© 2026 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2026 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

Sinar Untuk Malaysia
Sinar Untuk Malaysia merupakan sebuah inisiatif oleh SINAR HARIAN untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bergabung dalam sebuah harapan baharu untuk negara.
Kempen ini membentuk sinergi rakyat Malaysia untuk bersolidariti atas kapasiti masing-masing demi mempertingkatkan SISTEM NILAI dalam tadbir urus negara.
Ikhtiar ini dilaksanakan atas tanggungjawab memulihkan semula kereputan sistem nilai, integriti, dan bad governance dalam negara ketika ini.
#NilaiMoralKarakterBangsa
#RasuahBusters
Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi dan menerima rasuah serta segala bentuk penyalahgunaan kuasa dalam ekosistem negara.
Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
#RasuahBusters membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik dan merosakkan rakyat serta negara.
Kempen ini menekankan nilai-nilai integriti, yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya.
Bagaimanakah anda boleh membantu?





Hubungi kami:
0193823635: Untuk kerjasama dan sebagai sukarelawan rasuah buster
0199882635: Untuk sebarang aduan berkaitan rasuah
Layari: Portal: www.rasuahbusters.com Facebook: Rasuah Busters Instagram: rasuahbusters Twitter: rasuahbusters #RasuahBusters #KarektorNilaiMoralBangsa #SinarUntukMalaysia
















