AZIE YAHAYA, Author at Info Sinar
‘Cuci’ rasuah bermula dari peringkat atasan
SHAH ALAM – Rantaian jenayah rasuah di Malaysia kini sudah menjadi pandemik apabila ia melibatkan ahli politik dan pegawai bawahan.
Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail berkata, amalan rasuah kini sudah berakar umbi dan menjadi perkara biasa dalam masyarakat.
Beliau berkata, ada segelintir pihak menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan serta sogokan.
“Rasuah hari ini bukan lagi penyakit yang hanya melibatkan orang-orang tertentu tetapi sudah menjadi pandemik yang sangat kronik kerana ia merebak ke akar umbi. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila jenayah ini berlaku dalam kalangan pegawai kerajaan dan anggota penguat kuasa serta pembuat polisi itu sendiri.
“Mereka ini menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk mendapatkan sesuatu malah ada kes rasuah berlaku dalam kalangan hakim sendiri. Mereka ini diberi sogokan untuk melepaskan seseorang,” katanya pada forum bertajuk ‘Rasuah Sudah Menjadi Budaya?’ anjuran Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) yang disiarkan secara langsung melalui Facebook ACCIN pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, masyarakat perlu diberi pendedahan tentang bahayanya jenayah rasuah.
“Justeru, forum seperti ini penting untuk menyedarkan masyarakat bahawa rasuah itu salah. Sekiranya wujud aktiviti atau ditawarkan rasuah, mereka kena buat laporan,” katanya.
Tambah Mohd Khairul Anwar lagi, amalan rasuah perlu ‘dibersihkan’ bermula daripada peringkat atasan.
“Secara peribadi amalan ini boleh diperangi bermula dengan ‘pembersihan’ di peringkat atasan ke peringkat bawahan. Golongan atasan yang terlibat dengan aktiviti ini perlu ‘dicuci’ terlebih dahulu.
“Pegawai atasan perlu diubah dan bila mereka ini sudah ‘berubah’, Insya-ALLAH yang di bawah juga akan berubah, sekali gus amalan rasuah ini dapat dibendung,” katanya.
The post ‘Cuci’ rasuah bermula dari peringkat atasan appeared first on Info Sinar.
Malaysia tak maju jika politik dikuasai rasuah
SHAH ALAM – Malaysia tidak akan maju sekiranya gelanggang politik masih dikuasai dengan isu rasuah.
Felo Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), Datuk Ahmad Nazim Rahman berkata, sekiranya rasuah dijadikan amalan dalam kehidupan harian, ia akan mengakibatkan berlakunya hilang kepercayaan antara rakyat terhadap kerajaan dan pihak berkuasa.
“Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang mana rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan lagi menjadi modal politik. Sebab itu politik perlukan idea dan tawaran dasar yang terbaik kepada rakyat dan bukannya parti mana yang lebih rasuah atau parti mana yang kurang rasuah.
“Itu yang sepatutnya menjadi wacana politik kita pada hari ini. Jadi sampai bila kita hendak maju ke depan kalau gelanggang politik kita masih dikuasai dengan isu-isu rasuah padahal ada isu yang lebih mendesak melibatkan tawaran terbaik kepada rakyat, bagaimana dasar ekonomi yang terbaik dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Rasuah Sudah Menjadi Budaya?’ anjuran Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) yang disiarkan secara langsung melalui Facebook ACCIN pada Sabtu.
Forum berkenaan turut menampilkan Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail sebagai panel manakala Ketua Pegawai ACCIN, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin sebagai moderator.
Ahmad Nazim yang juga kolumnis The Edge berkata, kepercayaan adalah teras penting yang mengikat kerajaan dan rakyat.
“Sejauh mana rakyat bersedia untuk patuh kepada undang-undang dan kuasa negara, selain kesediaan rakyat membayar cukai dengan rela bergantung dengan sejauh mana rakyat percaya kepada kerajaan.
“Tanpa kepercayaan, negara akan jadi kacau bilau dan rakyat hilang hormat kepada undang-undang,” katanya.
Menurut beliau, rasuah politik sudah menjadi norma biasa dalam amalan politik di Malaysia.
“Ia sudah biasa kerana kita mengabsahkannya dengan menggunakan terma dana politik.
“Dana politik yang diterima sebagai timbal balas kepada pemberian kontrak, permit dan lesen dengan menggunakan pengaruh politik.
“Sejauh mana adanya iltizam politik untuk membanteras rasuah, maka perkara yang perlu diberi tumpuan adalah perkara berkaitan dengan rasuah politik,” katanya.
The post Malaysia tak maju jika politik dikuasai rasuah appeared first on Info Sinar.
Nak hidup mewah punca rasuah
SHAH ALAM – Keinginan untuk hidup mewah dan cenderung mempunyai gaya hidup di luar kemampuan adalah punca utama masyarakat terjebak dengan kegiatan rasuah di negara ini.
Pengerusi World Islamic Chamber of Commerce, Datuk Mohd Ramalan Yunus berkata, sikap tamak dan haloba juga menyebabkan golongan ini tanpa segan silu menerima ‘suapan’.
“Dunia bertambah maju dan setiap manusia ada keinginan untuk hidup senang dan cepat kaya. Keinginan mereka untuk beli macam-macam benda untuk diri sendiri, anak dan keluarga.
“Keinginan mereka yang tidak terkawal menyebabkan jenayah rasuah ini lebih mudah dilakukan apabila wujudnya ruang dan peluang seperti ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat kolaboratif Rasuah Busters di Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, semua pihak terutama kerajaan perlu mengambil berat jenayah rasuah ini dan langkah drastik serta holistik sangat perlu bagi membendungnya sehingga akar umbi.
“Secara peribadi, saya merasakan gejala rasuah di Malaysia sudah tidak terkawal kerana ia berlaku di semua peringkat.
“Malah dalam dunia politik sendiri, ramai wakil-wakil rakyat melompat parti dan sebagainya.
“Keadaan ini berlaku disebabkan adanya ‘transaksi’ yang berlaku di belakang layar dan perbuatan ini sangat keterlaluan,” katanya.
Mohd Ramalan yang juga promoter gerakan Agenda Reset Malaysia (ARM) berkata, masyarakat perlu memupuk budaya baharu iaitu melihat rasuah sebagai sesuatu yang teruk dan memberi impak negatif bukan sahaja kepada golongan belia bahkan kepada bangsa dan negara.
“Perlunya kempen antirasuah diadakan secara besar-besaran untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah yang sudah berakar umbi ini.
“Kempen ini juga perlu diperluaskan ke peringkat sekolah terutama sekolah rendah kerana sikap benci dan antirasuah perlu dipupuk dari hati nurani anak-anak kecil ini agar barah rasuah dapat dibanteras dari peringkat awal,” katanya.
Justeru katanya, beliau sangat menyokong usaha Sinar Harian melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.
“Saya menyokong penuh kempen terbabit dan berharap inisiatif ini dapat membantu membanteras gejala rasuah di negara ini.
“Malah dalam ARM sendiri, kami berpegang pada prinsip ‘amal makruf nahi mungkar’. Apa sahaja kemungkaran termasuk rasuah ini, memang wajib kita tentang habis-habisan,” katanya.
The post Nak hidup mewah punca rasuah appeared first on Info Sinar.
‘Biar sikit janji berkat’
SHAH ALAM – Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.
Menurut beliau, perbuatan mengambil duit rakyat juga seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ahli politik.
“Suasana sekarang sudah berubah, mengambil duit rakyat ini perkara biasa. Umpama buka peti ais untuk minum air.
“Budaya (rasuah) sudah jadi landasan yang bagi saya betul-betul merosakkan masa depan. Anak cucu tengok tok nenek mereka rumah, kereta besar, tak pernah kerja tapi banyak duit.
“Tapi kalau kita tak rasuah, kalau masa kerja kita betul dan duit itu halal, anak-anak juga tahu. Usaha sebaik mungkin, rezeki berkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program bual bicara Mak Untuk Malaysia (MUM) sempena kempen rasuah yang disiarkan dari Studio F, Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Program itu menampilkan bekas penyampai berita televisyen, Dang Suria Zainuddin sebagai moderator.
Tegas Rafidah, masyarakat turut menganggap individu yang memegang jawatan juga terlibat dengan jenayah tersebut.
“Dulu-dulu memang ada korupsi. Ramai juga ahli politik masuk jel kerana semua orang pandang dan anggap benda ini (rasuah) tidak betul, termasuklah orang yang mentadbir (negara). Maka mereka ini (perasuah) disingkirkan.
“Tapi hari ini, yang tadbir pun sama-sama buat. Jadi siapa hendak susun atur (banteras) gejala ini. Malah pandangan rakyat sendiri seolah-olah orang yang pegang jawatan itu korupsi.
“Sebenarnya ramai lagi ahli politik yang baik tetapi dicemarkan oleh orang tertentu, yang naik turun mahkamah dan sebagainya. Ibarat nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Ini yang jadi masalah kepada semua,” jelasnya.
Sukar basmi rasuah sepenuhnya
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengakui agak mustahil rasuah dapat dibasmi sepenuhnya.
“Zaman dulu ada juga rasuah tapi caranya lain. Mungkin sebab tak ada projek, tak ada rakyat dikuasai ahli politik. Dulu berlaku rasuah sebab hendak dapatkan tanah di kampung dan ia dibuat untuk kepentingan diri sendiri.
“Zaman Tun (Dr Mahathir) dulu memang tegas larang semua ahli Kabinet terima hamper.
“Saya bantah, tapi takkan saya nak bersikap kurang ajar, pulangkan semua hamper yang hanya barangan makanan.
“Kalau betul nak rasuah, ajak main golf, bertaruh RM10,000 dan kalahkan diri sendiri sebab nak bagi menteri menang. Itu rasuah sebenarnya. Tetapi semuanya terpulang kepada prinsip masing-masing,” katanya.
Rafidah berkata, beliau sangat menyokong usaha Sinar Harian memerangi gejala rasuah dengan melaksanakan kempen #RasuahBusters.
“Rasuah ini biasanya urusan di belakang tabir. Caranya juga macam-macam, guna yayasan dan banyak lagi.
“Budaya ini sudah meresap dalam masyarakat sebab itu saya sambut baik usaha ini. Memang mustahil nak ‘bersihkan’ semuanya tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membasmi rasuah agar tidak menjadi semakin parah,” kata beliau.
Tegas Rafidah, gejala rasuah tidak akan wujud andainya masyarakat terutama anak-anak menghormati setiap ajaran dan tegahan yang diajari ibu mereka sejak kecil.
Ini kerana katanya, ibu diibaratkan sebagai undang-undang dan peraturan yang perlu dihormati setiap individu.
Ujar beliau, ajaran dan didikan seorang ibu akan menjadi garis panduan dalam kehidupan setiap insan.
“Tafsiran emak itu luas, dialah peraturan dan undang-undang. Mak jugalah budaya. Kalau kita hormatinya, bila mak kata jangan, kena ikut sebab undang-undang kata jangan, peraturan kata jangan dan budaya kata jangan.
“Kita perlu hormati, patuhi. Jangan kita langgar. Kalau kita ingat semua pesan mak, insya-ALLAH, rasuah dapat dibanteras,” katanya.
“Saya sentiasa ingat dan ikut setiap apa yang mak kata atau pesan. Hidup biar berkat, sikit tak apa janji berkat, kalau banyak lagi bersyukur.
“Kalau belajar di sekolah jangan menipu atau meniru. Kena buat betul-betul dan jujur pada diri sendiri. Kalau di sekolah bila jumpa duit lima sen, jangan ambil sebab itu mungkin duit tiket bas atau belanja makan kawan-kawan.
“Jadi kena bagi duit itu kepada cikgu dan dia akan buat pengumuman siapa yang kehilangan duit. Itu yang diajar dan berkatnya sampai ke hari ini,” katanya.
Kata bekas Ketua Wanita UMNO itu lagi, didikan melalui teladan yang dipamerkan ibu bapa juga perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
“Mak, ayah perlu tunjukkan teladan yang baik. Kalau anak-anak tengok cara kita setiap hari, mereka akan ikut. Jadi saya rasa tak payahlah kita ajar macam cikgu atau ustazah.
“Dulu saya belajar daripada ayah saya, jangan cemar negara kita. Sebab itu saya marah bila ada orang cemar negara kita. Tapi sekarang yang cemar bukan penjajah, tapi rakyat sendiri.
“Maka usaha-usaha seperti ini perlu ada dalam keluarga. Ibu bapa perlu tunjuk contoh agar apa yang anak kita lihat, mereka boleh ikut tanpa kita ajar. Mereka tengok nilai yang kita pegang,” katanya.
Ajar anak bencikan rasuah
Dalam pada itu, beliau yang dikenali dengan gelaran ‘Iron Lady Malaysia’ berkata, gejala rasuah juga dapat diperangi melalui pendidikan.
“Kalau tidak diajar anak-anak sekarang, maka susah untuk pecahkan rasuah. Di sekolah kena ada pendidikan ini, bukan untuk peperiksaan, hanya untuk ajar jangan menipu dan mencuri, sebaliknya berlaku jujur.
“Kalau diajar dari awal, insya-ALLAH, kalau tak semua tetapi 90 peratus anak-anak ini bila besar nanti tidak akan terima apa-apa berbentuk rasuah, tak akan terlibat dengan aktiviti memberi atau menerima rasuah.
“Bagi saya kalau nak hapuskan rasuah (sepenuhnya) umpama mimpi di siang hari. Tapi ini usaha untuk mengurangkan supaya pada masa depan, rasuah ini jijik bagi semua dan bukan jadi budaya sampai negara mendapat malu,” katanya.
Ujarnya lagi, sekiranya tidak dibendung dari awal, ‘titik hitam’ ini akan menular dalam seluruh sistem masyarakat.
“Yang saya risau anak-anak di sekolah kerana mereka hidup lebih mewah (daripada generasi dahulu) dan ini akan jadi satu punca (terlibat) rasuah.
“Saya risau setiap hari dalam surat khabar ada sahaja laporan mengenai rasuah, risau sebab ada yang akan anggap Malaysia seperti sudah tiada orang yang jujur, padahal masih ramai lagi,” katanya.
The post ‘Biar sikit janji berkat’ appeared first on Info Sinar.
‘Ubati rasuah sebelum jadi barah’
SHAH ALAM – Gejala rasuah di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan perlu diubati sebelum bertukar menjadi barah yang berbahaya.
Pengarah Eksekutif Pendidikan Ikram Musleh Berhad, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor berkata, masyarakat terutamanya umat Islam perlu menolak dan membenci amalan rasuah sebagaimana mereka menyatakan benci serta jijik kepada haiwan haram.
“Rasuah membabitkan soal integriti dan integriti pula melibatkan sikap serta tingkah laku individu.
“Jadi bukan satu tugas yang mudah untuk kita mengubah sikap dan tingkah laku individu melainkan mereka sendiri bersedia untuk bermuhasabah, menginsafi kesilapan serta mahu berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menghadiri sesi Perbincangan Kolaboratif #RasuahBusters bersama Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN) di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Presiden IPPN, Datuk Tan Yew Sing serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Menurut Megat Mohamed Amin, beliau percaya sekiranya orang ramai boleh berbuat demikian, maka tahap serta nilai integriti mereka akan dipertingkatkan dalam kehidupan seharian.
“Bila makanan tak halal kita tolak tetapi kalau melibatkan rasuah, masih ada yang memberi dan menerimanya,” katanya.
Tambah Megat Mohamed Amin lagi, pendedahan mengenai jenayah rasuah perlu dipupuk sejak awal bermula di bangku sekolah.
“Selain aspek penguatkuasaan undang-undang, pendedahan awal mengenai kesalahan serta kesan negatif rasuah perlu disemai dalam kalangan murid.
“Nilai integriti, jujur dan amanah perlu ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Ajar mereka untuk benci dan jijik kepada rasuah agar ia menjadi tabiat serta budaya dalam diri mereka.
“Ajarkan mereka apa yang disuruh serta dilarang dalam al-Quran dan as-Sunnah. Apabila suasana itu sudah diterapkan sejak kecil, akan lahir generasi muda yang bersikap telus dan jujur ketika menjalankan tugas mereka apabila dewasa kelak,” katanya.
Mengulas mengenai kempen Rasuah Busters, Megat Mohamed Amin berkata, beliau menyokong penuh usaha berkenaan dan berharap semua pihak turut mengambil peranan dalam kempen itu.
“Sekiranya semua pihak berganding bahu dan turut serta, saya yakin kempen ini akan berjaya.
“Ini tanggungjawab kita untuk menghentikannya. Sekiranya kita tidak melakukan apa-apa, sistem nilai kita akan lebih merosot.
“Mungkin ia mengambil sedikit masa namun saya percaya, ia akan memberi impak kepada semua pihak. Saya percaya gejala rasuah di negara kita lama-kelamaan akan berkurangan,” katanya.
The post ‘Ubati rasuah sebelum jadi barah’ appeared first on Info Sinar.