ASYRAF MUHAMMAD, Author at Info Sinar

Sultan Selangor titah SPRM ambil tindakan terhadap perasuah
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi membersihkan negeri ini daripada amalan rasuah.

Sultan Selangor bertitah, baginda berharap agar pelaku rasuah dapat dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman berat jika disabitkan bersalah bagi menyampaikan mesej penolakan rakyat terhadap gejala ini.

Baginda turut menzahirkan rasa kesal berikutan masih terdapat penjawat awam dan pemimpin politik yang tidak jujur dalam menjalankan amanah walaupun telah diberi ingatan sebelum ini.

“Beta mengingatkan sekali lagi bahawa beta tidak mahu mendengar sebarang laporan tentang penglibatan mana-mana pegawai kerajaan dan pemimpin politik negeri beta di dalam amalan rasuah ini,” titah baginda sewaktu Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Negeri Selangor yang Ke-14 Tahun 2021, di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Sultan Sharafuddin turut bertitah impian Selangor bagi menjadi negeri maju akan sukar dicapai sekiranya ada pemimpin politik dan pegawai kerajaan berterusan mementingkan kuasa serta kedudukan dengan menjadikan rasuah sebagai budaya hidup.

Titah baginda, tindakan ini akan menyebabkan pihak terlibat mengetepikan kepentingan rakyat dan tidak berusaha memajukan semula ekonomi negeri yang teruk terjejas akibat Covid-19.

“Beta bimbang, pada usia 75 tahun ini, beta tidak sempat untuk melihat Selangor menjadi sebuah negeri yang maju dan pesat membangun dengan segala kemudahan yang menjamin keselesaan rakyat seperti kita semua idamkan,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan dan komitmen semua petugas barisan hadapan dalam memberi rawatan kepada pesakit Covid-19.

“Beta sangat menghargai semangat mereka yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat beta,” titah baginda.

The post Sultan Selangor titah SPRM ambil tindakan terhadap perasuah appeared first on Info Sinar.

Kerajaan Selangor iltizam pelihara integriti
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi komitmen penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menggesa agar semua kakitangan pentadbiran negeri memelihara integriti dan bebas rasuah.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, titah Sultan Sharafuddin itu merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian sewajarnya bagi menjaga imej kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan beriltizam menjaga intergeriti bagi memastikan semua perancangan tidak terjejas.

“Sebagai anggota kerajaan pentadbiran negeri Selangor, kami mengambil maklum titah baginda melalui satu kenyataan media pada 28 Julai yang menitahkan semua kakitangan kerajaan negeri memelihara integriti masing-masing.

“Ingatan baginda tentunya sesuatu yang perlu diambil berat dan prinsip kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sultan Selangor pada Rabu menzahirkan rasa dukacita susulan mengetahui terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor disyaki terlibat kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, baginda menegaskan sesiapa pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya yakin bahawa Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan kes berkenaan dengan adil.

“Ini adalah selaras dengan prinsip ‘rule of law’ bahawa tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah,” katanya.

The post Kerajaan Selangor iltizam pelihara integriti appeared first on Info Sinar.

Budaya rasuah kini berevolusi
SHAH ALAM – Budaya rasuah pada masa kini telah berevolusi dan tidak hanya tertumpu kepada pemberian wang semata-mata.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, tindakan rasuah kini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk tanpa disedari masyarakat antaranya melibatkan tawaran seks, makanan, pemarkahan peperiksaan dan beberapa lagi.

Menurutnya, pemberian rasuah telah bertukar ke dalam bentuk keperluan masyarakat sejajar dengan peredaran zaman pada masa kini.

“Disebabkan itulah, kalau kita dapat kembali kepada sistem kepercayaan, pemikiran kita dapat membuat penilaian yang terbaik sebelum memilih sesuatu tindakan.

“Syaratnya, kita kena sedar dahulu dan disebabkan itulah kempen Rasuah Busters ini adalah untuk menyedarkan dan kemudiannya barulah dapat mengelak tindakan berkenaan (rasuah),” katanya.

Nurhayati berkata demikian menerusi penerangan mengenai gerakan kempen Sinar Rasuah Busters pada Majlis Perhimpunan Tahunan 2021 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pengaktifan Semula Operasi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) di Hotel De Palma pada Selasa.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengurus Besar Teras, Mohd Hasnul Redza Abd Rahim dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Dalam pada itu, Mohd Hasnul berkata, Teras akan memastikan setiap kakitangannya dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab bagi menggelakkan diri daripada terlibat dengan budaya rasuah.

“Teras menyokong kempen Rasuah Busters ini malah kami juga sudah gerakkan kesedaran untuk membasmi budaya rasuah dalam kalangan kakitangan sejak tahun 2017 lagi,” katanya.

Mengulas mengenai program berkenaan, Mohd Hasnul berkata, seramai 88 kakitangan Teras telah mengikuti majlis itu terdiri daripada beberapa sektor seperti operasi dan sokongan.

Beliau berkata, buat masa ini, Teras dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan bantuan makanan bulanan kepada kira-kira 13,500 asnaf seluruh Selangor secara terus ke rumah.

“Kita juga diminta membantu menyediakan keperluan sekolah kepada keluarga asnaf di tiga buah daerah iaitu Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat.

“Malah kami turut giat membantu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam aspek pengembangan asnaf, fakir dan mualaf di negeri ini,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Mohd Hasnul turut berkesempatan mengetuai pegawai dan kakitangan Teras lain untuk menurunkan tandatangan pada kertas kanvas sebagai simbolik kepada Ikrar Bebas Rasuah.

The post Budaya rasuah kini berevolusi appeared first on Info Sinar.

Khutbah Jumaat fokus bahaya rasuah
SHAH ALAM – Masyarakat dilihat mula memandang serius impak jenayah rasuah yang menular di Malaysia.

Kegiatan yang melibatkan pelbagai golongan masyarakat khasnya individu yang berpangkat itu turut diselitkan dalam khutbah Jumaat semalam.

Di SELANGOR, pengisian khutbah menyentuh mengenai bahaya budaya rasuah yang membawa kesan kepada kehancuran sesebuah tamadun agama dan bangsa.

Teks yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu menyatakan, perbuatan rasuah merupakan satu bentuk pemerkosaan kejam terhadap sistem kehidupan beragama, masyarakat dan negara.

Jelasnya, Islam menetapkan rasuah sebagai perbuatan dosa besar kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan salah.

“Tidak rasa bersalahkah kita dengan membawa pulang hasil pendapatan untuk membina kemewahan dan meninggalkan legasi haram kepada ahli keluarga serta keturunan?” menurut khutbah tersebut.

Teks khutbah berkenaan memaklumkan, rasuah juga akan menyebabkan tertolaknya ibadah dan doa kerana terkesan daripada sumber haram yang diperoleh tersebut.

“Para pemimpin Islam dalam politik yang memegang tampuk kekuasaan di pelbagai peringkat diingatkan agar tidak menjadi pembuka ruang kepada perbuatan rasuah demi kepentingan kedudukan dan kuasa.

“Berwaspadalah wahai mereka yang memimpin dan berkuasa, anda semua tidak akan terlepas daripada perhitungan di hadapan ALLAH SWT tentang kepimpinan anda hari ini,” katanya.

Di PERAK, intipati teks khutbah Jumaat bertajuk Rasuah Musuh Negara menjelaskan bahawa si pelaku jenayah kolar putih itu dikira sebagai fasiq atau melakukan sesuatu yang menyimpang dari jalan benar dan berdosa besar.

Khutbah tersebut menjelaskan Islam menganggap perbuatan menerima dan memberi rasuah sebagai perbuatan yang jijik, malah Saidina Abdullah bin ‘Amr RA meriwayatkan hadis bermaksud pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.

“Rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat yang terang kerana pendinding sebenar perlakuan rasuah ialah takwa dan iman.

“Rasuah juga merupakan penyakit dalam masyarakat. Sesungguhnya rasuah boleh menghancurkan negara, tidak kira dalam kalangan pihak atasan sebagai pentadbir mahupun golongan bawahan.

“Setiap yang melakukan rasuah sama ada pemberi, penerima atau yang bersubahat dianggap sebagai perompak harta rakyat,” jelas khutbah tersebut.

Jelasnya, jika bilangan jenayah rasuah itu terus meningkat, ia akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara kerana sejarah membuktikan terdapat tamadun yang runtuh akibat perbuatan rasuah.

Al-Quran menukilkan kisah cubaan rasuah oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman AS tetapi Baginda menolaknya dengan tegas sepertimana dipaparkan oleh ALLAH dalam surah an-Naml ayat 35 hingga 37.

Mimbar turut mengajak jemaah yang hadir supaya mengambil pengajaran daripada sikap waspada yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dalam menerima hadiah kerana kebanyakan manusia kini tidak lagi menapis sumber rezeki mereka.

“Masyarakat tidak lagi amalkan sifat malu dalam kehidupan seharian, sikap itulah punca rasuah, pecah amanah, berdusta dan sebagainya,” tegas khutbah tersebut.

The post Khutbah Jumaat fokus bahaya rasuah appeared first on Info Sinar.

Rasuah: Pemerkosaan kejam sistem kehidupan
SHAH ALAM – Khutbah Jumaat di Selangor menyentuh mengenai bahaya budaya rasuah yang akan membawa kesan kepada kehancuran sesebuah tamadun agama dan bangsa.

Teks khutbah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu turut menyatakan, perbuatan rasuah merupakan satu bentuk pemerkosaan kejam terhadap sistem kehidupan beragama, masyarakat dan negara.

Katanya, Islam menetapkan rasuah sebagai perbuatan dosa besar kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan salah.

“Tidak rasa bersalahkah kita dengan membawa pulang hasil pendapatan untuk membina kemewahan dan meninggalkan legasi haram kepada ahli keluarga serta keturunan?

“Ahli keluarga dan anak-anak yang membesar dengan sumber haram bukan sahaja tidak akan mendapat kebahagiaan bahkan hatinya juga keras malah jiwanya mudah cenderung melakukan perkara-perkara haram,” katanya.

Dalam pada itu, teks khutbah berkenaan berkata, rasuah juga akan menyebabkan tertolaknya ibadah dan doa kerana terkesan daripada sumber haram yang diperoleh tersebut.

Menurutnya, penegasan Islam sangat jelas tentang budaya rasuah malah agama ini turut melaknat dan memberi ancaman neraka terhadap orang yang memberi serta menerima rasuah.

“Situasi memberi dan menerima rasuah adalah situasi di mana Islam sebagai Ad-Din tertinggi sebagai cara hidup telah dihumban ke tempat yang sangat hina dan dipijak oleh umatnya sendiri serta musuh-musuhnya,” katanya.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin Islam dalam politik yang memegang tampuk kekuasaan di pelbagai peringkat diingatkan agar tidak menjadi pembuka ruang kepada perbuatan rasuah demi kepentingan kedudukan dan kuasa.

“Berwaspadalah wahai mereka yang memimpin dan berkuasa, anda semua tidak akan terlepas daripada perhitungan di hadapan ALLAH SWT tentang kepimpinan anda hari ini.

“Sesungguhnya ALLAH SWT itu maha luas pengetahuannya dan anda akan menerima balasan yang sangat pedih dan dahsyat, kerana anda telah mengundang kemurkaanNya,” katanya.

The post Rasuah: Pemerkosaan kejam sistem kehidupan appeared first on Info Sinar.