MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM, Author at Info Sinar
Anwar perlu beri kebebasan kepada mahkamah
Dari kiri: Hos, Anim Ezati Rizki; Mohd Yusri dan Abi Mursyidin ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Cabaran Anwar Pulihkan Integriti di Kompleks Karangkraf, di sini pada Rabu.
Mohd Yusri ketika menjadi panelis dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Cabaran Anwar Pulihkan Integriti di Kompleks Karangkraf pada Rabu.
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan kebebasan yang maksimum kepada sistem keadilan dan mahkamah tanpa sebarang kompromi bagi membolehkan proses pemulihan integriti negara dapat berjalan dengan baik.
Pensyarah Program Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, langkah tersebut amat penting bagi menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar serius dan jujur untuk memerangi rasuah seterusnya membentuk tadbir urus yang baik.
“Jadi perkara utamanya adalah bagaimana agenda integriti menyeluruh itu bermula daripada kepimpinan tertinggi sampai bawah dan pelaksanaannya menggunakan ukuran yang sama kepada semua orang tanpa kira sesiapa sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Cabaran Anwar Pulihkan Integriti di Kompleks Karangkraf di sini pada Rabu yang turut disertai peguam, Abi Mursyidin Awal.
Dalam pada itu, Yusri berkata, melangkah ke hadapan, Anwar dan kepimpinan kerajaan juga perlu mempunyai satu pelan tindakan yang praktikal dan efektif bagi menangani sebarang isu berkaitan rasuah yang berlaku di dalam negara.
Antara masalah utama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan menurut beliau adalah berkaitan dengan ketelusan pengurusan pendanaan membabitkan parti politik di dalam negara.
“Sebagai contoh, adalah diketahui umum bahawa terdapat wujudnya amalan seperti bagaimana dana bagi projek pembangunan dan yang diterima kontraktor perlu diberikan kepada parti atau orang politik dan sebagainya.
“Jadi ini antara satu perkara yang mesti diberi perhatian dan perlu ada satu pelan tindakan segera untuk basmi budaya yang berakar umbi seperti ini.
“Sebab kita faham budaya yang sudah lama dibiarkan ini agak sukar untuk dihilangkan dalam tempoh singkat,” ujarnya.
Pada masa sama, Mohd Yusri berkata, kerajaan juga perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan terlebih dahulu melaksanakan pelan tindakan menangani isu tersebut di peringkat parti masing-masing.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa antara cabaran terbesar Anwar dalam usahanya membawa negara menangani rasuah adalah untuk menguruskan kepelbagaian aspirasi parti yang bersetuju menyokong dan membentuk kerajaan di bawah kepimpinannya.
The post Anwar perlu beri kebebasan kepada mahkamah appeared first on Info Sinar.
Jangan abaikan agenda perangi rasuah: C4
Kenyataan akhbar oleh C4 pada Jumaat.
SHAH ALAM – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memastikan agar agenda memerangi rasuah tidak diabaikan.
Meskipun Kerajaan Perpaduan adalah baharu dan pemimpin berkemungkinan perlu melakukan penyesuaian, C4 berkata, perkara itu tidak seharusnya mengorbankan amalan tadbir urus yang baik atas nama ‘kemudahan’ dan ‘kecekapan’ atau kesesuaian politik.
“Kerajaan Perpaduan yang baharu ini juga hadir sama dengan pemerhatian yang ketat. Jika pentadbiran tidak dapat mengekalkan kepercayaan rakyat atau rakan-rakan pemimpin di Parlimen, kerajaan berkemungkinan besar boleh pecah dan runtuh.
“Rakyat Malaysia tidak mampu menanggung lebih banyak ketidakstabilan dan sudah tentu ia tidak berulang ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020.
“Ia adalah demi kepentingan terbaik kerajaan dan negara untuk memerintah secara telus dengan akauntabiliti sebagai komponen utama untuk membina semula negara yang lebih baik selepas kelemahan pentadbiran sebelumnya.” menurut C4 dalam kenyataan pada Jumaat.
Pusat pemerhati bebas itu berkata, dalam usaha memastikan pentadbiran baik tanpa rasuah, kerajaan baharu hanya perlu merujuk kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 yang menurutnya telah memberikan gambaran menyeluruh tentang bidang memerlukan pembaharuan.
Katanya, pelaksanaan pelan itu juga akan membawa undang-undang dan dasar Malaysia lebih dekat untuk memenuhi kewajipannya di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC).
Dalam pada itu, C4 berkata, kerajaan baharu juga sepatutnya tidak mempunyai alasan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik di Dewan Rakyat memandangkan pentadbiran terdahulu telah memberi jaminan untuk melaksanakannya dalam waktu terdekat.
Pusat pemerhati rasuah itu juga berkata, beberapa bulan akan datang bakal menjadi penentu terhadap komitmen kerajaan di bawah pimpinan Anwar untuk melaksanakan tadbir urus yang baik dan agenda reformasi.
“Pembaharuan ini perlu dimulakan dengan cepat dan tanpa berlengah-lengah.
“Sehubungan dengan ini, Pusat C4 ingin mengulangi kesediaan kami untuk bekerjasama dengan kerajaan dan menyediakan kepakaran atau bantuan dalam memastikan pembaharuan ini dilaksanakan,” ujarnya.
Dalam pada itu, C4 turut mengingatkan kerajaan agar tidak mengganggu mana-mana prosiding jenayah penyalahgunaan kuasa dan kedudukan membabitkan bekas pegawai kerajaan tidak kira daripada mana-mana parti politik termasuk yang mempunyai kedudukan di Parlimen.
“…terutamanya dengan mengambil kira keputusan Anwar untuk mengadakan undi percaya bagi kerajaan baharu pada 19 Disember 2022.
“Perkara di atas adalah penting untuk membina keyakinan awam, menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa tidak ada tempat untuk rasuah dalam pentadbiran baharu, tiada siapa boleh lari dari keadilan dan sokongan untuk mentadbir tidak boleh datang daripada naungan serta politik wang,” ujarnya.
The post Jangan abaikan agenda perangi rasuah: C4 appeared first on Info Sinar.
Anak muda miliki kematangan politik: Mohd Ramalan
Mohd Ramalan ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Mampukah PRU15 Ubah Malaysia? yang yang dihoskan Sam Ghani pada Khamis.
SHAH ALAM – Anak muda di dalam negara diyakini sudah mempunyai kematangan yang mencukupi untuk membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tidak hanya bergantung kepada kecenderungan ibu bapa masing-masing.
Pengerusi World Islamic Chamber of Commerce, Datuk Dr Mohd Ramalan Yunus berkata, kumpulan itu dilihat sememangnya memiliki pendedahan meluas dalam pergaulan dan akses untuk mendapatkan maklumat.
“Mereka semua ini ada kawan dan cara mereka berkawan ini berbeza dengan zaman generasi saya. Kalau zaman saya, kita kena pergi jumpa kawan. Tapi zaman sekarang ini hanya melalui perhubungan dalam talian sahaja mereka dah boleh pergi berkawan satu dunia.
“Jadi perkembangan ini pastinya akan mempengaruhi pemikiran mereka dan bagi bagi golongan ini sebenarnya sudah matang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Mampukah PRU15 Ubah Malaysia? yang yang dihoskan Sam Ghani pada Khamis.
Mohd Ramlan berkata, perlu difahami juga bahawa anak muda tidak mempunyai sebarang kecenderungan kepada politik kepartian.
Katanya, ini kerana kumpulan berkenaan dilihat lebih bebas pemikirannya dalam politik dan tidak begitu dipengaruhi oleh mana-mana ideologi kepartian.
Sehubungan itu, beliau berkata, adalah penting untuk setiap parti politik yang bertanding untuk memahami kehendak generasi berkenaan dalam tawaran yang diberikan pada PRU kali ini.
“PRU15 ini adalah permulaan. Nanti akan datang PRU seterusnya golongan ini akan makin bertambah sebab sekarang pun pengundi di bawah 40 pun adalah majoriti,” ujarnya.
Pada masa sama, Mohd Ramalan berkata, parti politik di dalam negara juga perlu meningkatkan usaha bagi memberikan pendidikan politik kepada masyarakat supaya menjadi lebih rasional dan tidak bersandarkan hanya kepada sentimen ketika membuat pilihan dalam PRU.
The post Anak muda miliki kematangan politik: Mohd Ramalan appeared first on Info Sinar.
Negara perlu mula bina generasi penamat rasuah
Nurhayati ketika Forum Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia 2022 yang bertemakan ‘Generasi Penamat Budaya Rasuah dan Salah Guna Kuasa Dalam Konteks Malaysia-Indonesia’ yang diadakan secara maya pada Isnin.
Mohammad Fazril ketika Forum Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia 2022 yang bertemakan ‘Generasi Penamat Budaya Rasuah dan Salah Guna Kuasa Dalam Konteks Malaysia-Indonesia’ yang diadakan secara maya pada Isnin.
SHAH ALAM – Negara perlu memulakan usaha untuk membina sebuah generasi penamat yang bebas daripada rasuah.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, hasrat tersebut boleh dimulakan terhadap generasi baharu yang lahir semasa tempoh pandemik.
Beliau berkata, pembinaan generasi penamat itu perlu dilakukan melalui pembentukan sistem moral dan kepercayaan yang kukuh.
“Jadi, kita perlu wujudkan iltizam supaya generasi yang lahir semasa 2020 dan ke atas menjadi generasi yang memang benci dan tolak rasuah-habis-habisan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Forum Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia 2022 yang bertemakan ‘Generasi Penamat Budaya Rasuah dan Salah Guna Kuasa Dalam Konteks Malaysia-Indonesia’ yang diadakan secara maya pada Isnin.
Program anjuran International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia itu turut dihadiri oleh Pensyarah kanan Fakulti Humaniora, Universiti Presiden (PresUniv), Dr Muhammad A S Hikam dan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Fazril Mohd Salleh.
Nurhayati berkata, berdasarkan kepada pengalamannya terlibat secara langsung memberikan advokasi antirasuah di peringkat akar umbi, generasi baharu sememangnya memiliki pemahaman agak cetek terhadap rasuah.
“Contohnya untuk remaja yang berumur 17 tahun contohnya, bentuk rasuah jelas yang mereka kenal hanyalah mungkin membayar pihak berkuasa jika melanggar peraturan tersebut.
“Tetapi untuk bertemu dengan risiko situasi rasuah yang lain, sebenarnya mereka belum biasa,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, adalah amat penting untuk semua pihak terbabit termasuk kerajaan, masyarakat dan ibu bapa sendiri untuk memiliki kesedaran bagi membina kapasiti dan kesedaran dalam kalangan generasi baharu terhadap gejala rasuah.
Pada masa sama, meskipun mengakui bahawa teladan kepimpinan merupakan merupakan antara prasyarat penting terhadap usaha membanteras rasuah, Nurhayati berkata, takrifan kepemimpinan perlu dilihat secara lebih luas.
“Jadi apa yang Rasuah Busters terapkan adalah setiap daripada kita adalah pemimpin yang sebenarnya perlu meletakkan tanggungjawab perubahan dan integriti kepada diri sendiri dan bukan semestinya bergantung kepada pihak lain,” jelasnya.
Sementara itu, Mohammad Fazril berkata, beliau yakin bahawa generasi baharu mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kumpulan pemutus rantaian gejala rasuah yang berlaku di dalam negara.
**media[1892292]**
Katanya, perkara itu dapat dilakukan melalui pemupukan budaya murni yang sememangnya wujud dalam tradisi masyarakat di Malaysia.
“Kami cukup yakin bahawa yang kita sebutkan sebagai budaya itu sebenarnya sesuatu yang mampu dibentuk tidak kira budaya baik atau buruk.
“Dia bukan datang secara tiba-tiba dari langit tapi dia adalah satu usaha pemupukan yang dibibit, dibaja dan kemudiannya tumbuh sebagai satu budaya,” ujarnya.
Mohammad Fazril berkata, tradisi budaya masyarakat Malaysia sebenarnya kaya dengan elemen yang memberikan penekanan terhadap menekankan prinsip integriti antaranya melalui kewujudan istilah jujur, harga diri, maruah dan tahu malu.
The post Negara perlu mula bina generasi penamat rasuah appeared first on Info Sinar.
Rasuah budaya tinggalan penjajah
Muhammad ketika Forum Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia 2022 yang bertemakan ‘Generasi Penamat Budaya Rasuah dan Salah Guna Kuasa Dalam Konteks Malaysia-Indonesia’ yang diadakan secara maya pada Isnin.
SHAH ALAM – Rasuah merupakan sebuah legasi tinggalan kolonial yang digunakan untuk memastikan kesinambungan penguasaan mereka terhadap tanah jajahan.
Pensyarah kanan Fakulti Humaniora, Universiti Presiden (PresUniv), Dr Muhammad A S Hikam berkata, mengambil kira pengalaman dilalui oleh Indonesia, amalan rasuah sememangnya menjadi sebahagian daripada model pentadbiran pihak penjajah.
“Jadi dengan melakukan rasuah terhadap pegawai, penguasa daerah mahupun tradisional, ia sekali gus memastikan mereka mendapat dukungan untuk melanjutkan kekuasaan mereka.
“Perkara ini kemudiannya berlanjut meskipun selepas Indonesia memperoleh kemerdekaan,” katanya ketika menjadi panel dalam Forum Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia 2022 yang bertemakan ‘Generasi Penamat Budaya Rasuah dan Salah Guna Kuasa Dalam Konteks Malaysia-Indonesia’ yang diadakan secara maya pada Isnin.
Program anjuran International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia #RasuahBusters, Nurhayati Nordin dan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Fazril Mohd Salleh.
Muhammad berkata, disebabkan tempoh penjajahan yang agak lama, amalan tersebut telah menjadi warisan yang menjadi sebahagian daripada budaya normal masyarakat.
“Jadi korupsi itu apabila sudah menjadi budaya, ia akan dinormalisasi seolah-olah tindak atau perilaku rasuah itu adalah sesuatu yang mendapat legitimasi daripada budaya kita (rumpun Nusantara), padahal sebetulnya tidak,” ujarnya.
Muhammad berkata, rasuah juga kini menjadi semakin kompleks dan canggih serta sukar untuk ditangani disebabkan ia diserap untuk menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di dalam sesebuah negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, untuk menangani masalah tersebut, terdapat dua komponen penting perlu dilakukan iaitu pembaikan terhadap moraliti dan kepemimpinan sesebuah negara.
“Tanpa kedua-dua komponen ini, adalah mustahil untuk membanteras rasuah yang kini sudah menjadi sangat kompleks dan canggih disebabkan ia sudah di tahap yang dianggap normal bahkan menjadi sebahagian daripada budaya.
“Contohnya dalam isu memberi hadiah yang merupakan suatu budaya masyarakat Asia. Perkara itu kalau kita tidak hati-hati boleh digunakan untuk menjustifikasi penyuapan dan begitu juga sebaliknya,” jelas beliau.
The post Rasuah budaya tinggalan penjajah appeared first on Info Sinar.
Pemilik, penduduk kediaman strata perlu fahami hak, kesan ketirisan
SHAH ALAM – Pemilik kediaman strata perlu memahami hak yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Strata dan seterusnya membolehkan mereka mengesan sebarang salah laku yang berkemungkinan berlaku dalam pengurusan kediaman masing-masing.
Penganalisis hartanah, Faizul Ridzuan mendakwa, elemen ketirisan sememangnya berpotensi wujud dalam pengurusan sesebuah kediaman strata.
“Kita sebagai pemilik atau penduduk yang menyewa kena tahu apa hak kita termasuk hak untuk dapat dokumen daripada JMB. Tentunya bila JMB tak nak beri, bermaksud biasanya ada benda yang cuba disembunyikan.
“Walaupun mereka (JMB) ini buat kerja kerja tanpa gaji tapi duit dalam JMB itu banyak. Elemen ketirisan itu boleh cerita majoriti JMB memang akan ada. Soalnya kecil atau besar sahaja,” katanya ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘JMB Korup, Pemilik Jadi Mangsa’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Program yang dikendalikan Fiza Sabjahan itu turut menampilkan pelakon, Zed Zaidi dan Aktivis, Shafik Abdullah.
Dalam pada itu, Faizul berkata, penduduk juga memiliki hak untuk mencabar pihak JMB di mahkamah sekiranya badan tersebut melakukan perkara bertentangan dengan peraturan ditetapkan.
“Saya rasa dah ada pun beberapa kes yang di mana penyewa yang menang dalam saman mereka terhadap JMB yang buat tindakan seperti potong, elektrik, tidak bagi masuk rumah dan sebagainya.
“Tapi yang penting kita kena faham peraturan dan apa hak kita serta selepas itu kita punya aduan itu pula masuk akal,” ujarnya yang kini sudah menguruskan pembelian 30 bangunan di dalam negara.
Dalam pada itu, Faizul berpandangan bahawa kebanyakan JMB dilihat mempunyai amalan komunikasi yang sangat teruk dalam menjalankan fungsinya.
“Saya percaya daripada keseluruhan masalah yang berlaku antara penduduk dan JMB, 90 peratus daripadanya boleh diselesaikan kalau komunikasi itu dilakukan dengan elok dan formal untuk bagi orang faham,” katanya.
The post Pemilik, penduduk kediaman strata perlu fahami hak, kesan ketirisan appeared first on Info Sinar.
Kaji semula perundangan pengurusan kediaman strata
SHAH ALAM – Kerajaan diminta untuk mengkaji semula perundangan membabitkan pengurusan kediaman strata di dalam negara bagi memastikan hak pemilik rumah terjamin.
Aktivis, Shafik Abdullah berkata, undang-undang sedia ada digunakan bagi perkara tersebut dilihat memiliki elemen berat sebelah sehingga pemilik rumah menjadi mangsa.
Menurutnya, kegagalan kementerian berkaitan untuk melakukan pemantauan terhadap pemaju perumahan juga dilihat menyebabkan pemilik rumah tidak mendapat hak yang sepatutnya.
“Contohnya bila kita beli rumah kita membuat bayaran tetapi hak kita dihalang dengan kuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB).
“Ikut undang-undang negara kita, yang pertama apabila pemaju menyiapkan rumah, mereka perlu secepat mungkin menubuhkan JMB dan memohon strata title (Hakmilik Strata).
“Tapi di Malaysia alangkah sedihnya kerana tiada ketegasan… dalam membantu pemaju yang telah siapkan rumah, ada kes yang dah 15 tahun tetapi masih tidak dapat lagi HakMilik Srata itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘JMB Korup, Pemilik Jadi Mangsa’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Program yang dikendalikan Fiza Sabjahan itu turut menampilkan pelakon, Zed Zaidi dan penganalisis hartanah, Faizul Ridzuan.
Mengulas lanjut, Shafik berkata, meskipun kewujudan JMB terdiri daripada kalangan penduduk, namun beliau mendakwa badan tersebut dilihat terdedah kepada unsur konflik kepentingan yang menjejaskan fungsinya dalam menguruskan kawasan kediaman terbabit.
Jelas beliau, konflik kepentingan itu boleh berlaku apabila pemilihan individu di dalam JMB itu terdiri daripada ejen pemaju atau kroni individu tertentu.
“JMB ini memang dikatakan dalam kalangan penduduk di situ tetapi berlaku juga unsur politik di dalam pemilihan.
“Ini kerana apabila pemilihan berlaku, tidak ada cara yang spesifik yang digunakan. Sekiranya di situ ada 300 penghuni, bukan semua yang mengundi, jadi di mana hak pemilik tersebut.
“Jadi kerajaan wajib mengkaji balik dan mengeluarkan satu cara iaitu setiap penghuni boleh mengundi dan tidak perlu menghadirkan diri dalam mesyuarat agung tahunan (JMB),” ujarnya.
Sehubungan itu, Shafik berkata, pemilik rumah strata di Malaysia seharusnya melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka melihat terdapat berlakunya salah laku dalam pengurusan kediaman mereka.
Jelas beliau, mana-mana pihak pengurusan kediaman atau JMB juga tidak sepatutnya menggunakan sebarang kekerasan dalam menjalankan fungsinya.
The post Kaji semula perundangan pengurusan kediaman strata appeared first on Info Sinar.
Wujudkan masyarakat bebas rasuah untuk bina karakter cemerlang
SHAH ALAM – Kewujudan tadbir urus baik tanpa rasuah dapat dibina melalui dua faktor iaitu pembinaan karakter cemerlang anak muda dan keluarga yang sejahtera.
Presiden Universal Peace Federation (UPF), Profesor Sudesh Balasubramaniam, berkata, pihaknya percaya bahawa dua faktor itu perlu diberikan penekanan untuk diterapkan dalam sesebuah masyarakat sekiranya negara mahu bebas dari rasuah.
“Tentu sekali rasuah adalah isunya tetapi pada asasnya ia bermula daripada seseorang individu dari segi aspek personaliti, pembangunan karakter dan nilai yang diamalkan dalam perkembangan kehidupan mereka.
“Sebab itu kita kena pastikan anak muda kita didik dengan karakter untuk menjadi pemimpin, ayah dan ibu yang baik kerana hanya dengan itu sebuah keluarga yang sejahtera dapat dilahirkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters yang diadakan di Kompleks Karangkraf, di sini, pada Jumaat yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Sementara itu, mengulas mengenai kesedaran bahaya rasuah dalam kalangan anak muda, Pengerusi UPF Selangor, Shanta Venugopal menjelaskan, pengalamannya terlibat secara dekat bersama anak muda memperlihatkan bahawa kumpulan tersebut sebenarnya membenci perbuatan itu.
“Bila kita bergaul dengan mereka ini dan tanya mengenai rasuah, mereka memang akan kata tidak suka rasuah dan politik. Mereka akan kata kalau dia jadi seorang ahli politik, memang mereka nak hapuskan rasuah yang berlaku ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, Shanta berkata, terdapat sedikit perasaan pesimis dalam kalangan anak muda terhadap kebolehan mereka untuk melakukan perubahan itu kerana tiadanya perpaduan jitu antara mereka.
“Bila saya buat program di sekolah, mereka ini asing-asing. India satu kumpulan. Melayu satu kumpulan dan Cina satu kumpulan. Ini yang selalu saya lihat,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, anak muda perlu diberikan peluang dan untuk melakukan aktiviti bersama-sama antaranya melalui penganjuran program membabitkan penyertaan berbilang kaum.
“Jadi bila kita kumpulkan mereka ini dalam satu tempat dan lakukan aktiviti bersama-sama, baru mereka boleh bergaul dan kenal rakan mereka yang berbilang agama dan bangsa.
“Melalui aktiviti yang dilakukan ini juga, kita sebenarnya dapat lihat bahawa, remaja ini mereka ada banyak idea untuk masa depan negara yang lebih baik,” katanya.
Jelas Shanta, program sedemikian bukan hanya boleh dilakukan di peringkat sekolah sahaja tetapi juga di taman perumahan masing-masing.
The post Wujudkan masyarakat bebas rasuah untuk bina karakter cemerlang appeared first on Info Sinar.
Media perlu buka ruang untuk rakyat bersuara kesan negatif rasuah
SHAH ALAM – Media di dalam negara perlu memberikan lebih ruang kepada laporan berita yang menyentuh mengenai kesan negatif amalan rasuah terhadap rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, masyarakat harus diberikan suara untuk berkongsikan impak dialami mereka ekoran daripada aktiviti rasuah yang berlaku di dalam negara.
“Media boleh mula membuka ruang untuk rakyat bersuara menyatakan kesan rasuah yang boleh berlaku daripada sektor pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.
“Kesan yang dimaksudkan itu termasuk termasuk dari segi ekonomi contohnya seperti kenaikan harga barang yang membebankan. Itu amat berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang jika kita tidak banteras atau bendung ia akan menyebabkan kemiskinan kepada negara kita dan kesengsaraan kepada rakyat Malaysia secara khususnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menghadiri Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters bersama rakan sinergi media gerakan gabungan tersebut di Kompleks Karangkraf, di sini, pada Rabu.
Hadir sama ialah Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang; Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail; Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa; Pengarang Sinar Daily, Tasnim Lokman dan ahli pasukan teras Rasuah Busters, Dr G Manimaran.
Dalam pada itu, Nurhayati berkata, Rasuah Busters akan meneruskan usaha bagi memastikan pelaksanaan enam tuntutan yang telah digariskan pada September lalu.
“Ini kerana buat masa ini hanya dua tuntutan yang telah diselesaikan atau diketengahkan iaitu pertama Undi18 dan satu lagi berkenaan Undang-Undang Anti Lompat Parti yang yang sedang dalam proses kami percaya dan diambil serius pihak kerajaan,” ujarnya.
Tuntutan lain turut diajukan Rasuah Busters yang terdiri daripada lebih 500 rakan gabungan adalah Pelaksanaan dan sokongan penuh ke atas Pelan Antirasuah Nasional (NACP), pelaksanaan Akta Pembiayaan Dana Politik dan kebebasan serta ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
Dalam pada itu, turut dibincangkan pada majlis tersebut ialah mengenai keperluan untuk memperluaskan Rasuah Busters ke peringkat antarabangsa yang menurut Ashwad boleh terlebih dahulu dilakukan bersama dengan negara jiran di rantau Asia Tenggara.
The post Media perlu buka ruang untuk rakyat bersuara kesan negatif rasuah appeared first on Info Sinar.
Pendidikan rasuah segenap lapisan masyarakat fokus utama YARM
SHAH ALAM – Kepimpinan baharu Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) mahu memberikan fokus terhadap usaha meningkatkan kesedaran rasuah melalui pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat di dalam negara ini.
Presidennya, Mohd Nizam Mohd Isa berkata, untuk melaksanakan matlamat besar itu, pihaknya akan bekerjasama sebanyak mungkin dengan rakan strategik yang meliputi sektor swasta mahupun kerajaan melalui cawangan YARM yang berada di setiap negeri di seluruh Malaysia.
“Kami telah kenal pasti pihak yang mahu adakan kerjasama dan akan keluarkan surat bermula kepada menteri besar, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu termasuk kumpulan belia untuk bergabung.
“Kerjasama ini bertujuan bagi meluaskan pendidikan kesedaran antirasuah kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Kita mulakan dengan ini dulu,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Mohd Nizam berkata, usaha mencapai matlamat baharu itu turut dicerminkan melalui kepelbagaian latar belakang kesemua individu yang terpilih bagi menganggotai Jawatankuasa Tertinggi YARM bagi tempoh bermula 2022 hingga 2024.
Katanya, selain bersifat neutral, keanggotaan kepimpinan YARM juga meliputi individu yang memiliki kepakaran dalam bidang pendidikan, perundangan, perubatan dan pelbagai lagi sektor utama lain di Malaysia.
“Kepelbagaian ini penting bagi memastikan kita benar-benar dapat memacu matlamat ke arah yang betul, pada masa sama memberikan impak lebih berkesan dan menyeluruh dalam membantu negara menangani isu rasuah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata, YARM memberikan perhatian terhadap usaha meyakinkan pihak berwajib supaya meluaskan pemantauan rasuah di setiap lapisan pentadbiran di dalam negara termasuk di peringkat majlis perbandaran dan daerah.
Katanya, penglibatan individu yang berpotensi mewujudkan konflik kepentingan dalam sesuatu organisasi perlu dihentikan supaya usaha pemantauan terhadap aktiviti rasuah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
“Sebagai contoh, ahli politik sepatutnya tidak boleh berada dalam majlis perbandaran atau daerah. Sebaliknya kita nak supaya NGO-NGO antirasuah ini ditempatkan di situ supaya pemantauan aktiviti rasuah dapat dilakukan dengan betul,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Nizam berkata, pihaknya juga berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan isu rasuah yang berlaku di dalam negara dan seterusnya menghasilkan dapatan daripada penemuan yang dilakukan.
“Kita nak cuba dalami apa sebenarnya yang menyebabkan kegiatan rasuah di dalam negara ini menjadi semakin teruk. Apa isu sebenar yang menyebabkan situasi ini. Adakah data sedia ada yang kita miliki ini tepat atau macam mana,” kata beliau.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) YARM Ke-9, seramai 13 individu telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Tertinggi YARM 2022-2024 yang diketuai oleh Mohd Nizam selaku Presiden YARM.
Seramai kira-kira 120 orang ahli YARM termasuk pegawai iringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir dalam mesyuarat yang dijalankan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, pada Ahad.
The post Pendidikan rasuah segenap lapisan masyarakat fokus utama YARM appeared first on Info Sinar.