HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN, Author at Info Sinar
Rasuah: 322 ditangkap dalam tempoh tiga bulan
[INTERAKTIF] Seramai 322 individu ditangkap berhubung salah laku rasuah dari Januari hingga Mac 2021, menurut laman web rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Daripada jumlah tersebut, 169 individu ditangkap merupakan penjawat awam manakala 153 yang lain merupakan awam.
Penjawat awam ditangkap terdiri daripada kumpulan sokongan seramai 125 individu, pengurusan dan profesional (40) serta pengurusan tertinggi (4).
Sementara awam pula melibatkan penangkapan kumpulan swasta seramai 76 individu, orang awam (75) dan lain-lain (2).
Individu ditangkap bagi Januari berjumlah 42, Februari (109) dan Mac (171).
Statistik tangkapan bagi ketiga-ketiga bulan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu, terutamanya Februari dan Mac yang mana tangkapan pada Januari 2020 mencatatkan tahanan seramai 81 individu, Februari (84) dan Mac (46).
Peningkatan Jumlah tersebut dipercayai berpunca daripada usaha SPRM membanteras gejala rasuah secara habis-habisan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, penglibatan penjawat awam dalam pelbagai kes rasuah amat membimbangkan.
“Isu integriti serta salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana usaha untuk membaiki budaya negatif dalam sektor awam mesti dilakukan secara dalaman,” katanya.
Justeru, beliau meminta penjawat awam agar bekerjasama dengan SPRM untuk menangani isu itu dengan menjadi pemberi maklumat atau whistleblower.
Tahun lalu, SPRM menahan 467 penjawat awam atas pelbagai kesalahan rasuah.
Statistik tangkapan dipaparkan laman web rasmi agensi berkenaan menunjukkan, jumlah itu melibatkan 349 individu daripada kumpulan sokongan, pengurusan dan profesional (109), dan pengurusan tertinggi (9).
Bagaimanapun, angka itu menunjukkan penurunan berbanding 572 penjawat awam yang ditangkap atas kesalahan terbabit pada 2019.
Mereka terdiri daripada pelbagai warganegara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Pakistan, Bangladesh, India, Nepal, China dan Brazil.
Bagi kategori pula, pesalah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu penjawat awam, badan berkanun, orang awam dan swasta.
Bagi kategori negeri, Sabah mencatatkan pesalah paling tinggi iaitu 21 individu diikuti oleh Johor dan Terengganu (15) serta Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak (14).
Sementara itu, Labuan dan Ibu pejabat tidak mencatatkan sebarang pesalah pada 2020.
The post Rasuah: 322 ditangkap dalam tempoh tiga bulan appeared first on Info Sinar.