[vc_custom_heading text=”NEGARA RUGI RM50 BILION AKIBAT RASUAH” font_container=”tag:h2|text_align:center|color:%23dd3333″ use_theme_fonts=”yes” css_animation=”bounceInDown” el_class=”tjk-top”]

Rasuah nampaknya semakin membarah di Malaysia. Namun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah berdiam diri mengekangnya.

Satu demi satu kes dibongkarkan oleh agensi berkenaan, sama ada kes kecil melibatkan orang awam ataupun kes berprofil tinggi melibatkan orang kenamaan.

Terbaru, SPRM telah melumpuhkan satu sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion melibatkan 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara.

Kejayaan SPRM itu sedikit sebanyak berjaya menyelamatkan wang negara daripada diseleweng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia, rasuah telah menelan belanja antara empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan anggaran kerugian RM40 hingga RM50 bilion.

Jumlah tersebut jika diselamatkan dapat membantu negara mensejahterakan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Jadi, apa agaknya boleh dilakukan dengan nilai RM50 bilion jika semua pihak memainkan peranan menolak rasuah secara habis-habisan?

APA BOLEH BUAT DENGAN
RM50 BILION?
[vc_custom_heading text=”RAMPASAN RASUAH” font_container=”tag:h2|font_size:80|text_align:center|color:%23e5db1d|line_height:70px” google_fonts=”font_family:Acme%3Aregular|font_style:400%20regular%3A400%3Anormal” css_animation=”flipInX” css=”.vc_custom_1620021755076{padding-top: 30px !important;padding-bottom: 30px !important;background-color: #000000 !important;}”]
1
5 Oktober 2016
Lokasi: Sabah
Suspek: 2 pegawai kanan agensi kerajaan
Kes: Salah guna kuasa membabitkan projek RM3.3 bilion
Rampasan: Wang tunai RM75 juta,127 geran tanah, 94 beg tangan jenama mewah, jam tangan mewah pelbagai jenama dan barang kemas melibatkan jumlah keseluruhan RM114.5 juta.
5
18 Mei 2017
Lokasi: Melaka
Suspek: Anggota polis berpangkat koperal
Kes: Kutip wang daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut di Melaka
Rampasan: Wang tunai RM800,000
9
8 Oktober 2020
Lokasi: Kuala Lumpur
Suspek: 20 individu (11 orang awam, 8 penguat kuasa dan 1 warga China)
Kes: Penggubahan wang haram dan Macau Scam
Rampasan: Wang tunai RM5 juta, 23 kereta mewah
2
15 Ogos 2016
Lokasi: Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan
Suspek: 3 penjawat awam (2 daripadanya bergelar Datuk dan Datuk Seri)
Kes: Salah guna kuasa dan penggubahan wang haram
Rampasan: Wang tunai RM400,000, kondominium mewah, banglo dan kereta mewah
6
7 Jun 2020
Lokasi: Kuala Lumpur
Suspek: 2 ahli parti politik
Kes: Seleweng dana parti
Rampasan: RM600,000 dan sebuah kereta RM100,000
10
16 November 2020
Lokasi: Kuala Lumpur dan Johor
Suspek: 33 pegawai imigresen
Kes: Pemalsuan cop sempadan
Rampasan: Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa besar
3
5 Januari 2017
Lokasi: Kuala Lumpur
Suspek: KSU kemeterian dan dua anak lelaki
Kes: Salah guna jawatan dan kedudukan
Rampasan: Wang tunai dan jongkong emas lebih RM5 juta, 150 beg tangan dan jam tangan mewah pelbagai jenama serta barang kemas berjenama
7
9 Ogos 2018
Lokasi: Putarajaya
Suspek: 17 pegawai keselamatan Jabatan Perdana Menteri
Kes: Seleweng dana PRU14 diambil daripada Pejabat Perdana Menteri
Rampasan: Wang tunai RM1.4 juta, 7 kereta, 12 motosikal, 5 bentuk cincin, seutas gelang, 4 utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas elektrik
11
17 Februari 2021
Lokasi: Kuala Lumpur
Suspek: individu (4 pekerja syarikat percetakan, 3 orang awam)
Kes: jual setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)
Rampasan: 2,500 keping Setem Hasil Kerajaan RM250 dan RM10 bernilai RM12.5 juta
4
19 Januari 2017
Lokasi: Kedah
Suspek: Penolong Jurutera Kanan
Kes: Salah guna kuasa projek selenggara jalan raya
Rampasan: Wang tunai RM1.1 juta
8
30 Ogos 2018
Lokasi: Kuala Lumpur
Suspek: Bekas pegawai perisik negara
Kes: Seleweng dana kerajaan
Rampasan: Wang tunai AS$6.3 juta (RM26 juta).
12
17 Februari 2021
Lokasi: Perak
Suspek: Timbalan pengerusi parti politik dan 2 pengarah syarikat
Kes: Rasuah tender projek kementerian
Rampasan: Wang tunai RM1.2 juta dan sebuah kereta mewah