4 Oktober 2021 (Isnin)
Kemelut politik Melaka bermula dengan penarikan sokongan empat ADUN kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober 2021, menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh.
Mereka adalah bekas KM Melaka Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundur), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pangkalan Batu), dan Noor Effendi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Punca penarikan sokongan seperti didakwa Idris adalah kerana wujud campur tangan terhadap pentadbiran Datuk Seri Sulaiman Md Ali seperti yang diungkapkannya apabila memetik peribahasa Cina, “ada dua singa di atas satu gunung,” sebelum ditambah Nor Azman Hassan bahawa sebenarnya ada tiga “singa” dalam pentadbiran tertinggi negeri Melaka.
Individu yang dikaitkan sebagai ‘singa’ kedua selain Sulaiman adalah Speaker DUN Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, manakala ‘singa’ ketiga tidak didedahkan Nor Azman.




