan baik.
“Anda memohon diundi oleh pengundi-pengundi anda maka mereka mahu lihat pemimpin ini mempunyai ciri integriti yang telah ditetapkan. Gunakan RBTag ini sebagai kekuatan untuk membantu pemimpin berkempen,” ujarnya.
The post Ujian RBTag untuk calon PRN Johor nilai tahap integriti mereka appeared first on Info Sinar.
Calon PRN ambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag
SHAH ALAM – Calon-calon yang berpotensi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diseru untuk mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) sebagai alat pengukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat negeri tersebut.
Ketua Sekretariat #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, calon-calon tersebut seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian itu bagi membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka layak menjadi calon.
“Mereka boleh menjadikan keputusan ujian psikometrik sebagai nilai tambah dalam iltizam mereka membawa perubahan kepada rakyat yang memerlukan kelangsungan politik dan ekonomi yang lebih stabil di negara ini.
“Negara-negara yang berada di kedudukan 10 tertinggi dalam Indeks Perspektif Rasuah (CPI) menunjukkan mereka mempunyai ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan untuk membawa mereka ke kedudukan yang stabil dan harmoni.
“Dalam konteks Malaysia, nilai integriti, kestabilan ekonomi dan politik menjadi keutamaan rakyat dan ujian ini dapat membantu proses pemulihan integriti kepimpinan Negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Berikut ialah kenyataan penuh Pasukan Rasuah Busters:
PRN JOHOR:
CALON BERPOTENSI TANDINGI KERUSI DISERU TAMPIL DUDUKI UJIAN PSIKOMETRIK #RASUAHBUSTERS
– Keputusan Indeks Perspektif Rasuah (CPI) Negara yang menunjukkan kedudukan negara berada ditangga yang semakin corot memberi isyarat bahawa suatu langkah yang objektif perlu diambil segera bagi memulihkan tahap integriti Negara.
– Untuk itu, #RasuahBusters menyarankan agar calon-calon yang berpontesi untuk bertanding di negeri Johor untuk tampil menjalankan ujian psikometrik RB TAG sebagai alat ukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat negeri tersebut.
– Ketua Sekretariat #RasuahBusters Nurhayati Nordin berkata, calon-calon pilihanraya yang berpotensi di Negeri Johor seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian ini dan membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka berkelayakan untuk menjadi calon. Katanya lagi mereka boleh menjadikan keputusan ujian psikometrik sebagai nilai tambah dalam iltizam mereka membawa perubahan kepada rakyat yang memerlukan kelangsungan politik dan ekonomi yang lebih stabil di Negara ini.
– Negara-negara yang berada di kedudukan 10 tertinggi dalam CPI menunjukkan mereka mempunyai ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan untuk membawa mereka ke kedudukan yang stabil dan harmoni. Dalam konteks Malaysia, nilai integrity, kestabilan ekonomi dan politik menjadi keutamaan rakyat dan ujian ini dapat membantu proses pemulihan integriti kepimpinan Negara.
– Rakyat yang inginkan perubahan menyeluruh kepada negeri dan Negara berhak mendesak bakal pemimpin mereka untuk sekurang-kurangnya telah menduduki ujian ini dan lulus sebelum menerajui kedudukan sama ada di parlimen atau pun di peringkat DUN kerana wajah pemimpin kita adalah penentu wajah Malaysia.
– RB Tag adalah berasaskan nilai dan psikologi masyarakat Malaysia. Kajian tret individu antaranya mengambil kira integriti, patriotism, jatidiri, ketidaklarasan, projeksi, egoistik. Purata masa yang diambil untuk menjawab adalah antara 30 hingga 45 minit sahaja dan nilai kebolehpercayaan (reliability index) yang tinggi iaitu lebih daripada alpha 0.90 (> 90% confidence level).
– #RasuahBusters menjemput calon-calon yang berpotensi untuk bertanding di PRN Johor untuk menghubungi pihak #RasuahBusters di talian 0192802080 bagi memastikan tempat dan sesi bersesuaian untuk menduduki ujian tersebut secara percuma dan dalam masa terdekat.
The post Calon PRN ambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag appeared first on Info Sinar.
DPMM gesa kerajaan perangi rasuah besar-besaran
KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memerangi rasuah secara besar-besaran hingga ke akar umbi.
Presidennya, Abdul Halim Husin berkata, kerajaan harus mengakui bahawa apa jua dasar, pelan tindakan atau hala tuju membangun ekonomi negara tidak akan berjaya mencapai sasarannya selagi mana jenayah rasuah ini tidak dibendung.
Tambah beliau, dalam tempoh 10 tahun antara 2005-2014 sahaja, negara telah kehilangan hampir RM2 trilion daripada aliran wang yang tidak sah dan angka tersebut semakin bertambah.
“Perlakuan rasuah dan pecah amanah pastinya telah menyumbang kepada peningkatan ketidaksamaan pendapatan, kekayaan dan peluang. Hakikatnya, kenaikan kos sara hidup pada hari ini juga disumbangkan oleh amalan rasuah di setiap peringkat rantaian perolehan kerajaan; daripada kuasa politik, penguatkuasaan, pelesenan, proses tender dan sebut harga, hinggalah kepada isu logistik dan tuntutan bayaran.
“63.3 peratus aduan rasuah melibatkan sektor awam, justeru unjuran ratusan bilion ringgit yang diperuntukkan dalam perolehan kerajaan yang sepatutnya menjana infrastruktur dan perkhidmatan yang lebih baik sebahagiannya akan masuk ke poket perasuah dan tidak akan sampai kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra bersama media di Anjung DPMM pada Jumaat.
Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya dan Pengerusi PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, justeru pihaknya menggesa supaya Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang telah dirangka dapat dikuatkuasakan serta-merta.
Menurutnya, antara tindakan proaktif bagi membendung gejala rasuah dan politik wang yang telah dicadangkan oleh NACP ialah peruntukan baharu dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan kesalahan dalam penjualan projek atau tender kerajaan kepada pihak lain untuk faedah kewangan tanpa melaksanakannya.
“DPMM akan membantu dalam mempromosikan dan juga melaporkan kepada Rasuah Busters atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada jenayah rasuah yang berlaku dalam ahli DPPM,” ujarnya.
“Sebagai penasihat Rasuah Busters saya menyambut baik gesaan yang dibuat oleh DPPM. Kalau dahulu negara kita berada di tahap baik, sekarang kita dah turun, kalau dibandingkan dengan negara jiran, dulu kita keji mereka, tetapi sekarang mereka paling kuat menentang jenayah rasuah.
“Mereka mengkeji kita, siap buat di aplikasi TikTok, jadi dimanakah kedudukan kita?,” jelasnya.
Kata beliau, amalan rasuah tidak hanya terletak kepada kerajaan semata-mata tetapi masyarakat sendiri yang berkuasa dalam membasmi jenayah tersebut.
The post DPMM gesa kerajaan perangi rasuah besar-besaran appeared first on Info Sinar.