MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB, Author at Info Sinar
Tekad Pakar bantu SPRM didik masyarakat
Azam (kiri) bersama (dari kanan) Razim dan Shamshun pada majlis pelancaran dan mesyuarat agung Pakar yang diadakan di ibu pejabat SPRM pada Rabu.
Azam (tengah) bergambar kenangan bersama ahli dan pemimpin Pakar.
PUTRAJAYA – Penubuhan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar) bertujuan membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah.
Presiden Pakar, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, matlamat utama adalah membudayakan orang ramai untuk membenci perbuatan rasuah, seterusnya membantu SPRM meningkatkan tahap kesedaran tinggi dalam masyarakat.
Beliau berkata, kehadiran Pakar akan membantu SPRM melaksanakan tugas mendidik dan membentuk masyarakat yang mempunyai integriti tinggi.
“Kita sedia maklum bahawa berlaku kekangan tenaga kerja di SPRM apabila jumlah mereka tidak ramai.
“Mengambil kira mereka (SPRM) yang terlibat dalam sektor pencegahan sahaja, jumlah itu melibatkan hanya sekitar 300 orang sahaja.
“Sekiranya jumlah itu dibandingkan dengan perkhidmatan awam, ratio adalah bersamaan dengan 0.01 peratus yang melakukan tugas-tugas pencegahan,” katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Mesyuarat Agung Pakar yang diadakan di ibu pejabat SPRM.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Hadir sama Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor.
Mengulas lanjut, Shamshun berkata, ekoran daripada kekangan jumlah petugas SPRM, diharap kehadiran Pakar akan sedikit sebanyak membantu suruhanjaya menyebar luas maklumat dan mendekati masyarakat agar tidak terjebak dengan rasuah.
Selain itu kata beliau, Pakar akan turut bertindak memberi kefahaman jelas tentang SPRM kepada masyarakat kerana masih banyak yang faham tentang peranan serta tugas suruhanjaya itu.
“Masyarakat melihat SPRM boleh melakukan semuanya, sedangkan agensi penguatkuasaan ini menjalankan siasatan sahaja.
“Tugas menuduh atau tidak menuduh itu terletak pada kuasa Jabatan Peguam Negara.
“Oleh sebab itu, kehadiran Pakar adalah membantu sebar maklumat kepada masyarakat untuk faham tentang fungsi sebenar SPRM,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, Pakar akan dikembangkan di seluruh negara termasuk membuka cawangan-cawangan di peringkat negeri.
Katanya, keahlian Pakar terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat yang ikhlas berjuang memerangi amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Namun begitu menurutnya, jawatan tertinggi Pakar pusat melibatkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden serta Naib Presiden harus diisi oleh mereka yang terdiri daripada bekas pegawai tertinggi SPRM sebelum ini.
Ini kerana jelasnya, ia bertujuan memastikan Pakar mencapai matlamat dan objektif penubuhannya.
Sementara itu tegas beliau, Pakar sama sekali tidak akan bertindak sebagai ‘pressure group’, sebaliknya membantu menjayakan usaha kerajaan memerangi rasuah.
“Kita mahu menjadikan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai integriti tinggi, bukannya kerana banyaknya rasuah atau amalan salah guna kuasa,” katanya.
The post Tekad Pakar bantu SPRM didik masyarakat appeared first on Info Sinar.
Kerajaan perlu laksana pembaharuan institusi
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann
SHAH ALAM – Tiada jalan penyelesaian terbaik mencegah dan menangani perbuatan rasuah serta salah guna kuasa dengan lebih efisien melainkan kerajaan sedia ada bertindak lebih agresif.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melaksanakan pembaharuan institusi dan kakitangan di bawahnya.
Menurutnya, menerusi pembaharuan dalam sektor penting tersebut, ia akan menjadikan badan-badan kerajaan melaksanakan tugas dan amanah diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Malah, dengan pelaksanaan itu, katanya, semua agensi kerajaan akan berkhidmat secara telus terutama melibatkan aspek kewangan dan perolehan negara.
“Semua ini bagi menjadikan kerajaan di bawah pimpinan Anwar menjadi lebih bertanggungjawab kepada Parlimen dan benar-benar telus terutamanya dalam hal kewangan.
“Perlu ada komitmen yang diperbaharui untuk memerangi perbuatan rasuah secara bersungguh-sungguh,” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.
Thomas berkata, antara komitmen yang perlu dilaksanakan adalah menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas daripada pengaruh politik.
Selain itu, katanya, undang-undang seperti Akta Pembiayaan Politik dan Akta Perolehan mesti diperkenalkan kerajaan bagi memastikan ketelusan dan tidak berlaku salah guna kuasa.
“Jika langkah-langkah ini diambil, saya percaya kita semua akan dapat melihat peningkatan dalam pencapaian skor untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Thomas berkata, penurunan markah keseluruhan Malaysia untuk CPI sepanjang tiga tahun lepas adalah ekoran daripada berlakunya kekacauan politik dilalui negara sejak ‘Langkah Sheraton’.
Dalam tempoh itu, ujarnya, amalan demokrasi berada pada tahap paling rendah apabila kerajaan yang tidak mempunyai mandat rakyat bertindak menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah.
“Terdapat kekurangan ketelusan dan akauntabiliti dalam tempoh itu yang mana Parlimen digantung dan disekat dalam peranannya sebagai institusi semak dan imbang.
“Sejumlah besar wang diketepikan dengan sedikit penelitian semasa wabak itu. Perkara ini adalah faktor yang menyumbang kepada penurunan skor CPI,” katanya.
The post Kerajaan perlu laksana pembaharuan institusi appeared first on Info Sinar.
Sin Chew Daily terus sokong Rasuah Busters
Cheng Kang (tengah) dan Aun Kuang (dua dari kiri) menerima plak Rakan Sinergi Media daripada Nurhayati (dua dari kanan) semasa majlis kunjungan hormat Rasuah Busters ke ibu pejabat Sin Chew Daily pada Selasa.
PETALING JAYA – Akhbar nombor satu bahasa Cina, Sin Chew Daily yakin dengan kemampuan dan kelebihan yang ada pada media berpengaruh itu untuk menyebar luas kempen antirasuah kepada masyarakat.
Ketua Pengarang Kumpulan Media Chinese International Limited (MCIL) (Malaysia), Kuik Cheng Kang berkata, usaha memerangi amalan rasuah adalah tanggungjawab bersama yang perlu dilaksana dan dijayakan oleh semua pihak termasuk pengamal media.
Beliau yang juga Ketua Pengarang Sin Chew Daily berkata, mesej antirasuah bukan sahaja perlu disebar luas, malah inti pati agenda penting itu dijadikan pegangan kukuh oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara.
Untuk itu kata beliau, langkah utama yang harus diambil perhatian adalah menyokong apa jua inisiatif digerakkan bagi mengekang budaya rasuah daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat, seterusnya diputuskan daripada rantaian kehidupan.
“Kami di Sin Chew Daily dan pihak kumpulan percaya bahawa menyampaikan mesej antirasuah adalah satu tanggungjawab penting yang perlu dipikul oleh semua pihak untuk dilaksanakan, malah harus mendapat kerjasama penuh daripada seluruh lapisan masyarakat.
“Saya secara peribadi memahami bahawa rasuah adalah seumpama kanser atau barah yang sangat bahaya sekiranya tidak dicegah atau ditangani sebaiknya.
“Perkara ini sangat penting bagi mempertahankan nilai-nilai murni yang ada pada rakyat Malaysia cintakan negara dan benci kepada kemusnahan akibat sifat tamak melampau,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kunjungan hormat pasukan Rasuah Busters ke ibu pejabat Sin Chew Daily, dekat sini.
Hadir sama Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, Chan Aun Kuang dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin.
Mengulas lanjut, Cheng Kang berkata, perbuatan rasuah wajib diperangi sepenuh hati sekiranya tidak mahu melihat negara menuju jalan kehancuran apabila ia semakin membarah serta tidak diendahkan di dalam masyarakat.
Untuk itu katanya, semua pihak termasuk media perlu memainkan peranan masing-masing untuk menyokong serta berganding bahu melakukan kerja-kerja kempen dan penyebaran mesej antirasuah.
Jelasnya, langkah proaktif yang dilaksanakan oleh pasukan Rasuah Busters perlu dibantu menerusi kepakaran dan kemahiran yang ada pada diri masing-masing.
“Kami sememangnya komited untuk menolong dan bersama-sama Rasuah Busters untuk menjayakan agenda antirasuah kerana ia bukan sahaja boleh menyelamatkan negara daripada isu ketirisan, malah dilihat mampu memberi kesan langsung terhadap pembentukan perpaduan masyarakat yang lebih utuh,” katanya.
Sementara itu, Nurhayati berkata, Rasuah Busters menyambut baik ‘tangan’ yang dihulurkan oleh Sin Chew Daily bagi memperkukuhkan hubungan sebagai rakan sinergi menyebar luas mesej antirasuah kepada rakyat.
Katanya, sebagai akhbar berpengaruh dan mempunyai bilangan pembaca sebanyak 1.5 juta orang, kerjasama yang diberikan adalah sangat besar harganya terutama dalam menyampaikan mesej benci rasuah termasuk pelayar secara dalam talian.
“Pertemuan yang diadakan pada hari ini bukan sahaja berjaya menghasilkan satu perbincangan sangat baik, malah ia juga dapat digunakan sebagai proses pertukaran ilmu sebagai rakan sinergi.
“Rasuah Busters amat bertuah apabila Sin Chew Daily sudi berkerjasama kerana media adalah satu platform yang berperanan menyampaikan kebaikan dan membawa perubahan masyarakat ke arah lebih baik,” katanya.
The post Sin Chew Daily terus sokong Rasuah Busters appeared first on Info Sinar.
Klinik Bina Modul Rasuah Busters cegah, perangi rasuah
Dari kiri: Muhammad Miqdam. dan Mohd Zikrul.
SHAH ALAM – Usaha Rasuah Busters menganjurkan Klinik Bina Modul merupakan langkah proaktif menggalakkan orang ramai turut sama terlibat dalam mencegah dan memerangi budaya rasuah daripada terus menular.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), Muhammad Miqdam Mohd Rashid berkata, penganjuran program seumpama itu adalah inisiatif tepat mengajak masyarakat umum untuk lebih cakna dan berusaha mencari jalan mengekang budaya rasuah.
Menurutnya, rasuah merupakan masalah sosial yang perlu diambil berat oleh semua pihak dan menjadi kewajipan semua individu untuk menolak sekeras-kerasnya perbuatan jijik itu.
Katanya, meskipun agak mustahil untuk menyelesaikan budaya rasuah dalam tempoh ‘satu hari’, namun permulaan kepada usaha-usaha memeranginya perlu dilakukan secara komprehensif.
“Klinik Bina Modul Rasuah Busters bukan sahaja bertujuan mencari jalan penyelesaian kepada negara tetapi ia juga membantu peserta untuk memahami lebih mendalam tentang aspek integriti dan salah guna kuasa.
“Maka semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan kempen antirasuah dapat digerakkan dengan lebih jaya dan usaha memberi pemahaman jelas terhadap integriti dapat dipertingkatkan kepada masyarakat terutama golongan sasar.
“Oleh sebab itu, penganjuran Klinik Bina Modul Rasuah Busters ini antara usaha yang sangat baik untuk mencari jalan penyelesaian mencegah orang ramai terlibat dengan rasuah, seterusnya menjadikan Malaysia lebih maju tanpa rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penganjuran Klinik Bina Modul Rasuah Busters bertajuk Pembinaan Teras Generasi Malaysia Berintegriti di Media Karangkraf pada Ahad.
Sementara itu, jurulatih perniagaan, Mohd Zikrul Hakim Noor berkata, Klinik Bina Modul yang dianjurkan oleh Rasuah Busters itu seharusnya dilaksana dan diperkembangkan kepada orang ramai pada sebelum-sebelum ini.
Mohd Zikrul Hakim atau lebih dikenali sebagai Coachakim berkata, perkara itu bukan sahaja sangat penting bagi pembinaan modul yang tepat tetapi seni pembinaan modul itu sendiri perlu dititik beratkan kerana ia kerangka utama menghasilkan solusi terbaik.
Katanya, bimbingan daripada pakar bagi menghasilkan modul terbaik bakal menjadikan solusi yang diperhalusi secara perbincangan terbuka dapat diguna pakai di peringkat pelaksanaan negara.
“Perkara melibatkan isu integriti adalah perkara penting kerana ia sangat berkait rapat dengan agenda menjayakan pembangunan utama negara.
“Sekiranya masalah integriti, budaya rasuah serta salah laku terus berleluasa, negara akan berhadapan dengan isu ketirisan yang besar dan perkara ini boleh membantutkan pembangunan negara.
“Oleh sebab itu, usaha berterusan perlu dilakukan termasuk menghasilkan modul-modul terbaik mencegah rasuah bagi memastikan masyarakat menolak dan mengamalkan antirasuah serta mempunyai integriti tinggi,” katanya.
The post Klinik Bina Modul Rasuah Busters cegah, perangi rasuah appeared first on Info Sinar.
Klinik Bina Modul Rasuah Busters bantu lahirkan pemikir kreatif
Fazrul (empat dari kiri) bersama peserta Klinik Bina Modul Rasuah Busters yang diadakan di Media Karangkraf pada Ahad.
Sekumpulan peserta Klinik Bina Modul Rasuah Busters berbincang mencari solusi terbaik bagi membina modul meningkatkan integriti dan mencegah rasuah.
SHAH ALAM – Penggemblengan buah fikiran daripada pelbagai lapisan masyarakat merupakan adunan terbaik mencipta modul sistem pencegahan isu rasuah dan usaha pemantapan integriti dalam masyarakat.
Pasukan Teras Rasuah Busters, Fazrul Ismail berkata, perkongsian kefahaman serta pengalaman pelbagai pihak daripada sektor kerajaan dan swasta bukan sahaja mampu membentuk modul pencegahan rasuah sempurna, malah berupaya melahirkan golongan pemikir jitu memerangi budaya rasuah.
Menurutnya, sebuah modul yang baik akan mengambil kira elemen-elemen yang boleh diterjemahkan kepada masyarakat terutama melibatkan aspek integriti serta nilai-nilai murni seperti amanah dan bertanggungjawab.
Selain itu katanya, proses dan pembinaan modul yang berkesan menerusi formula tepat bakal menyaksikan ilmu dan pemindahan kemahiran dapat disampaikan sebaiknya kepada golongan sasar.
“Rasuah Busters merupakan platform yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat untuk bertukar-tukar buah fikiran, seterusnya membentuk modul pencegahan rasuah dan meningkatkan isu integriti kepada negara.
“Bagi tujuan mendapatkan modul terbaik, pengemblengan ilmu, pengalaman bertugas serta input perlu disatukan sekali gus mendapatkan hasil yang boleh diguna pakai bagi mencegah perbuatan rasuah dan menyelamatkan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penganjuran Klinik Bina Modul Rasuah Busters bertajuk Pembinaan Teras Generasi Malaysia Berintegriti.
Penganjuran program bertujuan membentuk kerangka dasar bagi pembinaan model dan solusi kepada isu berkaitan governans, antirasuah dan integriti secara bersasar.
Program tersebut merupakan anjuran Rasuah Busters dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas yang diadakan di Media Karangkraf pada Ahad.
Mengulas lanjut, Fazrul berkata, selain memanfaatkan Klinik Bina Modul Rasuah Busters sebagai perkongsian kefahaman dan pengemblengan ilmu bagi mencari ‘ubat’ atau formula mencegah rasuah, program serampang dua mata itu turut bertindak membentuk ejen pemikir atau pembina modul berjaya.
Menurutnya, menerusi sesi percambahan ilmu, pembinaan modul bersama serta proses menganalisis maklumat yang diperoleh merupakan latihan terbaik membentuk peserta menjadi pemikir yang kreatif.
Jelasnya, pembina modul yang berjaya akan bertindak memantau keberkesanan hasil kerja dan dalam masa yang sama akan turut mengaplikasi apa yang dihasilkan.
“Pemikir modul akan turut bertindak memindahkan kemahiran kepada orang ramai dengan berkesan.
“Selain berupaya merubah budaya rasuah atau salah guna kuasa daripada terus membarah dalam masyarakat, ia juga bakal menjadi solusi tambahan kepada aktiviti pencegahan terhadap budaya jijik tersebut,” katanya.
The post Klinik Bina Modul Rasuah Busters bantu lahirkan pemikir kreatif appeared first on Info Sinar.
Campur tangan MAINPP dipertikai
Zikrullah
Antara ahli kariah salah sebuah masjid yang membantah pemilihan ahli jawatankuasa baharu.
SHAH ALAM – Rasuah Busters Pulau Pinang mempertikaikan ‘campur tangan’ atau penglibatan pihak tertentu dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa di beberapa buah masjid di negeri itu.
Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Pulau Pinang, Zikrullah Ismail berkata, isu tersebut begitu hangat pada masa ini apabila ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang dipilih oleh ahli kariah menerusi sistem pemilihan secara demokrasi telah ditolak oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Katanya, tindakan MAINPP menolak senarai nama ahli jawatankuasa tertentu di sekurang-kurangnya 12 buah masjid yang dipilih secara sah oleh ahli kariah dan digantikan dengan senarai yang ditentukan oleh majlis agama tersebut dilihat telah bercanggah dengan amalan pemilihan secara demokrasi, sekali gus menimbulkan pertikaian besar dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, persoalan timbul dalam kalangan masyarakat apabila penggantian nama dibuat MAINPP itu tidak menjelaskan secara terperinci kenapa pemilihan ahli jawatankuasa yang dimahukan oleh ahli kariah telah ditolak bagi memegang jawatan setelah menang secara sah.
“Ahli kariah di sesebuah masjid pastinya mengetahui secara lebih tepat siapakah yang perlu diangkat sebagai pentadbir atau ahli jawatankuasa masjid berdasarkan kemampuan, kebolehan, kerajinan berada di rumah ALLAH dan siapakah yang mudah untuk berurusan dengan masyarakat setempat.
“Tetapi apabila kumpulan ahli jawatankuasa yang dipilih ahli kariah ditolak dan digantikan dengan orang yang tidak sewajarnya oleh MAINPP, ia menimbulkan rasa tidak puas hati dan pertikaian dalam kalangan ahli kariah.
“Bukan sahaja amalan demokrasi memilih secara telus yang dilakukan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang turut dihadiri oleh wakil MAINPP seakan sudah tidak lagi mahu diguna pakai, tindakan majlis agama juga seakan menafikan hak ahli kariah masjid setempat yang mahukan individu selayaknya memegang jawatan,” katanya kepada kru Rasuah Busters.
Sistem demokrasi
Mengulas lanjut, Zikrullah berkata, sistem pemilihan secara demokrasi oleh ahli kariah yang layak seharusnya diambil kira dan dipersetujui oleh MAINPP, sebaliknya majlis agama itu menggunakan klausa tertentu di dalam Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 bagi menafikan individu dipilih ahli kariah sebagai pentadbir masjid.
Jelasnya, bukan sahaja tidak menjelaskan secara terperinci kenapa ditolak pemimpin yang telah dipilih oleh ahli kariah secara demokrasi, tindakan yang diambil oleh MAINPP itu dilihat seakan ada campur tangan pihak ketiga.
Ini kerana katanya, wakil MAINPP yang hadir semasa proses pemilihan ahli jawatankuasa masjid pada sesi AGM telah meluluskan pemilihan calon dan tidak melarang mana-mana individu untuk bertanding secara sah kerana tidak terdapat sebarang kesalahan.
Namun begitu menurutnya, setelah mencatat kemenangan dan dipilih secara sah oleh ahli kariah berdaftar, individu-individu daripada sekurang-kurangnya 12 buah masjid tersebut telah dinafikan jawatannya dan digantikan dengan nama-nama tertentu yang telah dicadangkan oleh MAINPP.
“Sekiranya isu umur dipersoalkan, kenapa dari awal sesi pemilihan individu ini tidak dibangkitkan oleh wakil MAINPP yang hadir pada sesi pemilihan?,” soalnya.
Ekoran daripada rasa tidak puas hati tersebut, menurutnya, ada ahli jawatankuasa di beberapa buah masjid telah meletakkan jawatan secara beramai-ramai kerana memprotes isu yang berlaku ekoran ketidakadilan tersebut.
The post Campur tangan MAINPP dipertikai appeared first on Info Sinar.
Perangi rasuah, PUSPAKOM lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Mohammed Shukor (tengah) mengetuai warga PUSPAKOM melafazkan IBR, disaksikan oleh (dari kiri) Ridzuan, Alias, Samsiah dan Hashim di ibu pejabat PUSPAKOM di Shah Alam, Selangor.
Warga PUSPAKOM melafazkan ikrar bebas rasuah.
SHAH ALAM – Kesungguhan dan iltizam tinggi PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menangani perbuatan rasuah terus diperhebatkan dengan melaksanakan akur janji perangi amalan jijik tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, lebih 70 kakitangan terdiri daripada peringkat pengurusan termasuk dari Sabah dan Sarawak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Menurutnya, ia merupakan kumpulan pertama petugas PUSPAKOM melafaz dan menandatangani IBR bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Program ini amat penting dan bermakna kepada PUSPAKOM kerana ia melambangkan komitmen dan kesungguhan yang berterusan dalam memperkasakan isu integriti dan diharap dapat meningkatkan reputasi syarikat.
“IBR merupakan medium terbaik agar seluruh warga kerja PUSPAKOM bertekad dan bertindak menjauhi diri daripada sebarang perlakuan dan amalan tidak berintegriti dan berunsur rasuah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
**media[2032715]**
Majlis lafaz dan menandatangani IBR bersama pihak SPRM itu diadakan di ibu pejabat PUSPAKOM di Shah Alam, baru-baru ini.
Majlis disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim; Timbalan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Ridzuan Abdul Malik; Perunding PUSPAKOM, Datuk Samsiah Abu Bakar serta Ketua Seksyen Tadbir Urus dan Integriti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Hashim Borhan.
Mengulas lanjut, Mohammed Shukor berkata, komitmen PUSPAKOM dalam memerangi rasuah bukan hanya kepada ikrar, tetapi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk pembentukan Kerangka Kerja Integriti dan Pematuhan PUSPAKOM (PICF).
Selain itu katanya, jelajah dialog integriti dilakukan di semua cawangan PUSPAKOM seluruh negara di mana taklimat berkaitan integriti dan isu-isu berbangkit dibincangkan bersama-sama kakitangan.
Tambahnya lagi, PUSPAKOM turut menggandakan usaha dengan melaksanakan pendigitalan urus niaga seperti transaksi tanpa tunai sepenuhnya, janji temu pemeriksaan dalam talian, penggunaan peralatan pemeriksaan berautomasi yang tidak boleh dimanipulasi serta aktiviti-aktiviti pemantauan pemeriksaan.
Tegasnya, PUSPAKOM tidak sama sekali akan berkompromi dan melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah.
Tambahnya, pihak pentadbiran telah mula mengorak langkah ke arah memperkasakan integriti dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mengekalkan tahap amalan integriti yang tinggi sejak 2011.
Sementara itu, Alias berkata, program lafaz bebas rasuah IBR merupakan satu ikrar dan komitmen sesebuah organisasi untuk menentang dan menjauhi perbuatan rasuah.
“Ikrar yang ditandatangani oleh PUSPAKOM ini menunjukkan komitmen semua warga PUSPAKOM untuk melaksanakan tugas dengan lebih tegas, bertanggungjawab dan sentiasa menjauhkan diri dengan sebarang perlakuan yang tidak berintegriti,” katanya.
The post Perangi rasuah, PUSPAKOM lafaz Ikrar Bebas Rasuah appeared first on Info Sinar.
Teliti sepenuhnya tindakan penilaian bubar GIACC
Muhammad Mohan
SHAH ALAM – Tindakan kerajaan untuk meneliti cadangan membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) harus dilihat secara mendalam dan hasil penelitian juga perlu diperhalusi sepenuhnya.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, sebagai sebuah badan yang dilihat telah berjaya memberi impak kepada urusan governan dan integriti, cadangan penutupan GIACC sewajarnya dikaji sepenuhnya kerana ia boleh memberi kesan kepada negara.
Menurutnya, satu badan yang kompeten diperlukan untuk menjayakan usaha kerajaan memerangi budaya rasuah dan merancang hal urus tadbir negara dengan baik.
Oleh yang demikian katanya, apa yang penting adalah kerajaan perlu mempunyai rancangan jelas untuk memerangi rasuah dan meningkatkan ketelusan dalam negara.
Katanya, pengekalan GIACC adalah suatu perkara yang serupa seperti perancangan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang menekankan tindakan pencegahan untuk mengurangkan peluang rasuah daripada terus berlaku.
“Persoalannya, siapa yang terbaik untuk melaksanakan rancangan NACP ini selain daripada GIACC?
“Jika kebanyakan inisiatif perlu dilaksanakan oleh agensi kerajaan, sebaik-baiknya unit kerajaan dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mempunyai mandat untuk memantau, menyemak dan melaporkan rancangan tersebut kepada Perdana Menteri.
“Ini lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri menganggap memerangi rasuah sebagai objektif utama di bawah kepimpinannya, maka Perdana Menteri harus kerap diberi taklimat oleh unit yang berada dalam pentadbirannya,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Khamis.
Tambahnya lagi, walaupun agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai mandat untuk menangani rasuah melalui langkah pencegahan, namun tugas utama kedua-duanya adalah untuk menyiasat serta membina kes yang kukuh terhadap pesalah.
Oleh sebab itu menurutnya, kedua-dua entiti penguatkuasaan itu sewajarnya disokong oleh undang-undang yang cukup kuat untuk melaksanakan tugas penting demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara.
“Oleh yang demikian, TI-M merasakan bahawa unit yang mempunyai sumber yang baik dalam kerajaan seperti GIACC harus menerajui tindakan dan melaksanakan inisiatif anti rasuah kepada kerajaan,” katanya.
The post Teliti sepenuhnya tindakan penilaian bubar GIACC appeared first on Info Sinar.
NFCC gubal undang-undang harta sitaan, lucut hak
Mustafar (kanan) memberi penerangan kepada Danny Woo (tengah) mengenai peranan NFCC, sambil diperhatikan oleh Abu Kassim di Putrajaya pada Selasa.
Mustafar (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Danny Woo, disaksikan oleh Abu Kassim di Putrajaya pada Selasa.
PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sedang berusaha menggubal undang-undang bagi meminda akta sedia ada melibatkan harta sitaan dan lucut hak.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, jemaah menteri sebelum ini bersetuju memutuskan NFCC diberi mandat untuk menguruskan harta-harta sitaan agensi kerajaan dan harta dilucutkan hak milik.
Katanya, pengurusan aset sitaan dan lucut hak tersebut dilakukan oleh NFCC bersama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk daripada Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hasil daripada penggubalan akta tersebut akan dibentangkan kepada pihak kabinet, seterusnya pembentangan rang undang-undang di peringkat Parlimen.
“Maka nanti akan terbentuk satu agensi pusat yang akan ditadbirkan pengurusannya oleh NFCC untuk melaksanakan pengurusan aset sitaan dan harta lucut hak.
“Perkara ini memerlukan pemerhatian langsung oleh sebuah agensi yang diberi tanggungjawab sepenuhnya, agar aset tersebut tidak terbiar lama dan berlaku penyusutan nilai yang ketara,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada delegasi Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Danny Woo.
Hadir sama Pengerusi NFCC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
**media[2029139]**
Mengulas lanjut, Mustafar berkata, menerusi penggubalan undang-undang sedia ada, satu agensi pusat akan diberi tugas pemerhatian secara langsung bagi menentu dan mengurus aset-aset sitaan dan lucut hak.
Katanya, menerusi kerjasama daripada agensi pelaksana undang-undang lain, aset sitaan itu akan menjadi nilai tambah kepada perolehan negara sekiranya dapat diuruskan oleh agensi berpusat yang berupaya menentukan tahap kecepatan pelupusan aset.
Jelasnya, sekiranya dapat diuruskan dengan tadbir urus aset dengan baik, ia juga dapat mengurangkan berlakunya penurunan nilai yang ketara terhadap aset sitaan atau harta lucut nilai yang terbiar atau perkara yang tidak difokuskan oleh agensi penguatkuasaan negara.
Menurutnya, petugas agensi penguatkuasaan negara sememangnya sibuk atau tertumpu kepada pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan undang-undang.
Sementara itu Mustafar berkata, pelbagai kejayaan berjaya dicapai oleh NFCC menerusi gerak kerja gabungan atau jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Bank Negara Malaysia (BNM).
Katanya, inisiatif NFCC melakukan gerak kerja operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa undang-undang membantu negara membanteras jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan wang haram.
Malah menurutnya, menerusi pembangunan sistem National Financial Crime Intelligence System (Nafis), pengumpulan data daripada pelbagai agensi dapat dilaksanakan.
Katanya, data tersebut bukan sahaja digunakan untuk gerak kerja profailing dan penentuan sasaran tertentu, ia juga dikembangkan bagi tujuan analisa dan membantu penyiasatan pihak penguat kuasa undang-undang negara.
The post NFCC gubal undang-undang harta sitaan, lucut hak appeared first on Info Sinar.
Lafaz IBR bukti BHEP UiTM tolak rasuah
Mohd Sazili (tengah) melafazkan ikrar IBR bersama warga BHEP UiTM sambil disaksikan oleh Alias.
Mohd Sazili (depan, tiga dari kanan) menyerahkan perjanjian menyokong membanteras jenayah rasuah kepada Alias.
SHAH ALAM – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) melakukan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai iltizam dan kesungguhan jabatan itu menolak amalan rasuah serta isu salah guna kuasa.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi berkata, menerusi IBR yang dilakukan, semua petugas dan warga BHEP dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Beliau berkata, satu harapan besar ke atas semua petugas yang diberikan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab menerusi jalan yang betul tanpa sebarang penyelewengan.
“IBR akan mengingatkan warga BHEP untuk mencari rezeki secara halal dan diberkati, selain sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima.
“Bekerjalah bersungguh–sungguh dan terus berusaha sebaik mungkin untuk memajukan diri dengan kudrat sendiri.
“Menjadi pekerja yang cemerlang dan berdisiplin perlu bermula dalam diri masing-masing, sekali gus berjaya membentuk diri menjadi seorang individu yang berintegriti walaupun perkara ini bukan suatu perkara yang mudah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis lafaz IBR dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor dan Unit Integriti UiTM di Kolej Seroja UiTM Shah Alam, Selangor.
Majlis lafaz IBR itu membabitkan 250 kakitangan BHEP UiTM.
Turut hadir, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dan Ketua Unit Integriti UiTM, Mohd Hafiz Ramlee.
Mengulas lanjut, Mohd Sazili berkata, BHEP UiTM meliputi 14 buah pejabat, institut, pusat, unit dan lapan kolej kediaman di bawah seliaan pejabat Timbalan Naib Canselor HEP.
Kata beliau, jumlah penyeliaan yang besar itu secara tidak langsung boleh mendedahkan petugas kepada salah laku rasuah.
Oleh itu katanya, melalui lafaz ikrar integriti IBR itu akan dapat meningkatkan lagi semangat dalam diri warga UiTM untuk terus bersatu dan bekerjasama memajukan lagi universiti kebanggaan negara di persada dunia, selaras dengan visi dan misi UiTM.
Jelas beliau, IBR merupakan satu inisiatif yang telah dibuat oleh SPRM bertujuan memberi penekanan dan meningkatkan iltizam untuk semua pihak menjauhi penyalahgunaan kuasa khususnya melibatkan amalan rasuah.
“IBR telah dilaksanakan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di seluruh negara.
“Justeru, kefahaman, penghayatan dan kesedaran kepada nilai positif perlu diterapkan supaya konteks integriti dapat difahami secara keseluruhannya.
“Ini sekali gus membantu menangani isu berkaitan integriti seperti rasuah, penyelewengan kuasa, pecah amanah dan penipuan,” katanya.
Tambah beliau, IBR memberikan penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela agar sentiasa komited dan bertanggungjawab dalam tugas seharian.
Tegas beliau, integriti merupakan sesuatu sikap yang sewajarnya wujud sama ada dalam individu atau organisasi, sekali gus dapat dikaitkan dengan etika iaitu merupakan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi sesuatu profesion.
“Agama Islam juga menggalakkan umatnya supaya bersikap amanah, jujur, muhibah dan kasih sayang dalam bekerja selagi tidak melanggar hukum hakam syarak agar membentuk pekerja yang berjaya dan bertakwa,” katanya.
The post Lafaz IBR bukti BHEP UiTM tolak rasuah appeared first on Info Sinar.